Tuesday 26 April 2016

Seia Sekata... Sehati Sejiwa... Seiring Sejalan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jika ada lagi sambungan kepada ayat di atas...tolonglah sambung....

Sunday 24 April 2016

Mee Hailam D' Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini adalah artikel berkaitan Jalan-jalan Cari Makan.
Nak dijadikan cerita, saya berkesempatan balik ke kampung suami di Layang Kiri, Parit, Perak. Cuma tak berkesempatan mandi di Sungai Perak dan tidur di rumah mak mertua. Ini kerana kami kena balik semula ke rumah di Batu Gajah sebab esoknya nak ke Kuala Kangsar pula. Ada jemputan kenduri kahwin dari kawan lama mak dan bapa saya.

Semasa dalam perjalanan pulang tu, suami saya tiba-tiba tanya...nak makan mee hailam tak..? Saya pun terfikir, bagus juga kalau dapat bungkus bawa balik. Tak payah masak dah kat rumah. Jadi kami pun singgah kat kedai Mee Hailam D' Perak. 

Moto Kedai Makan - So Sedap !  So Sentap !

Thursday 21 April 2016

Hujan...Penyejuk Bumi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di sana sini kita ramai yang bercerita tentang El Nino...tapi saya bukan nak bercerita tentang El Nino... Saya cuma nak berkongsi kegembiraan saya yang tinggal di kawasan Pokok Sena, Kedah.

Dekat 3 bulan juga lah hujan tak turun...kesannya debu tanah di tepi jalan besar pasti akan berterbangan setiap kali kenderaan besar terutamanya lori-lori yang lalu. Bukan apa, kasihan kat budak-budak sekolah yang jalan kaki dan naik motor, sebab kena tutup hidung dan mata untuk elak habuk dan debu masuk mata dan hidung. Suhu yang tinggi pula menjadikan bahang panas jalan raya lagi terasa. Terasa kulit muka macam kena layur dengan lilin sahaja.

Ahamdulillah, bila dah hujan ni yang bermula 19/04/16 hingga 21/04/16 (setiap malam). Makanya, pagi-pagi tak ada lagi habuk dan debu yang perlu ditempuhi oleh budak-budak sekolah. Saya pula, bila pi kerja tak buka aircond kereta dah. Saya buka tingkap sahaja. Boleh hirup udara segar. Hujan ni penyejuk bumi. Ditambah lagi dengan angin yang bertiup. Lagi terasa sejuk tu....kan...

Nak kongsi juga gambar hujan waktu petang pada 04/04/16 yang lalu.

Sebelum hujan semasa guruh berbunyi.

Thursday 14 April 2016

Jom Balut Mangga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam saya ajak anda semua ke ladang kan...ajak balut mangga kan... tapi gambar dok balut mangga tak ada kan...sebab harini saya nak tunjuk la gambar kami dok balut mangga tu....

Majoriti pokok mangga di sini semuanya sedang berbunga dan berputik. Ada di antara putik tersebut telah sesuai untuk dibalut. Agak-agak sebesar telur ayam sekitar 12cm - 16cm ukur lilit buah. Cuma kita kena pastikan sebelum putik-putik mangga dibalut, sembur juga lah dengan racun serangga dan kulat bagi mengawal perosak dan penyakit.

 Di bawah adalah gambar berkaitan dengan aktiviti membalut  yang dibuat oleh En Sam.

Pilih putik mangga yang sesuai untuk dibalut dan masukkan ke dalam sarung mangga.

Wednesday 13 April 2016

Mari Kita Ke Ladang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua...sihat ker? Semoga semuanya sihat... Jika tak sihat, banyakkan berehat tau...Saya...? Saya sihat..alhamdulillah..

Hari ini saya nak ke ladang..."Mari Kita Ke Ladang"

Nak ajak anda semua ke ladang mangga...nak balut buah mangga...kalau tak balut nanti buah yang rosak akan banyak...kalau banyak rosak, tak dapat makan banyak buah nanti...hehehe

Jom jom

Kereta sorong...gambar hiasan sahaja...bukan di ladang mangga yer...

Nanti saya bagitau ciri-ciri buah yang sesuai dibalut.

Monday 11 April 2016

Hadiah Dari Si Jari Manis....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari itu adalah hari yang bertarikh 29/03/2016. Tengahari tu balik sekejap kat rumah masa waktu rehat. Selain dari nak rehat sebenarnya balik tu sebab nak makan tengahari juga. Macam biasalah kan...sampai saja kat rumah mata saya ni mesti tengok atas meja. Kot-kot la ada surat saman ker...surat pinjaman ker... hehehe

Rupanya ada satu surat tu...dah lah warna coklat, kecil pula tu. Sampul lama tu. Kad kahwin ker...) Tertanya-tanya juga. Tanpa tunggu lama. Saya terus buka saja surat tu. Rupanya hadiah FM dari JM.

Terus fikiran saya melayang sambil berangan nak ke Korea walaupun saya tak berapa nak minat cerita Korea. Tapi Running Man suka juga....

Terima kasih JM

Seoul, Korea

Pemenang Segmen Rumah Kedai Ber 'Pokok'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat Pagi semua... Sebagaimana yang dimaklumkan dalam Segmen Rumah Kedai Ber 'Pokok', hari ini adalah hari pengumuman pemenang bertuah bagi segmen di atas.

Pemenangnya adalah Qaseh Vee 



Jawapannya : Rantau Panjang, Kelantan

Lokasinya adalah di sebelah kanan jalan dari arah pekan Rantau Panjang menuju ke tempat pemeriksaan utama.

Sunday 10 April 2016

Landskap - Kitar Semula Tayar & Kereta Sorong (2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak sambung la perkembangan mini landskap yang lalu..... jawapannya belum siap..... sebabnya dah hampir nak siapkan tetapi mai-mai pejabat esok paginya tu...habis ditraktor oleh mesin... bukannya mesin betul yang guna minyak diesel tu tapi oleh 'kerbau pendek' (istilah yang selalu digunakan oleh kami di bidang pertanian)

Kita patah balik status sebelum serangan kerbau pendek. Jadinya pada pagi 5/4/2016...saya pun sambung semula buat mini landskap sebelum ini Klik Sini  Saya tanam anak pokok terung. Adalah dalam 5 pokok sahaja. Disebabkan ini adalah mini ladskap, tak adalah saya nak tanam di batas. Hanya korek tanah, tanam anak pokok dan gembur kat sekeliling pangkal anak pokok seperti gambar di bawah. 

Barisan anak pokok terung tu pun saja buat tak lurus. Saya buat bengkang-bengkok sikit. 
Nak bagi nampak selari dengan tema aliran sungai (longgokan tanah kat tepi pokok-pokok terung tu seolah-olah macam aliran sungai)

Anak pokok terung yang baru ditanam.