Monday, 26 December 2016

Ladang Nipah Kipli


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Destinasi "Nak Makan Di Mana?" kali ini berpeluang atau dalam erti kata lain "ada rezeki" menerjah Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kg. Tanjung Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terjahan kami ini adalah pada penghujung bulan lalu..

Wah wah wah...ladang nipah ya...payah dah nak jumpa ladang nipah sekarang ni...Entah-entah anak-anak zaman sekarang ada juga yang tak tau macam mana bentuk pokok nipah...

Ladang Nipah Kipli

Anda semua boleh sampai ke sini dengan menaiki kenderaan dan mesti melalui jalan pantai dari Kuala Perlis ke Kuala Sanglang atau sebaliknya. Ketika kami sampai di sini, jalan raya baru masih belum siap ditar lagi. Opps...bukan itu yang saya nak cerita...Ketika kami sampai, ladang nipah ni baru nak beroperasi, jadi pelanggan masih belum ramai....

Sawah Padi Di Kiri Kanan Jalan Masuk
 Gambar di atas adalah pemandangan dari jalan besar. Kena melalui sawah padi dulu ya...Hijau saja...cantik....Nampak tak deretan pokok di atas...itulah deretan pokok nipah.

Hijau Ladang Nipah
 Masuk-masuk saja lepas melalui sawah padi, kita akan terus nampak pokok nipah. Cantiknya...

Jalan Masuk Ke Ladang Nipah Kipli... Di Sebelah kanan gambar ialah tempat letak kerete pelanggan.
Gambar ini pula kalau kita pandang belakang semula tengok ke arah jalan kita nak masuk tadi...tak jauh pun...jalan kaki sat sangat dah sampai kalau berjalan kaki dari jalan besar.

 Siap ada banner yang besar untuk tatapan pelanggan. Bolehlah merancang nak pi ladang ni kecuali hari isnin. Kami sampai dalam jam 2.00 petang hari tu. Tempat letak kereta pun masih kosong.

Pastikan Nombor Meja & Order
 Tengok-tengok saja banner di atas, saya dah agak dah...
Ni mesti kita kena pilih tempat duduk dulu dan kemudian baru pi order sendiri.... Agak-agaknya kenapa ya...?

Keladi Hiasan Penyeri Jalan Masuk

Lagi Keladi Hiasan

Ladang Nipah
 Sesampai saja kaki di dalam kawasan ladang nipah...apa yang dapat saya cakap ialah...cantiknya...kemas...teratur...terjaga...kreatif...tenang...aman...damai...semua ada lah...
Jadi, bagi sesiapa yang nak makan dan minum sambil menenangkan diri, sememangnya inilah salah satu destinasi yang patut anda tuju...

Pondok atau Meja
 Pondok dan meja yang mana satu pilihan untuk anda duduk.. 
Kalau nak duduk bersila atau bersimpuh, bolehlah pilih pondok.
Dah selesai pilih, jangan lupa ingat nombor meja atau nombor pondok sebelum ke kaunter untuk order makanan. Ini untuk memudahkan para pekerja menghantar makanan yang kita order sebab ada pondok yang jauh kedudukannya. Takkan lah pekerja Ladang Nipah Kipli nak pusing sekeliling ladang nipah nak hantar makanan kat kita. Kalau makanan lambat sampai nanti, kita juga yang stress nanti... hehehehe

Macam-macam Pilihan Makanan
Dua Laksa...Satu Bihun Sup
Petang itu, kami order dua laksa dan satu bihun sup. Bos saya pilih laksa. Saya pula pilih bihun sup daging dengan telur rebus. Si jejaka sorang tu pilih laksa macam bos saya.

Oh ya..laksa dan bihun sup yang kami makan agak kurang rasa sikit ya...ini kerana, kicap dan juga cili disediakan agar kita sendiri yang menambah perisa secukup rasa ke dalam kuah laksa dan sup tersebut. Bila dah tambah perasa baru sedap rasanya...

Air pula kami order air nira. Tidak sah dan tidak bererti kalau ke ladang nipah tetapi order air lain... Manisnya air nira..

Pelbagai Produk Lain Turut Dijual
 Terdapat juga produk lain seperi cuka nipah dan manisan nira yang turut dijual di Ladang Nipah Kipli ini. Makanan sampingan juga dijual di sini. Bawa duit lebih tau..

Kenangan Di Ladang Nipah
Sekian. Terima Kasih..

20 comments:

  1. sejuk suasana gerai di ladang nipah..pernah sekali minum air nira semasa di Yan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kat Yan pun ada..entah2 cawangan yang sama kot..sebab member akak kata..ada cawangan lain ladang ni..

      Delete
  2. Rumah mak sedara kak di kampung ada sedikit pokok nipah tepi bendang jadi sumber pendapatan hasil nira, nisan n cuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mesti rumah dekat bendang dan tepi laut juga kan...

      Delete
  3. Bestnya ladang nipah.
    Belum pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom..kalau pi Perlis dari Alor Setar atau sebaliknya..cuba lalu jalan tepi laut...InsyaAllah sampai

      Delete
  4. Sedapnya buah nipah, lama dah tak makan, taj silap rasanya ada mcm isi kelapa. Tempatnya pun cantik sangat, bagus ada anak melayu yg berani mcm saudara kipli tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tak ingat rasa buah nipah macamana...jom doakan agar ladang beliau kekal sampai bila2 InsyaAllah

      Delete
  5. jauhnyer perlis dh nk smpi sempadan siam tuu., nyum nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh gak la...tapi jauh lagi Sarawak...hehehehe
      Apa kata Wak n family pi Krabi terus..

      Delete
  6. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya suka dengan suasana persekitarannya, memang kena dengan jiwa hijau saya. Tapi nampak macam tak ada hidangan buah nipah pun..hehe. Insya-Allah, ada masa dan upaya saya akan ke sana.
    Masa budak-budak dulu selalu sangat saya pergi cari buah nipah ni, tak jauh dengan rumah, orang kampung kami panggil kawasan pokok nipah ni 'baghang'. Bagai masih terasa isi buah nipah yang manis dan lembut di campur pula dengan air batu...biasanya kami cari buat buka puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baghang...tak pernah dengar lagi perkataan ni... Masa kami pi tu...buah nipah memang tak ada kot...sebab tu tak order...

      Semoga Ustaz diberi kelapangan untuk datang ke sini..

      Delete
  7. Kakak rasa dah lama betul kakak tak menikmati buah nipah muda
    Sedap berjelly kena ais aduhai...:)

    ReplyDelete
  8. Rumah akak masa budak2 dulu pun berdekatan dgn rimbunan pokok2 nipah.Masa tu mudah nak makan buah nipah...sedapnya bila di imbas kenangan tu.Sekarang ni anak2 akak pun xkenal pokok nipah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan zaman kecil2 akak mesti seronok kan...dulu masa kecil2...saya pun selalu sialp antara pokok nipah dan salak...

      Delete
  9. Tak pernah rasanya merasa air nira ni Fiza. Sedap ke?. Yelahkan dah alang alang ke Ladang Nira, haruslah cuba signature drinks katanya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..manis sangat...tapi lagi sedap minum sejuk sejuk..

      Delete
  10. Menarik konsep kedai ini ya.
    Cuma kita nak kena tahu buka dari pukul berapa tutup pukul berapa.
    Sebab operation time tak lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kena set masa nak sampai...takut2 tutup nanti bila dah sampai..

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...