Saturday 7 November 2015

Makam Diraja Langgar....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Makam Diraja Langgar

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda semua tentang salah satu lokasi yang boleh dilawati di dalam senarai lawatan anda jika ke Negeri Kedah....Negeri Jelapang Padi noooo...


Jika anda dari Kuala Lumpur dan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, anda bolehlah keluar menggunakan Tol Alor Setar Utara. Setelah keluar, ambil arah ke kanan dan teruskan perjalanan anda sehinggalah berjumpa papan tanda arah ke Langgar.

Petunjuk/Tips : 
Terletak bersebelahan Masjid Langgar
Sebelum Pekan Langgar
Perlu Masuk Simpang Kiri
Perlu Peka Dengan Papantanda


Landskap Tanaman

 Idea Landskap

Masuk-masuk sahaja ke dalam kawasan tempat letak kereta, mata saya terus tertumpu kepada topiari-topiari pelbagai bentuk. Cantik dan kemas sahaja hasil tangan tukang kebun di Makam ini. Di bawah pula saya gelar bulatan landskap kolam. Kemas dan bersih. Daun-daun kering langsung tak ada.

 Idea Landskap

Nampak tak tangga tersebut, itulah pintu masuk ke dalam kawasan Makam.

Mak & Adik Bongsu



Jambatan Penghubung


  Setelah anda masuk simpang yang dimaksudkan, teruskan perjalanan anda sehinggalah bertemu dengan satu jambatan. Jambatan ini perlu dilalui kerana Makam ini terletak di seberang Sungai Langgar.

Makam Diraja Langgar terletak di sebelah dalam tembok ini...




Di bawah adalah gambar Sultan yang bersemadi di Makam Diraja Langgar. Selain itu Kerabat Diraja yang lain turut disemadikan di sini. Maklumat yang saya perolehi, makam ini telah wujud sejah kurun ke-17. Saya tidak berkesempatan masuk ke kawasan Makam kerana masa yang terhad....ada urusan lain ketika itu...




Pintu gerbang yang besar menyambut kedatangan kami...Tulisan jawi/arab...

Jom Baca

Jom baca apa yang ditulis pada gerbang tu..... 


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.  
(Al Ankabut : 57)


Peringatan buat kita semua agar sentiasa mengingati mati... 



Ukiran yang cantik di sepanjang pagar....ukiran padi temanya...


Mula-mula, tulisan jawi tu saya tak tau apa perkataannya....tapi saya dah tau dah sekarang....

Boleh bagitahu saya apa tulisan tersebut....?



16 comments:

  1. KAK PERNAH MELAWAT KE SINI LAMA DAHULU IKUT ROMBONGAN SEKOLAH RENDAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud akak...rombongan masa di sekolah rendah ka...kalau ya...dah lama dah tu....Mai la jalan-jalan ke sini lagi...boleh singgah kampung saya

      Delete
  2. Berseni tangan yang trim topiary tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...saya kena ada acuan baru jadi elok....kalau tak ada jadilah bentuk ikut dan sahaja....

      Delete
  3. Teringin juga nak drive sampai ke Kedah... SS suka sawah padi.. He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga keinginan SS tercapai.... sawah padi kalau time hijau dan time menguning memang cantik....mai la...boleh singgah rumah Pak Teh saya....kelilin rumah padi...

      Delete
  4. tulisan jawi tu tulis 'negeri kedah' btol tak makk?

    naper tengok makam kat luar jerr? naper tak masuk dalam tangkap gambar batu nesan aceh ke ape? huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...betul tu Wak...Negeri Kedah...Tahniah dari saya....

      Masuk dalam tengok makam....huhuhu....takut wak...hehehe.... Saya tak sempat haritu...sebab nak ke Pondok Langgar lagi dengan mak...

      Delete
  5. Teringin nak pi kedah.. nak tengok sawah bendang nun di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...sekarang dah boleh naik ETS...sekejap sahaja dah sampai...

      Delete
  6. Replies
    1. Mai mai la....jalan2 makan angin naik ETS ka...

      Delete
  7. Penah gak sampai kedah tapi tak sempat nak jenjalan tempat2 best camni...lain kalinkalau panjang umur murah rezeki mesti nak terjah punye la...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa...nanti ada masa nak ke Kedah...google dulu cari tempat2 menarik.... Muzium Padi ker...Menara Alor Setar...Candi Lembah Bujang....hihihi

      Delete
  8. Bab bab sejarah ni mak mmg kurang minat hihi..... tambah lagi tengok makam gitu Fida....bukan anak anak jer yg tak mau pergi hihi.....

    Fida ni Cikgu Sejarah ke Cikgu Pertanian sebenarnya hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak-akak..gigih bertanya...dulu dah tanya kan...Guru Kraf ker..? Saya kerja sebagai Pegawai Pertanian...Guru pertanian pun ya juga...ajar orang dewasa yang nak bertani...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...