Wednesday, 19 August 2015

Keledek Kulit Merah Isi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Keledek....keledek....

Jika dibuat karipap atau cucur badak, sudah tentu sedap....makan sambil minum petang pula tu....


Kali ini saya berkongsi tentang tanaman keledek yang ditanam di TKPM Sungkai, Perak. Pengusahanya seorang yang rajin, tengahari rembang pun masih di ladang.


Keledek di sini dibiakkan menggunakan keratan batang. Panjangnya lebih kurang 20-25 cm. Kalau dilihat dalam gambar, pucuk-pucuk atau sulur keledek tidak dibalikkan kerana pengusaha tak sempat. Jangan diikut amalan pengusaha ini, pada saya sulur perlu dibalikkan supaya keledek cepat membesar. Ia juga dapat mengelakkan keledek terbentuk di bahagian sulur yang tidak sepatutnya.

 Keledek yang dituai ketika saya di ladang ini berkulit merah. Siapa tahu apa warna isinya......?

 Menurut pengusaha tersebut, keledek bersaiz kecil seperti dalam bulatan putih dalam gambar mempunyai rasa yang sedap. Saya pun ambil sebiji dua untuk cuba buktikan. Setelah dimasak dan dimakan. Pada saya, rasanya macam keledek biasa, cuma isinya lembut tidak berserat sebab masih muda lagi. Nak kerat dengan pisau pun senang.

Pengusaha tidak menuai keledek yang bersaiz besar. Menurut beliau purata satu pokok hanya 6-7 biji bagi varieti jenis ini. Jika terlalu besar susah hendak dijual dan pembeli tidak berminat. Benar juga kata beliau, sebabnya saya sendiri pun kalau beli keledek di pasar, mesti beli yang bersaiz sederhana. 

15 comments:

  1. keledek ini lembut n manis isinya...rasanya nk tanam keledek pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom tanam keledek...nanti akak dah tanam boleh update status...seronok juga tanam keledek sebab cepat membiak...

      Delete
  2. sedapnya keledek..kalau dekat mau nak gi borong..buat kuih keria dengan cek mek molek..faberet kami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu cek mek molek....makan panas-panas....lagi sedap....

      Delete
  3. kaknoor singgah follow sini..
    sedap nya keledek tu kalau dkt mmg nak beli lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh yer kak noor....tak apa...beli di kedai pun boleh....

      Delete
  4. Suka tanam keledek sebab tak perlu jaga.
    Tapi sekarang ni unggas banyak tak dapat nak menanam keledek.
    Dah banyak kali tanam habis disapu licin oleh mereka tak sempat pokok nak tumbuh.

    ReplyDelete
  5. my bonda ada tanam di kg dulu tapi bkn utk buahnya , cuma utk ambil pucuk muda dimasak lemak . kekadang ada juga cuba cabut tapi jarang ada ubinya . mungkin sebab tanah tak gembur ...

    ReplyDelete
  6. Ya...tanah tak gembur pun salah satu sebab ubi tak terbentuk....pucuk pula perlu dibalikkan ke atas batas agar akar tidak terbentuk di sepanjang batang (maksud saya biar buah terbentuk kat pangkal jer...)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, nak tumpang tanya macam mana nak hubungi pengusaha ladang keledek Sungkai tu ya..?
    T kasih.

    Zalahuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi kakitangan Pejabat Pertanian Kawasan Sungkai...En Supandi (...nombor telefonnya nanti saya email)

      Delete
    2. Saya tal dapat ke blog En Zalahuddin...

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...