Monday 18 May 2020

Bendi - Antara Berat VS Panjang VS Saiz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak kongsi cerita tentang bendi... bendi dikategorikan sebagai tanaman sayuran buah. 10 tahun yang lalau tahun lalu saya ditugaskan untuk buat pemerhatian di petak organik masa kerja di Perak... Kat situ saya dan penolong saya En Sufian Suri ada tanam bendi. Kami tanam guna kompos organik dan larutan organik saja...

Puas juga cari gambar pokok bendi tu, dah tak jumpa...nanti dah jumpa kita buat entri baru ya...
Dalam entri ini, saya cuma nak kongsikan tentang panjang, berat dan saiz bendi. Bendi yang digunakan adalah jenis hijau tua yang sesuai buat celur.

5 gram

Sekurang-kurangnya, kalau kita ke pasar bolehlah kita agak-agak berapa berat bendi serta bilangan bendi yang kita boleh dapat dengan melihat kepada saiz bendi saja sebelum ditimbang. Manatau masa tu harga mahal, boleh kita kurangkan berat bendi dengan mengambil bilangan bendi banyak sikit tetapi dengan memilih saiz bendi yang agak kecil sikit.

10 gram
Dan...yang pastinya tak perlu dah nak patah patahkan hujung bendi...kalau beli juga yang dah patah hujung tu tak apa la...kasihan kat peniaga... sebab pelanggan seterusnya selalunya tak beli juga yang dah patah sebab dah tua...

15 gram

20 gram

Perbezaan panjang antara rawatan.

TO : 
T1 :
T2 :
T3 :

Dari gambar di atas, didapati rawatan T3 adalah yang terbaik dari segi berat hasil dan purata panjang buah juga tidak jauh berbeza.

Semoga dapat membantu anda rakan-rakan semua...

22 comments:

  1. Tk ilmunya
    selama ni wak tau tanam dan makan aje.
    Wak ada beberapa entri tentang bendi ni

    ReplyDelete
  2. Ya selalu tahu makan. Suka bendi walaupun berlendir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bendi ni...nak nak masak gulai ikan...

      Delete
  3. sedap bendi celur cicah sambal belacan..comel je bendi 10gm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu...cicah pula sambal belacan...bertambah tambah nasi

      Delete
  4. Terima kasih berkongsi. Saya suka bendi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka suka kan makan fresh celur terutamanya...

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih...semoga bermanfaat sedikit ilmu ini

      Delete
  6. betul2 mendalam kalau nak kaji bendi pun ye penanaman nya.. mmg tak pernah terpikir smpai mcm ni teliti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...banyak sudut boleh dikaji tentang bendi ni...

      Delete
  7. oo yer... akak tau nak ngapjer ngan sambal belacan... tupun dah cukup...

    ReplyDelete
  8. Sedap ni masuk dalam kari

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Mohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.

    Mohon maaf lama tak bertanya khabar berita.

    Menarik juga ni nampak sama tapi hasil bertanya berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mai jalan ke blog ni...lama tak jumpa kan...

      Delete
  10. sedapnya bendi dalam asam pedas..

    ReplyDelete
  11. yelah pembeli suka patang hujung bend itu..kesian nanti ada yg x beli..tak terjual...kalau JM x patahkan hujung bendi tu just rasa je keras or lembut

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...