Thursday, 30 April 2020

Sana-sini Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Selamat Malam

Sana-sini Indah dengan pelbagai pemandangan dan objek terutama objek hijau ciptaan Allah swt

Di bulan Ramadahan ni kalau saya rasa tak larat agak letih...jika direnung pokok-pokok dan pemandangan indah, rasa kurang pula letih tu...

Anda pula bagaimana...? Sama tak...? 
Lokasi : Gua Musang, Kelantan

Tuesday, 28 April 2020

Monday, 27 April 2020

Pendebungaan Durian Belanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmmm....hari ini kita cerita pasal pokok la pula ya...sebabnya, semalam saya dapat buah durian belanda dari salah seorang kenalan suami saya...dia ni selalu tanya macam-macam pasal pokok durian belanda terutama pendebungaan durian belanda....

Annona muricata

Gambar 1

Friday, 24 April 2020

Salam Ramadhan 1441 H - Masjid Pink, Universiti Malayisa Sabah (UMS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masjid Pink, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Salam Ramadhan 1441 H

Semoga kita semua berjaya mengharungi bulan puasa ini dan mendapat rahmat dari Allah swt


Wednesday, 22 April 2020

Idea Landskap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Esok nak buat apa...? tanya diri sendiri...
Nak hias laman ka nak bersih laman..?


Sunday, 19 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan - Sikit Sama Dirasai, Banyak Sama Dikongsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 14 Apr 2020 yang lalu, agihan hasil pertanian sumbangan para petani di sekitar Daerah Sik telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil bimbingan Jabatan Kebajikan Daerah Sik yang telah menerangkan tentang panduan dan etika ketika serahan bantuan/sumbangan. Pihak RELA turut membantu dalam kerja-kerja agihan sumbangan hasil pertanian tersebut.

Sumbangan tersebut melibatkan semua pengusaha projek pertanian Di Daerah Sik dan telah melibarkan semua kaum pengusaha Melayu, Cina dan India. Antaranya En Zakaria, En Mahmad, En Shafiq, Mr Th,ng, Mr Navashastri, Mr Lim Peng Wah, Syarikat Zinon, GI ONE dll

Mr Th'ng - salah seorang penyumbang hasil pertanian.

Saturday, 11 April 2020

Pertanian dan Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tidak dapat dinafikan sememangnya Fronliners seperti Doktor, Jururawat, Tentera dan Polis dan yang berkaitan amat penting dalam menjaga keselamatan kita semua agar COVID-19 tidak tersebar kerana kita kena berusaha untuk mengelakkannya tersebar agar tidak memudaratkan orang lain...


Manakala dalam bidang pertanian...tugas dan tanggungjawab para petani juga penting dalam mengekalkan kedapatan makanan di pasaran agar bekalan makanan kita tidak terputus dan terjamin.

Sawi pun ada

Wednesday, 8 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan : Antara Dua Tanggungjawab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Macam mana hari ni...? Saya...? Macam-macam perasaan ada...rasa bersyukur ada...rasa gembira ada...rasa sedih pun ada...

Apapun yang kita rasa...jom doa agar Covid 19 ini segera lenyap...penawarnya ditemui segera...

Berkait dengan PKP ni...saya antara rakyat yang bekerja di sektor kerajaan... setelah dapat surat kebenaran dari pihak atasan, saya berpeluang merasai juga suasana ke tempat kerja dan hadir bertugas di pejabat pada PKP Hari Kedua...Ianya bakal menjadi sejarah yang terbaik untuk pengalaman dan panduan di masa hadapan...

Memang suasana  jauh berbeza...