Showing posts with label Hujan. Show all posts
Showing posts with label Hujan. Show all posts

Thursday, 21 April 2016

Hujan...Penyejuk Bumi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di sana sini kita ramai yang bercerita tentang El Nino...tapi saya bukan nak bercerita tentang El Nino... Saya cuma nak berkongsi kegembiraan saya yang tinggal di kawasan Pokok Sena, Kedah.

Dekat 3 bulan juga lah hujan tak turun...kesannya debu tanah di tepi jalan besar pasti akan berterbangan setiap kali kenderaan besar terutamanya lori-lori yang lalu. Bukan apa, kasihan kat budak-budak sekolah yang jalan kaki dan naik motor, sebab kena tutup hidung dan mata untuk elak habuk dan debu masuk mata dan hidung. Suhu yang tinggi pula menjadikan bahang panas jalan raya lagi terasa. Terasa kulit muka macam kena layur dengan lilin sahaja.

Ahamdulillah, bila dah hujan ni yang bermula 19/04/16 hingga 21/04/16 (setiap malam). Makanya, pagi-pagi tak ada lagi habuk dan debu yang perlu ditempuhi oleh budak-budak sekolah. Saya pula, bila pi kerja tak buka aircond kereta dah. Saya buka tingkap sahaja. Boleh hirup udara segar. Hujan ni penyejuk bumi. Ditambah lagi dengan angin yang bertiup. Lagi terasa sejuk tu....kan...

Nak kongsi juga gambar hujan waktu petang pada 04/04/16 yang lalu.

Sebelum hujan semasa guruh berbunyi.