Tuesday 25 August 2015

Tut : Mengubah Keratan Tut Ke Dalam Polibeg

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang cara hendak pindahkan bahan tanaman yang dibiakkan menggunakan kaedah tut. Kali ini tanaman yang telah digunakan ialah tanaman jambu batu.
Bahan Tanaman : Keratan Jambu Batu Yang Telah Ditut.

Jika anda ada pokok jambu batu di rumah, tidak kiralah jambu batu berbiji atau tidak berbiji, boleh anda buat tut pada ranting jambu batu tersebut. Lepas tu boleh juga dijual atau sedekahkan sahaja kepada jiran tetangga yang berminat. Sebelum ranting jambu batu tersebut dibuat tut, anda kena pastikan yang ranting yang hendak ditut tersebut telah berbuah. Kalau belum bnerbuah lagi kenalah tunggu berbuah dulu. Takut-takut pokok dari tut tersebut takkan berbuah juga nanti.....hehehe


Panjang keratan.
Anda boleh merujuk kepada gambar di atas, saiz ranting berbanding pen. Jarak yang sesuai untuk ranting dikerat.

Plastik jernih digunakan ketika proses mengetut dibuat.

Tut pada pokok telah sesuai untuk dikerat apabila akar-akar telah kelihatan. Biarkan akar-akar tersebut matang dahulu baru dikerat.
Akar yang terhasil.

Kerja-kerja membuat lubang pada media tanaman di dalam polibeg.
Saiz lubang.

Media tanaman oleh menggunakan campuran tanah atas, kompos dan pasir pada nisbah 3:2:1. Bukan apa, kalau tanah atas semata-mata, lama kelamaan tanah tersebut akan keras dan tidak peroi. Lubangkan media yang telah diisi ke dalam polibeg menggunakan kayu atau seumpamanya. Lepas tu masukkan keratan tut dan tekan-tekan sikit tanah di pangkal keratan tut. Lepas tu siram dengan air. Oh ya....sebelum keratan tut tadi ditanam, buang sikit daun-daun pada keratan ya...

Keratan yang telah disemai.

Tamat sudah....

10 comments:

  1. terima kasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah dari anajingga.com.teringat arwah tok ana selalu menanam pokok jambu dengan kaedah tut ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la...semua yang kita buat mesti ada memori tersendiri...sedih ada seronok ada...

      Delete
  3. Dekat kebun pokok-pokok jambu batu rajin juga berbuah.
    Tapi tukang kebunnya selalu malas atau lupa nak pergi kutip buahnya hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan...buah jambu ni ramah juga berbuah....rajin nak kutip atau tak sahaja....tapi kalau ada orang tolong kutip...baru seronok rasanya...

      Delete
  4. pokok jambu batu kat belakang umah saya sedang berbuah tapi pelik sebab sebelum ini isinya merah . selepas my kakak tebang dan pokok itu membesar semula , isi buah jadi warna putih pula ... adeh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi buah yang putih tu sebab belum masak barangkali

      Delete
  5. Bagusnya info ni. Saya suka juga berkebun tapi biasa tanam pokok2 yg senang hidup & senang jaga je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak kongsi yang terlalu teknikal...gambar tak banyak sangat....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...