Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar 1 |
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pisau pemotong asam gelugor atau pisau penghiris asam gelugor. Pisau pemotong asam gelugor ini saya temui/jumpa/dapat tengok dengan mata saya sendiri di kawasan Air Kuning, Taiping, Perak.
Kalau dilihat kepada Gambar 1, saya yakin anda semua pasti boleh mendapat ilham atau daya usaha untuk membuatnya sendiri. Sedikit kemahiran dan juga peralatan diperlukan untuk membuat pisau pemotong ini. Paku akan dipakukan kepada kayu.
Gambar 2 |
Semasa saya melihat sendiri pengusaha asam keping ini memotong asam gelugor, terdetik di hati saya "Tak pernah kah jari mereka terluka?". Pada pendapat saya, apabila seseorang telah mahir Insya Allah pasti tak luka lagi.
Gambar 3 pula menunjukkan kedua-dua hujung pisau ditahan/ dihadang/ dielak supaya tidak bergerak dengan diletakkan kayu kecil di atas kayu utama di kedua-dua sisi kayu utama.
Gambar 3 |
akak biasa tgk buah yg dah masak,kaler kuning ja dibuat asam keping
ReplyDeleteYa betul....kata pengusaha asam keping ni....yang kuning/masak tak sesuai dipotong guna pisau ni sebab dah lembut.....
DeleteSebab itu yang masih hijau sesuai kalau nak potong guna pisau ni...masih keras isinya...
Pertama kali tengok mesin pemotongnya.
ReplyDeleteThank you for sharing.
Saya pun baru kali kedua tengok pisau ni...
Delete