Tuesday 24 November 2015

Beli Bekal Makanan Di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita dalam artikel kali ini adalah tentang beli bekalan makanan. Ini kerana kami nak gerak ke Tip Of Mengayau Borneo di Kudat. Kiranya artikel kali ini adalah kesinambungan cerita tentang artikel sebelum ini iaitu Jalan-jalan Di Tamu Tuaran.

Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah penginapan kerana pada hari itu kami akan ke Tip Of Mengayau Borneo. Nun jauh di Kudat. Jadi bekalan makanan mestilah mesti dibawa agar tidak lapar ketika dalam perjalanan nanti. Sesampai sahaja kami di Tamu Tuaran. Kesempatan yang ada digunakan untuk meninjau sekitar pasar. Dah puas tengok ikan-ikan yang dijual dan juga naik Jambatan Gantung Tuaran, agenda seterusnya ialah beli makanan.

Gerai Jualan Kuih Muih... Kuih Jawa dan Apam pun ada.

Ini adalah gerai yang pertama sekali kami singgah. Di gerai ini macam-macam kuih ada. Kuih Jawa yang ada di gerai ini ada dua warna. Satu warna coklat dan satu lagi warna hijau. rasanya lebih kurang sama sahaja. Cuma yang warna coklat tu guna gula merah sebagai salah satu ramuan campuran. Selain itu kuih apam pun ada. Lembut teksturnya. Tengoklah manis sahaja senyuman pemilik gerai. Oh ya....Di Sabah, Kuih Jawa juga dikenali dengan nama Kuih Penyaram.

Kuih Jawa Warna Hijau dan Coklat

Sudah lupa namanya...tapi sedap rasanya.... Menggunakan bihun dan juga kuah kacang....Pecal kot namanya....
 Gambar di atas pula jika dilihat dari cara balutannya lebih kurang macam pecal. Dalamnya ada bihun dan kuah kacang. Balut pula dengan daun pisang. Lagilah semulajadi rasanya. Kalau nak tengok apa isi di dalam kenalah tunggu artikel seterusnya.... Tak tau bila...

Ini pun sedap juga.... juga guna kuah kacang.....Nampak tak nasi kuning tu....ringkas sahaja tapi sedap...
 Gambar di atas pun sama juga, pecal juga namanya. Cuma menggunakan plastik. Yang ini saya makan dengan cara pusing-pusing pada mulut plastik dan seterusnya gigit plastik di penjurunya supaya berlubang dan terus makan. (Boleh bayangkan tak....)

Kira dan Bayar

Dah pilih apa yang nak, langkah seterusnya ialah bayarlah....hehehe
Tengok tu, banyak juga kan kami beli... Boleh habiskah...?

Macam-macam Jenis Air
Akhir sekali, air mesti dibeli. Takut nanti haus tengah jalan. Kalau nak menyinggah nanti, takut-takut lambat sampai pula.... Macam-macam air ada. Air keladi, air sirap bandung, dan lain-lain.... 
Sejuk-sejuk

Sekian sahaja....

28 comments:

  1. Orang sabah panggil kuih jawa tu penyaram & mee ada kuah kacang tu panggil rojak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggil rojak rupanya....saya tinggal lama di Sabah pun masih ingat pecal...

      Delete
  2. sedap nampaknya kuih yg fida beli di tuaran...beli banyak boleh mkn sampai kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap memang sedap Puan....makan kongsi-kongsi lagi sedap rasanya

      Delete
  3. seronok tengok. kak kalau balik kampung perkara wajib ialah pergi ke pasar hari..tak beli pun tak apa. tengok pun syok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita....saya kalau balik Kedah mesti pi Pekan Nat Pokok Sena

      Delete
  4. pergi tempat org ni rugi klu tak rasa mknn mrk kan ... lagilah kat sabah n sarawak yg byk mknn pelik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....bila berjalan jauh...rasa rugi kalau minta /beli makanan yang dah biasa....

      Delete
  5. Wah, berjalan ke sabah ye..kat sane makanan laut murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...makanan laut memang murah....dulu-dulu siap beli ikan tamban....satu kilo RM 2 saja...

      Delete
  6. Makanan yang lain sungguh dari tempat kita di semenanjung kan...kena cuba kalau dah ke sana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pn Saniah...kena rasa janji halal...saya paling suka kelupis...macam ketupat juga...

      Delete
  7. Saya kalau pi bejalan kemana2 paling suka merayap ke pasar2 tani camni...tapi cik boss tak suka pulak...hari tu time ke sabah hanya saya dan kak long je melilau2 ke pasar pagi...rambang mata tapi tak semua dapat beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Sabah lagi....boleh ke Pasar/Tamu Gaya Street...di Kota Kinabalu saja....memang seronok dapat cuci mata....kadang2 tak beli apa pun tapi seronok tengok gelagat orang berjual beli

      Delete
  8. Replies
    1. Le[as rindu la yer dengan kuih jawa....saya dah lama tak makan kuih jawa....nak buat tak pandai....di Perak payah nak jumpa...

      Delete
    2. Mama Tukang Kebun yang suka setiap kali dia pesan belikan.

      Delete
    3. oooo....begitu....orang lama memang sinonim dengan kuih2 lama....

      Delete
  9. sunset kat tip of borneo simpang mengayau tu memey ohsem kann :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Wak...nak buat entri tu tapi agak sibuk dengan kerja hakiki....hehehe

      Delete
  10. Meehoon makan dengan pecal? Yelah...... tempat, budaya pun lain, makanan pun haruslah berbeza. Seronoknya dpt peluang merasa makanan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya akak...percayalah....sedap...janji kuah kacang banyak

      Delete
  11. kuih jawa warna hijau mesti letak air daun pandan kan...mesti wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula nak tanya masa tu...katanya guna gula putih untuk yang hijau tu

      Delete
  12. Salam singgah pagi Fida...diana dah lama dok kat sabah tapi belum pernah pergi ke simpang mengayau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa...nanti ada masa pergilah...sewa kereta ka...tapi jangan pergi sorang2 yer...

      Delete
  13. Kalau nak dapat makanan tempatan, pasar adalah tempat yg paling tepat! Macam2 ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu....lokasi himpunan pelbagai jenis makanan......nanti nak pi Pasar Siti Khadijah pula....nak cari kuih ulat bulu.....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...