Friday, 27 November 2015

Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lukisan di batang pokok...? Ada ke...? Ada...

Anda dah pernah jumpa ker...? Belum...? Kalau belum... jom kita pi tempat ni.... Kat mana...? Di Perak. Dekat Gopeng..... Ala.... Gaharu Tea Valley tu....tempat yang menarik untuk dilawati juga jika nak melawat Negeri Perak. Nak tahu tak...semua pokok gaharu ditanam menggunakan teknologi organik tanpa baja kimia dan racun kimia...semunya guna siraman dan semburan organik.

Dah...dah...dah... Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda tentang Lukisan Pada Batang Pokok Gaharu.... Jika anda melawat Gaharu Tea Valley ni, jangan lupa untuk mohon pihak pengurusan ladang untuk bawa anda melawat kawasan ini.



Tengok pada gambar di atas. Setiap batang pokok ada lukisan binatang. Kalau bawa kanak-kanak mesti mereka seronok. Lukisan nampak macam sebenar. Memang profesional insan yang melukis pada batang pokok ini. Ini pertama kali saya jumpa lukisan pada batang. Sebelum ini hanya lukisan pada dinding sahaja yang saya jumpa.


 Arnab pun ada. Jika diteliti, pemilihan bentuk batang pokok pun menjadi kriteria untuk melukis bentuk arnab. Nampak serasi sahaja dengan batang pokok tu. Macam lukisan 4 D pula.


Gambar di atas pula adalah gambar burung.... Siapa sangka...Macam senang saja nak lukis. Kita ni bolehkah.... Entah-entah tak jadi....hehehe . Burung apa ya agaknya dalam gambar di atas.
Anda tahu tak...? Saya tak tahu...


Gambar di atas pula...Macam ada torehan sikit kan pada batang pokok tu. Mungkin pelukis nak bagi nampak lagi sebenar bentuk burung tu.


Saya paling suka bergambar dengan gambar replika jenis-jenis yang selit-selit muka ni. Ingat lagi dulu-dulu, pertama kali jumpa kat Muzium Kedah rasanya. Gambar orang pakai baju pesawah yang nak tanam padi.


Kucing lagi besar dari saya. Tak boleh jadi ni. Agak-agak berapa la usia kucing yang besar macam ni... Lagi tinggi dari saya pula. 

Sebenarnya banyak lagi gambar binatang lain yang ada...harimau pun ada....singa pun ada....


Cuba lihat gambar di atas....apa yang adik-adik, kakak-kakak, abang-abang nampak...Jika tahu jawapannya...boleh sertai "Segmen Apakah Saya....?"  (Sila Klik)

44 comments:

  1. kreatif dan menraik sangat..lukisan pun nampak hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pn Nieda....nampak hidup jer....boleh pegang2 sahaja rasanya binatang2 tu...

      Delete
  2. Kreatif dan lukisan2 tu pon nampak hidup...mana sangka kan dalam ladang pon diorang bole terpikir nak buat camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan Puan Malinda....
      Ada banyak lagi lokasi menarik dalam ladang tu.....
      Saya pun tak sangka....Itupun kali kedua pergi baru tahu ada pokok2 yang dilukis....

      Delete
  3. Akak tahu lukis love je dekat pokok..pastu letak nama :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yan...janji lukisan...senang sangat kak...ada pengalaman ker...? hehehe

      Delete
  4. kreatif lah dorang buat mcm tu tapi gambar yg last tu jauh sgt so x jelas gambar pada pokok tu...adakah beruang ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena Zoom sikit....mesti nampak JM... Jawapan sebenar pada 5 Disember nanti.....

      Delete
  5. Mcm2 akal yg dtg bila dh bgelar insan seni tu, kreatif sungguh, bagusnya kalau dpt peluang ke sana utk lihat sendiri. Kena byr ke nk masuk tu?

    ReplyDelete
  6. Nak masuk dalam ada bayaran sebab kena naik kenderaan yang mereka sediakan...sebab jalannya agak cerun....kawasan bukit...dalam RM 10 cam tu... tapi kalau setakat di kawasan sekitar pejabat...tak perlu bayar....

    ReplyDelete
  7. baru tau fida.masa berulang alik ipoh hanya lalu saja sebab nampak bas persiaran yg keluar masuk bawa pelancong mata sepet, hihi. tq atas info. menarik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah datang....yang mana kita boleh nikmati....lukisan 3D yang dilukis pada dinding pun ada...cuma di lokasi lain dalam ladang tu juga...

      Delete
  8. Salam sis.. Salam kenal.. 😁
    X pernh pun terfikir nk lukis kat btg pokok.. Hiji..
    Tp mmg cantiklah.. Klu g sane kne try g mlwtlah tmpt ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...ya...datang tau...homestay pun ada banyak di kawasan tersebut....dekat dengan gua tempurong juga....boleh juga mandi sungai...water rafting...

      Delete
  9. assalam fida...kak rasa lukisan tu singa kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paridah...jawapan akak kena tulis di entri segmen... jawapan yg sebenar kita tunggu 5 Dis ya....lepas saya balik dari Sarawak

      Delete
  10. baru pernah ada lukisan kat segala pokok2 ni Fida best jugak ni sda kelainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...Ya...lain la sikit nilai pokok tersebut....dari kurang menjadi tumpuan...akan menjadi tumpuan

      Delete
  11. Cantik2 lukisan pada pokok tu kan,.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan Pn Farrah....menjadi....lukisan dari tangan orang profesional....

      Delete
  12. Rupanya sudah ada tempat pokok gaharu ditanam secara ladang. Dulu selalu dengar nak kena masuk dalam hutan cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada puan...besar pula tu...secara organik pula.....cuma bukan kita la....penduduk sekitar dapat juga kerja...

      Delete
  13. Assalamualalaikum,
    Wah cantik dan kreatif. Ini yg bikin kepingin nak ke sana. Last pergi perak kira-kira 7 tahun yang lalu...nampaknya kena pasang cita-cita ke sana n tgk pokok yang ada lukisan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...jemput datang....Perak...nama pun Perak....negeri yang kaya....yang penting niat baik...InsyaAllah sampai....

      Delete
  14. ada juga daya tarikan . mrk pandai mencipta kelainan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...dengan sedikit touch up...dah lain dah fungsi dan suasananya kan...

      Delete
  15. mahal pokok gaharu ni... siapa la jutawan tu agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....nak tahu kena datang ke sini...semoga ada antara kita mampu jadi usahawan berjaya juga...

      Delete
  16. Salam singgah sini Fida....menarik dan kreatif lah lukisan² kat batang pokok tu...


    p/s: diana doakan semoga Fida di kurniakan cahayamata yang soleh dan solehah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujian tu kredit kat pelukisnya....tak tahu siapa...hehehe

      Terima kasih bg yg bawah Aamiin

      Delete
  17. salam kenal..first time singgah sini...memang nampak kreatif...nampak macam real...setuju kalau budak- budak tengok sure suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amanda...budak2 suka warna yang menarik....ada bentuk=bentuk yang boleh dikenalpasti akan membuatkan budak2 yang datang terisi mindanya...

      Delete
  18. Saya pun ada tiga batang pokok gaharu kat kampung ... Entah bile lah dapat jadi jutawan nyer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sabar....bila dah sesuai boleh panggil orang yang pandai menuai hasilnya....

      Delete
  19. salam kenal.

    sangat menarik.. creative kan.. boleh dijengah ni.

    ReplyDelete
  20. Salam kenal..
    Kreative dan menarik rasanya hanya di Perak ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ....
      Agaknya la kot...saya tak tanya pula dengan depa masa lawatan....hehehe....Moh Ke Perak...

      Delete
  21. Satu lokasi baru yg belum saya ketahui. Unik dan menarik tarikan tempat ni. Lain dari yg lain!
    Thanks ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang berkata unik...tak pernah jumpa lagi....maknanya memang lokasi ni istimewa....

      Delete
  22. Sangat kreatif.... :-D

    ReplyDelete
  23. Saya selalu lalu sini Fiza kalau tengok anak kat Tronoh tp belum teringin nak singgah maklumlah....bukan pencinta pokok haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu....saya pun selalu buat apa yang saya suka dan minat...Jika kena masa dan tempatnya baru pergi...hehehe

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...