Friday, 10 July 2015

Buah Berangan....Jangan Berangan Masa Bawa Kereta Sudah Lah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi ini 10 Julai 2015. Hari ini saya cerita tentang di mana anda boleh mendapatkan buah berangan. Pada tahun 2013 saya berkesempatan ke Negeri Pahang. Ada urusan kerja. Dari Perak bertolak ke Pahang dengan kereta. Satu kereta tiga orang sahaja.

Sampai di persimpangan lebuhraya nak ke Pahang, kami melalui gerai-gerai menjual buah berangan yang telah siap di masak.


Wednesday, 8 July 2015

Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Artikel kali ini berkaitan dengan Misi Bantuan Banjir ke Kelantan pada awal tahun 2015 yang lalu. Agak lambat berkongsi dengan anda semua. Sekarang baru ada masa menulis tentangnya. Kata orang pengalaman sangat berharga. Apabila ditatap dan dilihat gambar-gambar yang telah berlalu barulah timbul rasa untuk menghargai apa yang telah berlaku.

Perjalanan bantuan kami hanya disertai oleh empat orang sahaja. Daripada empat orang tersebut, hanya saya seorang sahaja perempuan. Dua kenderaan...satu lori dan satu 4wd.

Setelah barang-barang bantuan dalam bentuk makanan dan baju-baju dikumpulkan dari semua kakitangan, maka perjalanan kami dimulakan pada pagi 9/1/15.


Sebelum perjalanan dimulakan pada pagi 9/1/2015.

Tuesday, 7 July 2015

KSKB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini punya cerita telah berlaku pada 1 Julai 2015 yang lalu. Pagi-pagi sebelum sahur dalam jam 3.00 pagi telah bangun dari tidur. Jam 3.30 pagi terus bertolak ke KSKB Sungai Buloh. Nak hantar adik perempuan melapor diri di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. 

Saya saja kongsikan dengan anda semua suasana hijau di kolej tersebut. Sempat juga saya ambil beberapa gambar di dalam kawasan kolej tersebut. Hijau sahaja. Tenang sahaja.


Friday, 3 July 2015

Idea Hiasan Laman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini gembira tak...? Saya...? Saya gembira tetapi tak tahu cara menunjukkannya kepada  orang lain...Cuma hari ini kerja-kerja hakiki yang perlu disiapkan beres dengan cepat dan mudah sehinggakan masa terluang banyak. Terima kasih Allah kerana permudahkan kehidupan saya hari ini....

Oklah...sekarang ini di luar tingkap hujan sedang turun. Hari Jumaat pula tu. Dulu-dulu ketika zaman belajar di universiti, asal hujan sahaja dan agak lebat serta hari Jumaat terutamanya...macam-macam doa dan permintaan saya panjatkan kepada Allah.

Alhamdulillah...semua dapat...kalau ada yang tak dapat pun, saya masih bersyukur juga.

Opps...ini cerita lain sudah bah... saya mau cerita pasal idea hiasan laman yang saya perolehi dari sekitar lokasi yang saya pernah lalu, sampai, jejak dan sentuh dan sempat saya rakamkan menggunakan kamera biasa saya.


Friday, 26 June 2015

Feri Pulau Pinang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pengalaman yang saya ingin kongsi bersama anda adalah pengalaman saya menaiki feri dari Jetty ke Pulau Pinang kali ke 8 sepanjang saya hidup... hehehe...

Apa yang menarik tentang menaiki feri kali ini ialah saya menaikinya ketika matahari hampir terbenam...sangat cantik pemandangannya... Hampir sama dengan suasana Matahari Terbenam di Tambunan, Sabah. 

Kereta dan motor pun boleh menggunakan feri ini untuk ke Pulau Pinang dan sebaliknya dengan hanya sekali bayaran.
Salah sebuah feri yang kembali ke Jetty di sebelah Seberang Perai...Lihatlah pemandangan langit dan juga awan yang cantik...

Wednesday, 24 June 2015

Koleksi Sampul Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini tak tau nak cerita apa la.... 

Ok lah....Memandangkan ini bulan Ramadhan dan selepas bulan ini adalah bulan Syawal...bulan hari raya.. Jadi saya nak bercerita tentang sampul duit rayalah...

Saya ni ada banyak hobi...maklumlah masa terluang selepas habis kerja banyak juga. hobi ini sya telah mulakan ketika masih menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semasa menuntut di UPM saya tinggal di kolej kediaman swasta. Duduk tingkat 5 pula. Berjiran pula dengan orang Kelantan yang akhirnya bertemu jodoh dengan orang Kedah.

Sebelum jiran saya nak berkahwin, saya sempatlah mencari-cari hadiah apa yang sesuai hendak diberikan sebagai hadiah kahwin. Cari punya cari, jumpa album gambar. Mulanya nak beli satu, tetapi yang jadinya beli dua. Satu untuk saya, satu untuk jiran saya tu.

Album tersebut saya tak isi dengan gambar sebaliknya saya isi dengan sampul duit raya yang saya dapatkan dari anak-anak buah, kawan-kawan, saudara mara dan adik-beradik.

Sebahagian kecil koleksi sampul raya.

Sampul duit raya dari AEON.

Sampul duit raya dari PERODUA.

Samul duit raya merdeka raya.

Agaknya sampul duit raya ni laku untuk 1 Syawal sahaja kot.

Warna oren.

Warna hijau.

Sampul duit raya dari Bank Persatuan. Dapat dari adik lelaki saya.

Sampul duit raya bertemakan lukisan kartun.

Sama bentuk berlainan corak.

Lain-lain sampul duit raya yang ada.

Lain-lain sampul duit raya pelbagai saiz.

Monday, 22 June 2015

Lapar...? Jom Makan Di Nasi Bamboo Sungai Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita kali ini berkaitan dengan makanan. Cuma bezanya annda semua kena tunggu lepas raya puasa untuk pergi ke restoran ini.

Restoran ini sememangnya terkenal di Negeri Perak. Apa tidaknya...Ia pernah masuk dalam rancangan televisyen. Saya pun datang ke restoran ini disebabkan rancangan tersebut.

Bagi anda yang ingin ke restoran ini, petuanya amat mudah. Jika anda dari arah utara mahupun selatan bagi yang menggunakan lebuhraya utara-selatan, anda hanya perlu keluar Tol Sungkai dan menghala arah kiri. Nanti anda akan dapat melihat tanda arah ke kiri ke Felda Hot Spring Sungai Klah. Teruskan perjalanan anda mengikut arah kiri tersebut. Restoran tersebut hanya beberapa meter dari simpang jalan besar dan betul-betul berada selepas selekoh.

Jika anda pernah bercuti ke Felda Hot Spring, Sungkai, Perak...Pasti dan sudah tentu anda melalui restoran ini.

Thursday, 18 June 2015

Pasar Karat/ Pasar Pagi Lokken, Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Artikel kali ini saya tulis pada 1 Ramadhan 1436H tahun Masihi 2015...

Namun, gambar-gambar ini telah lama diambil. Cuma sekarang baru berkesempatan berkongsi dengan anda semua.

Macam mana boleh tergerak hati untuk ke Pasar Pagi Lokken...?

Sebenarnya, suami saya orang Perak dan membesar juga di Perak. Jadi, selalulah saya bertanya kepada suami saya. Begini soalannya : Di Perak ada tak tempat yang menarik lagi untuk dilawati, sekitar Ipoh pun jadilah. Jawapan yang selalu saya terima dari suami saya sebelum-sebelum ini ialah : Tak tahulah, Ipoh ni tak banyak tempat menarik.

Sebenarnya saya tak kisah tempat itu menarik atau tidak, yang penting dapat jalan-jalan makan angin. Asyik duduk di rumah sahaja hujung minggu. Bosan pun ada. Apa taknya, 5 hari dah kerja, mau juga rehatkan minda dan relakskan minda.

Tetapi pada pagi 18/01/2015, dengan tiba-tiba sahaja suami saya mengajak saya pergi ke Pasar Pagi Lokken atau lebih dikenali dengan panggilan Pasar Karat. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja cerita tentang pasar ini dari rakan-rakan. 

Pasar ini beroperasi pada hari Ahad dan ia berlangsung setengah hari sahaja. Maknanya sampai tengahari sahaja. Ia terletakdi dalam pusat bandar Ipoh berhampiran dengan pasaraya The Store.  Jika anda semua ingin ke pasar ini, adalah lebih baik anda bergerak seawal pagi yang boleh. Ini kerana agak sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan. 

Berbalik kepada cerita saya, kami sampai sekitar jam 8.30 pagi. Memang agak lambat kerana sudah ramai pengunjung yang tiba di pasar terdiri dari pelbagai bangsa. Pengunjung luar negara pun ada. Banyak barangan antik dan lama boleh dilihat dan diperolehi di pasar ini.

Jom kita tengok gambar yang sempat saya ambil.

Termos lama terutama yang bercorak kotak-kotak.
 Masih teringat di minda saya, termos lama bercorak kotak digunakan oleh emak saya untuk menyimpan Aiskrim Malaysia sebelum dijual kepada budak-budak sekolah agama. Apa tak ingatnya, yang kena tolong buat aiskrim tu dan ikat plastik aiskrim tu sayalah juga. Mak oo mak...

Kipas lama pun ada.