Tuesday, 23 January 2018

Hidroponik Gantung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ni nak kongsi tentang Hidroponik Gantung. Biasanya ramai di antara kita yang menggantung bunga-bunga hiasan dengan tanaman yang ditanam menggunakan medium penanaman tanah atau kompos. Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda satu teknik yang mudah dan telah terkenal setelah sekian lama. Jom tengok gambar-gambar di bawah.

Haji Zainol...pesara Jabatan Pertanian Negeri Kedah

Monday, 8 January 2018

Tip Of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Trip To Sabah 25/04/2013

Destinasi seterusnya ialah Tip of Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau. Di mana bah itu tempat...? Macam tau tapi ndak tau...?

Jika anda ke Sabah, lokasi ini mesti dilawati...dan tidak boleh tidak pergi ke sini... sebabnya ia merupakan satu lokasi yang unik dan antara yang tercantik terutama bagi peminat pemandangan yang cantik.

Nampak tak hujung batu tu....kat situ la hujung Tip of Borneo...


Monday, 1 January 2018

Jom Tambah Oksigen... Cara Mudah... Insya Allah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua

Agaknya dah setahun blog saya ni dah bersawang. Cuma yang pasti saya tak perlu bersihkan sawang macam sawang di rumah. Ada ka lagi peminat yang rindu...kalau ada tinggallah anda jejak ya... Insya Allah saya akan cuba terjah blog anda juga...

Bagi tahun 2018 ini...saya telah diberikan Allah swt keinginan untuk mengemaskini blog ini. Makanya... saya mulakan dengan gambar di bawah. Sesuai dengan tajuk blog ini (sebenaqnya dah lama tak menulis...ayat pun tak teratoq lagi...hihihi)

Anak Benih Padi Wangi MRQ 74


Sunday, 1 January 2017

Idea Ringkas Berjimat : Bilik Pengantin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jika sebelum ini, artikel sama juga telah saya kongsikan. Cuma itu tahun pada awal tahun lalu. Kali ini adalah pada pertengahan bulan Disember 2016. Penghujung tahun 2017.
Tak banyak beza pun...hanya bertukar warna sahaja...
Jom bandingkan dengan bilik pengantin sebelum ini..

Hijau...
Semoga memberi inspirasi kepada anda semua...ringkas dan berjimat...

Wednesday, 28 December 2016

Anda Semua Setuju Tak...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Setuju tak...? Jika setuju kenapa...? Jika tak setuju pun kenapa...?

Tuesday, 27 December 2016

Jom Kita "Shellout"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adik perempuan saya baru jer balik bercuti dari KSKB. Balik kampung pula tu bukan saja balik kosong...tapi balik dengan idea supaya kami cuba makan kat restoran yang ada Shellout.
Apa ke benda la Shellout ni...? 
Maklum ajalah, saya ni orang yang jarang ke tempat yang makanannya pelik-pelik. Setakat makan ikan siakap tiga rasa tu selalulah...

Jadi, saya dan suami cuba  mencari-cari dalam internet dengan bantuan Mr Google... Cari Shellout yang ada di Alor Setar. Akhirnya jumpalah restoran yang ada Shellout kat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Kalau orang Kedah tu, mesti tau kan jalan JPJ lama kat Alor Setar.

Pandangan Dari Luar Cermin

Monday, 26 December 2016

Ladang Nipah Kipli


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Destinasi "Nak Makan Di Mana?" kali ini berpeluang atau dalam erti kata lain "ada rezeki" menerjah Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kg. Tanjung Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terjahan kami ini adalah pada penghujung bulan lalu..

Wah wah wah...ladang nipah ya...payah dah nak jumpa ladang nipah sekarang ni...Entah-entah anak-anak zaman sekarang ada juga yang tak tau macam mana bentuk pokok nipah...

Ladang Nipah Kipli