Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Artikel kali ini saya tulis pada 1 Ramadhan 1436H tahun Masihi 2015...
Namun, gambar-gambar ini telah lama diambil. Cuma sekarang baru berkesempatan berkongsi dengan anda semua.
Macam mana boleh tergerak hati untuk ke Pasar Pagi Lokken...?
Sebenarnya, suami saya orang Perak dan membesar juga di Perak. Jadi, selalulah saya bertanya kepada suami saya. Begini soalannya : Di Perak ada tak tempat yang menarik lagi untuk dilawati, sekitar Ipoh pun jadilah. Jawapan yang selalu saya terima dari suami saya sebelum-sebelum ini ialah : Tak tahulah, Ipoh ni tak banyak tempat menarik.
Sebenarnya saya tak kisah tempat itu menarik atau tidak, yang penting dapat jalan-jalan makan angin. Asyik duduk di rumah sahaja hujung minggu. Bosan pun ada. Apa taknya, 5 hari dah kerja, mau juga rehatkan minda dan relakskan minda.
Tetapi pada pagi 18/01/2015, dengan tiba-tiba sahaja suami saya mengajak saya pergi ke Pasar Pagi Lokken atau lebih dikenali dengan panggilan Pasar Karat. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja cerita tentang pasar ini dari rakan-rakan.
Pasar ini beroperasi pada hari Ahad dan ia berlangsung setengah hari sahaja. Maknanya sampai tengahari sahaja. Ia terletakdi dalam pusat bandar Ipoh berhampiran dengan pasaraya The Store. Jika anda semua ingin ke pasar ini, adalah lebih baik anda bergerak seawal pagi yang boleh. Ini kerana agak sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.
Berbalik kepada cerita saya, kami sampai sekitar jam 8.30 pagi. Memang agak lambat kerana sudah ramai pengunjung yang tiba di pasar terdiri dari pelbagai bangsa. Pengunjung luar negara pun ada. Banyak barangan antik dan lama boleh dilihat dan diperolehi di pasar ini.
Jom kita tengok gambar yang sempat saya ambil.
 |
Termos lama terutama yang bercorak kotak-kotak. |
Masih teringat di minda saya, termos lama bercorak kotak digunakan oleh emak saya untuk menyimpan Aiskrim Malaysia sebelum dijual kepada budak-budak sekolah agama. Apa tak ingatnya, yang kena tolong buat aiskrim tu dan ikat plastik aiskrim tu sayalah juga. Mak oo mak...
 |
Kipas lama pun ada. |