Wednesday, 22 April 2020
Sunday, 19 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan - Sikit Sama Dirasai, Banyak Sama Dikongsi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 14 Apr 2020 yang lalu, agihan hasil pertanian sumbangan para petani di sekitar Daerah Sik telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil bimbingan Jabatan Kebajikan Daerah Sik yang telah menerangkan tentang panduan dan etika ketika serahan bantuan/sumbangan. Pihak RELA turut membantu dalam kerja-kerja agihan sumbangan hasil pertanian tersebut.
Sumbangan tersebut melibatkan semua pengusaha projek pertanian Di Daerah Sik dan telah melibarkan semua kaum pengusaha Melayu, Cina dan India. Antaranya En Zakaria, En Mahmad, En Shafiq, Mr Th,ng, Mr Navashastri, Mr Lim Peng Wah, Syarikat Zinon, GI ONE dll
Sumbangan tersebut melibatkan semua pengusaha projek pertanian Di Daerah Sik dan telah melibarkan semua kaum pengusaha Melayu, Cina dan India. Antaranya En Zakaria, En Mahmad, En Shafiq, Mr Th,ng, Mr Navashastri, Mr Lim Peng Wah, Syarikat Zinon, GI ONE dll
| Mr Th'ng - salah seorang penyumbang hasil pertanian. |
Saturday, 11 April 2020
Pertanian dan Perintah Kawalan Pergerakan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tidak dapat dinafikan sememangnya Fronliners seperti Doktor, Jururawat, Tentera dan Polis dan yang berkaitan amat penting dalam menjaga keselamatan kita semua agar COVID-19 tidak tersebar kerana kita kena berusaha untuk mengelakkannya tersebar agar tidak memudaratkan orang lain...
Manakala dalam bidang pertanian...tugas dan tanggungjawab para petani juga penting dalam mengekalkan kedapatan makanan di pasaran agar bekalan makanan kita tidak terputus dan terjamin.
| Sawi pun ada |
Wednesday, 8 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan : Antara Dua Tanggungjawab
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Macam mana hari ni...? Saya...? Macam-macam perasaan ada...rasa bersyukur ada...rasa gembira ada...rasa sedih pun ada...
Apapun yang kita rasa...jom doa agar Covid 19 ini segera lenyap...penawarnya ditemui segera...
Berkait dengan PKP ni...saya antara rakyat yang bekerja di sektor kerajaan... setelah dapat surat kebenaran dari pihak atasan, saya berpeluang merasai juga suasana ke tempat kerja dan hadir bertugas di pejabat pada PKP Hari Kedua...Ianya bakal menjadi sejarah yang terbaik untuk pengalaman dan panduan di masa hadapan...
Memang suasana jauh berbeza...
Labels:
Bekerja,
Mencari Rezeki,
Perintah Kawalan Pergerakan
Thursday, 2 April 2020
Trip To Sabah - Bahagian 2 - Pakai Topeng Muka
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Memandangkan pada hari ini 24/02/20202 adalah hari perjalanan kami ke Sabah, makanya sebagai salah seorang yang ada sakit ni...saya beringat juga untuk cegah COVID-19 ini...
Ini kerana tangan yang kotor tidak di basuh adalah tangan yang penuh dengan kuman...Jadi pada hari itu dan hari-hari seterusnya saya cuba untuk elak bersalaman dengan sesiapa saja yang demam dan ada selesema terutama bukan ahli rombongan.... dan sentiasa cuci tangan...
Dalam masa yang sama, saya pun rasa sakit gusi lagi akibat 2 hari sebelum tu saya pi klinik cabut gigi. Masih sukar nak makan dan sakit sangat gusi ni...Nak kunyah makanan pun susah... nak bercakap banyak pun malas sebab sakit gusi...
Masa 24/02/2020 ni PKP belum bermula tetapi tentang COVID-19 ni dah ramai yang maklum... Saya dan ahli rombongan memang ada bawa topeng muka.... untuk elak virus masuk melalui saluran pernafasan... Setiap kali masuk tandas mesti cuci tangan...guna hand sanitizer yang disediakan...
Bagi yang solat 5 waktu, insyaAllah Allah jaga...
| Warna hijau sebelah luar ya... |
Tuesday, 31 March 2020
Trip To Sabah : Bahagian 1 - Persediaan Sebelum Naik Kapal Terbang
Wednesday, 1 January 2020
Thursday, 26 December 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)