Semua tanaman hiasan tak kiralah samada ia tanaman jenis berdaun sahaja atau tanaman jenis berbunga sememangnya cantik apabila dijadikan tanaman hiasan... Seri laman akan lebih terserlah jika dipenuhi dengan tanaman hiasan pelbagai warna dan corak serta saiz. Ini ditambah lagi dengan elemen air, batu-batu hiasan dan lain-lain perhiasan taman.
Cuba lihat keladi hiasan di atas... warna yang membentuk corak daunnya serta daun yang sedikit berombak membangkitkan laman dilitupi dengan rumput turf. Kehadiran batu hiasan berwarna putih bersaiz sederhana menambahkan lagi kecantikannya yang telah jelas terserlah pada keladi hiasan tersebut....
Jadi... jangan lupa pada keladi sebagai salah satu tanaman hiasan laman anda....
Diana suka tanam bunga...bunga jenis keladi pun diana ada tanam tapi tak bnyak serta bunga yang jenis bergantung macam petunia dan tapak dara...
ReplyDeleteAda tak jenis keladi yang baru-baru di sabah
Delete