Sunday, 17 January 2016

Terung Muda...Terung Tua...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Artikel kali ini bukanlah tentang penanaman terung. Hanya sekadar berkongsi pengalaman tentang perubahan warna terung bulat dari muda hingga ke tua. Terung bulat yang saya kongsikan dalam artikel kali ini berwarna ungu. Agak-agak lah...warnanya masa tua warna apa ya....? Dahulu saya pun payah nak agak...setakat warna ungu pudar tu saya tahu bahawa terung tersebut telah cukup tua dan tak sesuai untuk dipasarkan. Kalau biar tua lagi...saya pun tak tau....hehehe

Warna terung bulat ungu ketika muda....

Tuesday, 12 January 2016

Resepi - Pizza Sayur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengah buat apa tu...? Dah tengahari ni..? Dah masak ka...? Jom saya kongsikan satu resepi yang saya dah buat dan rasa sendiri... 

Pizza Sayur... 

Jika ada persamaan dengan resepi di luar sana...maafkan yer...ditakdirkan sama la tu...sebabnya resepi ini dihasilkan berdasarkan bahan yang ada di rumah ketika itu... 
Masa tu pula masa bulan puasa tahun 2015.



Thursday, 7 January 2016

Adakah 'Lilin' dalam Hidup Kita...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Lilin...sebatang lilin atau banyak batang lilin. Adakah di dalam hidup kita ada lilin...? Bagi saya memang ada lilin dalam hidup saya... Tak kiralah di mana saya berada....dalam erti kata lain... Lilin sentiasa ada walaupun tak ada depan mata...

Cahaya Lilin Dari Sebatang Lilin...

Wednesday, 6 January 2016

Kompos Sisa Dapur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penutup tahun 2015...saya ingatkan sudah tidak ada lagi permintaan untuk mengajar cara membuat baja kompos. Tup-tup ada...permintaan dari Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan ianya khas untuk kakitangan kolej tersebut dan juga pengusaha kantin. Maka, dengan rasa senang hati dan teruja, saya dan partner pun memberi sedikit taklimat dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang terlibat termasuklah Puan Pengetua kolej yang turut serta. Pengusaha kantin turut dilibatkan agar dapat bersama-sama menjayakan Green Campus ini.

Banner Green Campus

Friday, 1 January 2016

31 Disember 2015 - Tarikh Bersejarah Buat Saya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa yang istimewa sangat tentang 31 Disember 2015. Bagi saya tarikh tersebut istimewa buat saya sebab akan jadi sejarah buat saya.....sebab hari inilah hari terakhir saya bekerja di Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian, Kompleks Pertanian Titi Gantong....Penutup kepada tahun 2015. Saya akan memulakan kerja bagi tahun 2016 di lokasi baru.... Lokasi baru pula adalah lokasi yang pertama saya mula-mula bekerja di Jabatan Pertanian.

Sedih....sedih....tapi hati berasa-rasa yang saya akan jejak kaki semula suatu hari nanti. Banyak kenangan...sedih tak banyak...banyak yang seronok sebenarnya....
Anda pula bagaimana....?

Bersama geng pentadbiran....ada tak ala-ala Kumpulan Panca Sitara

Wednesday, 30 December 2015

Hasil Pertanian...Hasil Keringat Petani

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Hari ini ada makan sayur tak...? Buah...? Tak ada ker...? Ohhhh....ada makan sayur yer... Bagus-bagus. Baik untuk kesihatan. Saya bertanya itu dan ini tu bukannya apa....sebab artikel kali ini adalah berkaitan hasil Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Projek Jabatan Pertanian dan artikel kali ini menjurus kepada TKPM Titi Gantong, Bota, Perak.

Di bawah adalah nama-nama pemenang yang mana pesertanya terdiri dari peserta TKPM titi Gantong bagi Pertandingan Hasil Pertanian sempena AGROFEST NEGERI PERAK 2015. Sempena Agrofest ini, semua hasil pertanian yang dikeluarkan oleh semua petani  dari negeri Perak yang telah dipilih bagi menyertai pertandingan, dikumpulkan dan diadili oleh hakim-hakim yang pakar dalam bidang pertanian. Hasil yang dipertandingkan pula ada bermacam kategori. Antaranya sayur buah, buah-buahan dan tanaman ladang.

Jom kita tengok pemenang bersama hasil pertanian keluaran mereka.


Sunday, 27 December 2015

HPPNK 2015 Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015 Siri 2...apa pula yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ini...? Jika dalam HPPNK Siri 1 saya kongsikan dengan anda semua tentang replika-replika dari hasil pertanian....tidak kurang hebat juga dengan artikel kali ini. Tetapi gambar yang saya kongsi tak banyak tau...tak dapat muatnaik banyak sebab line internet sangatlah lambat.

Artikel kali ini tentang Terrarium....bukan akuarium yang ada ikan yer...akuarium ini ada pokok. Pokok hiasan...batu hiasan...media penanaman...

Tahniah SMK Wira Penrissen dari saya peminat tegar keladi hiasan.

Thursday, 24 December 2015

Tahukah Anda....? Jom Saya Bagitahu Tentang Biji Kopi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahukah anda...? Salah satu faedah biji kopi kepada kita ialah..... meneutralkan semula bau minyak wangi yang hidung kita telah hidu. Tips ini telah diberikan oleh penjual minyak wangi sendiri. Gerai minyak wangi tersebut ada di Tesco Station 18, Pengkalan, Ipoh, Perak.

Biji kopi yang telah dimasak (goreng atau bakar...tak pasti sebab lupa nak tanya pula....)
Berbalik kepada tips di atas. Lepas hidu pelbagai jenis bau minyak wangi...sudah tentulah hidung kita dah pening dengan ( hidung pun boleh pening ker...? ) Bukanlah...sudah tentulah hidung kita tak dapat nak menentukan bau minyak wangi yang baru, samada bau tersebut sesuai atau tidak dengan  yang dikehendaki oleh kita. Jadi, bolehlah cium dahulu bau biji kopi sebelum menghidu minyak wangi yang seterusnya.

Itu sahaja untuk perkongsian artikel kali ini.

Semoga berguna...