Thursday, 18 June 2015

Pasar Karat/ Pasar Pagi Lokken

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Artikel kali ini saya tulis pada 1 Ramadhan 1436H tahun Masihi 2015...

Namun, gambar-gambar ini telah lama diambil. Cuma sekarang baru berkesempatan berkongsi dengan anda semua.

Macam mana boleh tergerak hati untuk ke Pasar Pagi Lokken...?

Sebenarnya, suami saya orang Perak dan membesar juga di Perak. Jadi, selalulah saya bertanya kepada suami saya. Begini soalannya : Di Perak ada tak tempat yang menarik lagi untuk dilawati, sekitar Ipoh pun jadilah. Jawapan yang selalu saya terima dari suami saya sebelum-sebelum ini ialah : Tak tahulah, Ipoh ni tak banyak tempat menarik.

Sebenarnya saya tak kisah tempat itu menarik atau tidak, yang penting dapat jalan-jalan makan angin. Asyik duduk di rumah sahaja hujung minggu. Bosan pun ada. Apa taknya, 5 hari dah kerja, mau juga rehatkan minda dan relakskan minda.

Tetapi pada pagi 18/01/2015, dengan tiba-tiba sahaja suami saya mengajak saya pergi ke Pasar Pagi Lokken atau lebih dikenali dengan panggilan Pasar Karat. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja cerita tentang pasar ini dari rakan-rakan. 

Pasar ini beroperasi pada hari Ahad dan ia berlangsung setengah hari sahaja. Maknanya sampai tengahari sahaja. Ia terletakdi dalam pusat bandar Ipoh berhampiran dengan pasaraya The Store.  Jika anda semua ingin ke pasar ini, adalah lebih baik anda bergerak seawal pagi yang boleh. Ini kerana agak sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan. 

Berbalik kepada cerita saya, kami sampai sekitar jam 8.30 pagi. Memang agak lambat kerana sudah ramai pengunjung yang tiba di pasar terdiri dari pelbagai bangsa. Pengunjung luar negara pun ada. Banyak barangan antik dan lama boleh dilihat dan diperolehi di pasar ini.

Jom kita tengok gambar yang sempat saya ambil.

Termos lama terutama yang bercorak kotak-kotak.
 Masih teringat di minda saya, termos lama bercorak kotak digunakan oleh emak saya untuk menyimpan Aiskrim Malaysia sebelum dijual kepada budak-budak sekolah agama. Apa tak ingatnya, yang kena tolong buat aiskrim tu dan ikat plastik aiskrim tu sayalah juga. Mak oo mak...

Kipas lama pun ada.
Apabila terlihat kipas lama ini, teringat saya akan zaman-zaman jepun. Macam kipas zaman jepun ke? Saya pun tak lahir lagi masa tu. Tapi kalau kita tengok cerita-cerita lama, kipas yang selalu digunakan dalam cerita-cerita tersebut macam sama sahaja bentuknya.

Tabung hadiah Oriental Bank Berhad.
Ketika kami berjalan-jalan, pandangan mata saya tersinggah kepada satu bentuk yang saya selalu tengok. Bentuk dunia (globe). Inilah tabung bumi. Saya ada satu tabung ini di rumah, tapi telah pecah. Walaupun dah pecah, saya masih simpan. Tabung itu saya perolehi sebagai hadiah oleh Oriental Bank Berhad (OBB). Bank itu pun dah tiada sekarang kerana penggabungan bank-bank di Malaysia suatu ketika dulu masa zaman kegawatan ekonomi. Cuma saya tak terfikir nak beli pun. Bila sampai rumah, baru menyesal.

Lampu lama dan sterika lama pun ada.
Apabila tengok lampu lama dan sterika lama ni, terbayang betapa susahnya orang zaman dulu-dulu. Kita sekarang celik-celik mata lampu dan sterika hanya perlu tekan suis sahaja seblum boleh digunakan. Orang dulu-dulu kena guna minyak dan arang kalau nak guna kedua-dua benda tu. Syukur Alhamdulillah sangat-sangat.

Wow...telefon lama yang masih cantik hitam berkilat pun ada.
Peminat-peminat telefon lama boleh menjadikan pasar ini sebagai tempat mencari koleksi baru. Harga boleh ditawar. Kalau anda nak tengok jenis-jenis telefon lama boleh juga pergi ke Menara Alor Setar. 

Kacip pinang pun ada. Penjual ini siap letakkan dalam bingkai kaca.

Tengok sahaja kacip ini, teringat kacip pinang arwah tok saya. Suka benar arwah makan daun sirih. Kacip tu sekarang saya simpan juga. Nanti ada masa saya kongsikan gambar kacip tu dalam artikel lain.
Koleksi barangan, hadiah atau edisi terhad milo pun ada. Kasut pun ada.

Kaset lama koleksi lagu-lagu penyanyi lama.

En Suami sedang melaram dengan cermin mata. 

Pelbagai jenis pelbagai warna dan pelbagai bentuk cermin mata. Boleh tak saya gelar cermin mata pakai buang.

Baju pun ada.

Pakaian wanita pun ada juga.

Tudung pun ada. Pilih sahaja yang mana berkenan.

Baju tu tanya? Kenalah jawab....
Keme orang Sabah...Kedah Pun boleh juga.

Sesiapa yang tinggal di Seri Iskandar, Perak bolehlah datang beli baju ni....

Nak belajar cakap Perak pun boleh. Tak ada buku nak tengok, bolehlah tengok baju ni...

Baju berwarna hitam sahaja yang dijual di gerai ini...



Kasut sukan pun ada.

Kasut yang cantik. Saya nak beli tapi bila cuba rasa tak selesa dengan kaki saya. Penyudahnya tak beli.

Beg tema atau corak tentera pun ada. Teringat arwah Pak Lang saya. Teguran dan nasihat beliau menjadi salah satu penyebab kejayaan saya sekarang.

Payung...!!!! Hujan atau panas boleh digunakan.

Anda nak sihat...salah satu cara nak mengekalkan kesihatan. Makanlah buah.

Ais Kepal @ Ice Ball

En Suami yang suka ais kepal. 

Tekstur agak kasar tapi nak habiskan...jenuh juga...







3 comments:

  1. Menarik tempat ini teringin juga pergi suatu hari nanti.
    Ya termos corak batik tu ada di rumah lama dulu. Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh le ke Perak...
      Termos corak tu payah nak jumpa dah....

      Delete
    2. Ingat nak bawa juga anak-anak jalan ke sana suatu hari.Kami lama dah tak ke arah utara berjalan.

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...