Friday, 13 June 2014

Kala Matahari Terbenam


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua gambar-gambar pemandangan ketika matahari hendak terbenam.

Panorama tersebut sangatlah cantik sehingga tak terkata. Subhanallah...

Gambar-gambar ini saya ambil dalam perjalanan balik dari Tambunan ke Kota Kinabalu. Ketika itu kami sedang melalui kawasan bukit-bukau yang terletak di banjaran crocker (kalau tak silap lah ya).

Dua gambar di bawah pula adalah ketika warna langit dan awan masih kelihatan putih dan kebiruan. Matahari baharu hendak terbenam.

Sunday, 8 June 2014

Asam Gelugor...Pisau Pemotong Kreatif


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar 1
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pisau pemotong asam gelugor atau pisau penghiris asam gelugor. Pisau pemotong asam gelugor ini saya temui/jumpa/dapat tengok dengan mata saya sendiri di kawasan Air Kuning, Taiping, Perak. 

Thursday, 22 May 2014

Bunga Tulip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Tulipmania". Bukan Tulipmanis ya.

Tulipmania ini merupakan salah satu aktiviti pameran bertema yang diadakan di Gardens By The Bay di Singapura. Ketika lawatan saya ke Singapura, tema yang diadakan di sana rupa-rupanya temanya adalah Bunga Tulip.

Ianya telah berlangsung dari 14 April 2014 sehingga 04 Mei 2014. Sesiapa ada duit lebih bolehlah datang ke sini. Kalau pun minggu pameran pokok tulip telah tamat, minggu tema tanaman lain mesti ada menanti anda.

Tuesday, 13 May 2014

Kompos Sisa Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kompos Sisa Dapur - Versi Pasu


Artikel kali ini berkaitan dengan pengurusan sisa dapur. Teknologi ini juga merupakan salah satu teknologi organik. Teknik ini adalah teknik yang paling mudah dilaksanakan/dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Poster ini saya sediakan bagi pihak Jabatan Pertanian khususnya bagi Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian (Negeri Perak) sebagai rujukan dalam menguruskan sisa dapur. Gambar-gambar yang digunakan adalah hakmilik sendiri.

Friday, 11 April 2014

Keladi 84


Keladi ini juga salah satu koleksi yang saya baru jumpa....mungkin ramai peminat keladi di luar sana telah ada keladi jenis ini... Daunnya tirus memanjang....berwarna hijau tua di tengahnya dan di hujung lai daun kelihatan warna pink keputihan...

Setelah keladi ini besar sedikit....bentuk daun yang tirus memanjang tidak lagi ketara....warna hijau tua juga agak berkurangan....

Cantik di mata saya...di mata anda bagaimana...?

Monday, 31 March 2014

Pantai Cahaya Bulan @ PCB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Ini pertama kali saya bercerita tentang pengalaman bercuti...

Nak cerita tentang Pantai Cahaya Bulan.... Jika anda berkunjung ke Kelantan...jangan lupa singgah di pantai yang menghadap Laut China Selatan ni.... angin yang bertiup sangat laju....
baju yang basah pun boleh kering.... tudung pula jangan lupa pinkan kat belakang...nanti tak pasal-pasal terbang pula tudung tu....


Saturday, 15 March 2014

Asam Gelugor - Asam Keping


Asam Gelugor...

Di Perak, pokok asam gelugor boleh didapati dengan banyak di kawasan Bukit Gantang dan juga di kawasan Kg Gajah.

Produk paling terkenal daripada pokok asam gelugor ni ialah asam keping. Asam keping selalu digunakan dalam kebanyakan menu masakan terutamanya masakan laksa.

Mesin Pemotong Buah Asam Gelugor
Mesin pemotong buah asam gelugor perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia sangat laju apabila berfungsi.

Hirisan Buah Muda Asam Gelugor
Buah asam gelugur muda (hijau) yang telah dihiris/dipotong menggunakan mesin pemotong. Hasilnya ketebalan hirisan adalah sekata. Ini bermakna kadar atau tempoh masa pengeringan asam gelugor akan berlaku dengan serentak.

Hirisan Asam Gelugor Yang Disusun Kemas


Hirisan buah asam gelugor tadi disusun di atas jaring sebelum dijemur di bawah cahaya matahari. Terdapat juga sesetengah pengusaha yang mengeringkan hirisan asam gelugor di dalam bilik pengeringan/rumah pengeringan dan kaedah ini amat sesuai sekiranya musim tersebut adalah musim hujan. Namun rata-rata pengusaha lebih sukakan cahaya terik matahari bagi kerja-kerja pengeringan.


Saturday, 8 March 2014

Dekorasi Laman : Idea & Ilham Buat Anda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini saya ada masa sikit. Bolehlah saya mengemaskini blog ini dengan gambar-gambar yang telah lama berada dalam simpanan. Semoga ia dapat memberikan kita semua idea dekorasi laman yang indah, menarik dan cantik.

Ketika berkunjung ke Cameron Highlands 3 bulan yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah di satu kedai ni. Dari luar kedai ini kelihatan seperti menjual barang-barang dan cenderamata bertemakan Cameron sahaja seperti magnet peti sejuk, pasu dan bunga keratan. Setelah memasukinya, saya dapati tanaman hiasan pelbagai jenis juga ada. Sayangnya keladi hiasan tidak ada tidak dijual di kedai ini.

Gambar 1