Thursday, 22 May 2014

Bunga Tulip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Tulipmania". Bukan Tulipmanis ya.

Tulipmania ini merupakan salah satu aktiviti pameran bertema yang diadakan di Gardens By The Bay di Singapura. Ketika lawatan saya ke Singapura, tema yang diadakan di sana rupa-rupanya temanya adalah Bunga Tulip.

Ianya telah berlangsung dari 14 April 2014 sehingga 04 Mei 2014. Sesiapa ada duit lebih bolehlah datang ke sini. Kalau pun minggu pameran pokok tulip telah tamat, minggu tema tanaman lain mesti ada menanti anda.
Saya pun tak sangka dapat juga akhirnya jumpa pokok Tulip yang sebenar. Kali pertama saya jumpa pokok Tulip ialah ketika menemani teman saya mengambil data tanaman yang ditanam. Alhamdulillah.


Bunga Tulip selalu dikaitkan dengan kincir angin. Salah satu ciri utama yang terdapat di negara Belanda. Lihatlah banner yang dipamerkan. Bukan banner biasa.









Di bawah merupakan gambar dari anjung tinjau sebelah atas. Di mana pokok Tulip disusun cantik dengan kreatif bagi membentuk corak tertentu. Warna kuning, pink, merah dan sebagainya membangkitkan lagi kreativiti si pereka taman.


Salah satu susunan pokok tulip yang mempunyai bunga berwarna kuning cair dan oren dalam bentuk segiempat sama. Di mana model pokok tulip dalam bandar yang mempunyai landasan kapal terbang dikongsi bersama pengunjung yang datang. Bayangkan sekiranya landasan kapal terbang di negara kita Malaysia dihias dengan pokok tulip. Mesti cantik. Namun, realitinya, pokok tulip tidak akan tumbuh di rendah sebab suhu di Malaysia adalah tinggi. Jika di tanah tinggi pasti tiada masalah.


Ini pula gambar bunga tulip yang berwarna oren. Namanya saya tak sempat salin. Apabila dihidu baunya ada. Barulah saya tahu rupanya bunga tulip ni ada yang berbau. Ia bukanlah bau busuk tapi baunya agak lain sikit. Bukan berbau wangi. baunya. Tetapi masih boleh dihidu. Bagi sesiapa yang ada alahan, eloklah elak dari menghidu bau tersebut.






Ini pula bunga tulip berwarna pink tua. Memang cantik. Baunya saya tak pasti ada atau tiada sebab tak sempat nak hidu. Ini kerana ramai sangat pengunjung yang berada di sekitar bunga tersebut. Nak tunduk atau duduk melihat lebih dekat pun susah.


Ini pula pandangan sisi bunga tulip pink tua di atas. Cantikkan. Daunnya tirus memanjang. Urat utama pada daun tidak ketara.











Ini pula gambar bunga tulip yang berwarna kucing cair. Sedikit warna peach kelihatan di bawah sebelah bawah kelopak bunga.










Lihatlah replika kereta sorong kayu yang dihiasi/ditanam dengan pokok tulip di dalamnya. Walaupun masih belum kembang bunganya. Kecantikannya telah terserlah. Dengan sedikit sentuhan kereta sorong, pokok-pokok tulip dengan pelbagai warna dapat dibezakan.
Di bawah adalah gambar-gambar bunga tulip yang lain. Cuma bunga tulip ini jenis memanjang. Bukan dari jenis yang berkelopak apabila kembang.



Lihatlah betapa ramainya manusia/pengunjung yang datang. Sehinggakan hendak jalan ke hadapan pun susah. Ini maknanya nak ambil gambar pun susah. Terpaksa lah kami yang datang ke sini ambil gambar sendiri.









****************************
Artikel Lain Yang Berkaitan


2 comments:

  1. Subhanallah! tak terkata cantiknya

    ReplyDelete
  2. Ya,,,memang cantik kan....rasa tak nak balik jer....tak puas tengok...

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...