Monday, 22 June 2015

Lapar...? Jom Makan Di Nasi Bamboo Sungai Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita kali ini berkaitan dengan makanan. Cuma bezanya annda semua kena tunggu lepas raya puasa untuk pergi ke restoran ini.

Restoran ini sememangnya terkenal di Negeri Perak. Apa tidaknya...Ia pernah masuk dalam rancangan televisyen. Saya pun datang ke restoran ini disebabkan rancangan tersebut.

Bagi anda yang ingin ke restoran ini, petuanya amat mudah. Jika anda dari arah utara mahupun selatan bagi yang menggunakan lebuhraya utara-selatan, anda hanya perlu keluar Tol Sungkai dan menghala arah kiri. Nanti anda akan dapat melihat tanda arah ke kiri ke Felda Hot Spring Sungai Klah. Teruskan perjalanan anda mengikut arah kiri tersebut. Restoran tersebut hanya beberapa meter dari simpang jalan besar dan betul-betul berada selepas selekoh.

Jika anda pernah bercuti ke Felda Hot Spring, Sungkai, Perak...Pasti dan sudah tentu anda melalui restoran ini.



Ayam goreng berempah.

Ayam goreng serabut.

Ayam kampung percik.

Ayam kampung bunian.

Selain ayam, lauk lain pun ada.

Udang bersama kentang.



2 comments:

  1. ayam kampung bunian..unik namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik tapi benar...hehehe...apa yang saya sempat tengok dalam rancangan tv... ada cerita di sebalik nama ayam tersebut...cuma tak ingat sangat apa sebabnya

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...