Tuesday, 27 December 2016

Jom Kita "Shellout"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adik perempuan saya baru jer balik bercuti dari KSKB. Balik kampung pula tu bukan saja balik kosong...tapi balik dengan idea supaya kami cuba makan kat restoran yang ada Shellout.
Apa ke benda la Shellout ni...? 
Maklum ajalah, saya ni orang yang jarang ke tempat yang makanannya pelik-pelik. Setakat makan ikan siakap tiga rasa tu selalulah...

Jadi, saya dan suami cuba  mencari-cari dalam internet dengan bantuan Mr Google... Cari Shellout yang ada di Alor Setar. Akhirnya jumpalah restoran yang ada Shellout kat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Kalau orang Kedah tu, mesti tau kan jalan JPJ lama kat Alor Setar.

Pandangan Dari Luar Cermin

Monday, 26 December 2016

Ladang Nipah Kipli


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Destinasi "Nak Makan Di Mana?" kali ini berpeluang atau dalam erti kata lain "ada rezeki" menerjah Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kg. Tanjung Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terjahan kami ini adalah pada penghujung bulan lalu..

Wah wah wah...ladang nipah ya...payah dah nak jumpa ladang nipah sekarang ni...Entah-entah anak-anak zaman sekarang ada juga yang tak tau macam mana bentuk pokok nipah...

Ladang Nipah Kipli

Wednesday, 7 December 2016

Jom Naik Keretapi...Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah lama tidak melonjakkan diri di alam maya... Baru sekarang menemui masa yang sesuai...

Kali ini, saya nak mengajak anda semua naik keretapi...maksud saya..kita melancong dengan menaiki keretapi ataupun kita balik kampung dengan menaiki keretapi...

Sebelum kita menaiki keretapi, kita kena beli tiket keretapi dulu...dan kita kena pastikan kita tidak dikenakan Amaran dan juga Surcaj RM 30.00


Jom Baca
Surcaj boleh dikenakan jika tiket keretapi berada di dalam kategori di atas...

Friday, 26 August 2016

AgroCarnival Jabatan Pertanian 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Pakat Mai Ramai-ramai
kita memeriahkan karnival ini...

Sempat lagi kalau nak mai.....
Jom jom...


Saturday, 9 July 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Di Hari Yang Berbahgia Ini....

Kami berdua memohon kemaafan zahir dan batin dari rakan taulan saudara mara sahabat handai.... andai ada yang tersinggung.. terasa.. marah.. dan seumpamanya akibat dari kekhilafan kami berdua....

Jemput datang beraya kat Layang Kiri, Parit, Perak atau Pokok Sena, Kedah

Buat rakan-rakan blogger....nak jual pantun yer

Raya raya juga....
Alam maya jangan dilupa...
Hari raya hari mulia...
Bersama kita meraikannya...

Wednesday, 22 June 2016

Jom Noreh Getah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini nak bercerita berkaitan tentang pokok getah.
Rumah mak bapa saya di kampung di kelilingi dengan pokok getah. Tapi saya ni tak pernah menoreh sebatang pokok getah pun lagi walaupun pokok getah ada di belakang rumah saja. Kata orang Kalau Nak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih

Pokok Getah Di Kampung Beng, Lenggong

Monday, 6 June 2016

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Memasuki Ramadhan ini teringat pula saya dengan Ramadhan yang lalu...lebih spesifik lagi teringat dekat rakan-rakan lama...Sebahagian kecilnya ada dalam poster di bawah..

Apapun, buat semua saudara mara dan kenalan lama mahupun baru...

Selamat Menyambut Ramahan Al Mubarak

Monday, 30 May 2016

Balut Buah Mangga...Badang & Tangga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dekat sebulan saya tak kemaskini blog. Nak tau kenapa...? Sebab kami sibuk balut mangga di ladang.
Tapi saya tolong-tolong balut buah di bawah sahaja. Buah yang tinggi-tinggi semuanya dibalut oleh En Din, En Shidi, En Sam, Abg Jan dan Pak Jenal.

Syukur alhamdulillah...ada tangga dan badang kami yang gagah perkasa.

Pak Jenal