Friday 14 August 2015

Lokasi Menarik... Telekomuzium

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua...

Lama saya tak kemaskini cerita dalam blog saya ni... Setelah pindah masuk ke rumah sewa yang baru ni...inilah kali pertama saya menulis dari rumah... Bukan apa... suasana dan keadaan yang berselerak menjadikan saya tak sempat nak menulis.....woww...alasan tu...hehehe

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Menara Alor Setar....tetapi bukanlah tentang menara ini...ianya tentang satu muzium yang ada di dalam Menara Alor Setar ni.... Muzium apa...? 

Telekomuzium


Muzium yang saya maksudkan ini bukanlah besar...kecil sahaja. Tetapi barang yang ia pamerkan cukup berharga dan bersejarah. Ada kaitan dengan Pasar Lokken, Ipoh juga. Muzium yang dimaksudkan ialah TELEKOMUZIUM atau Muzium Telekomunikasi Negara.


Semasa belajar di sekolah berasrama, telefon awam memang sangat berharga kepada saya. Nak balik kampung mesti kena telefon bapa suruh ambil. Duit habis pun mesti telefon bapa dan mak nak minta duit.

 Ini adalah gambar bapa saya. Telefon-telefon yang dipamerkan kebanyakannya adalah seusia dan sezaman dengan umur bapa saya. Walaupun veteran tapi tetap dan pasti berharga. Tanpa bapa...saya pun tak wujud kot. Terima kasih Ya Allah. Ingat telefon awam, ingat bapa.

 Dalam banyak-banyak telefon di atas. Hanya dua telefon sahaja seingat saya pernah saya guna. Satu yang berwarna oren dan satu lagi yang di tepi sebelah telefon oren tu....yang tinggi sikit tu. Yang kelabu dua-dua dari tepi dah lupa sebab tak dan nak tengok dekat. Hujung sekali tu telefon yang guna kad. Pernah juga guna tapi design/bentuk tak sama pun. 

 Dua-dua jenis telefon ini saya langsung tak pernah guna. Maknanya jumpa di mana-mana sebelum ini pun tak pernah. Barulah saya tahu macam-macam bentuk dan warna telefon awam yang pernah dihasilkan dan digunakan di Malaysia ni.

 Telefon yang ini pun saya tak pernah guna walaupun tahun ia diperkenalkan sekitar 1996. Maknanya saya dah besar. Agaknya telefon ini ada di Semenajung sahaja kot....sebab pada masa tersebut saya masih di Sabah. Tak pernah la pula jumpa telefon ini.

 Telefon ini dah sah sah saya tak pernah guna. Pada masa ia digunakan saya masih tak lahir lagi atau masih kecil lagi. Tapi yang menariknya ia berwarna kuning. Cantik...cantik...

 Telefon Awam GPO Australia....lagilah saya tak pernah guna. Ada tak di antara anda yang pernah guna....?


Jom lihat gambar telefon yang lain. 

Minta maaf sebab tiada penerangan. Tak dan nak ambil gambar kata orang Kedah.

Bagi anda yang nak bercuti ke Negeri Jelapang padi boleh manjadikan Menara Alor Setar sebagai salah satu destinasi yang patut dilawati.




4 comments:

  1. salam jumaat...banya sekali jenis telefon yg digunakan di negara kita memudahkan mengirim kabar melalui angin lalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu puan....sampai juga khabar berita kita untuk orang yang disayangi dan sebaliknya...

      Delete
  2. Sama zamanlah kita.
    Yang ingat pun yang warna oren dan warna kelabu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam ke UTC Perak....jumpa satu telefon Telekom...masih wujud lagi rupanya.....tahan lama sebab tiada vandalisma....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...