Tuesday, 6 October 2015

Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini artikel berkaitan tentang Kitar Semula jugalah....Tapi sikit-sikitlah....Sama juga macam dua artikel sebelum ini... Kasut dan Vacuum Cleaner... Apa yang berbeza kali ini ialahartikel pada malam ini berkaitan tentang cara nak mencantikkan dinding anda yang kosong. Ala-ala Jom Buat Sendiri..... Saya kategorikan sama seperti Vertical Farming...Konsep sama walaupun kaedah dan bahan berbeza.

Kalau hanya warna cat sahaja yang ada, bila lalu tepi dinding pasti rasa kosong saja. Sekurang-kurangnya, ada jugalah pemandangan bagi pemandu yang sedang meletak kenderaan di tepi dinding tu. Tak adalah bosan sangat.


Monday, 5 October 2015

Cili Varieti 151

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tanaman cili. Apa yang menarik tentang cili ini ialah ia ditanam menggunakan teknologi organik. Tanpa sebarang baja kimia dan racun sintetik. Jadi, percayalah bahawa cili boleh ditanam secara organik. Teknologi yang digunakan ialah Teknologi DOA Plant Booster.

Pokok Cili Varieti 151
Jika dikira jumlah buah cili pada pokok di atas, lebih kurang 33 biji buah cili ada pada pokok. Bayangkan jika setiap buah beratnya lebih kurang 25 gram. Jumlah beratnya 0.85 kg. Ada lagi sebanyak 1.2 kg untuk menghampiri 2 kg. Rasa-rasa anda semua boleh dapat tak 2 kg cili sepokok.

Pokok cili varieti 151 ini jika ditanam di ladang secara terbuka, ia didapati agak rendah sekitar 45 cm tinggi. Ia juga mempunyai ranting yang agak melepai dan jika tiada sokongan dibuat, sudah pasti hujung rantingnya akan mencecah tanah. seterusnya buah akan rosak akibat melecur terkena plastik silvershine dan juga jangkitan oleh penyakit bawaan tanah. Namun jika tunas air tidak dibuang, ia akan kelihatan tinggi. Di dalam amalan agronomi tanaman cili, tunas air yang tumbuh/keluar dari batang utama mesti dibuang. 

Tuesday, 22 September 2015

Terperangkap Di Dalam Lif....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda terperangkap di dalam lif.....? Jika ya...Apakah perasaan anda ketika lif mula-mula terhentak sebelum berhenti...? 

Saya dah tentu berdebar dan rasa takut.....Takut-takut kabel terputus ke? Macam-macam lagilah dalam fikiran. Peristiwa itu berlaku dah lama ketika menghantar adik lapor diri ke KSKB. Kami keluar semula kerana hendak membeli keperluan adik saya. Singgahlah di sebuah pasaraya berdekatan. Kejadian ini berlaku ketika kami hendak turun ke tempat letak kereta. 

Pada mulanya, pergerakan lif ok sahaja. Selepas lif tu menurunkan/mengeluarkan pengguna lif yang hendak turun di tingkat 3, lif itu bergerak ke bawah pula. Ketika itulah lif tersebut yang masih bergerak mula terhenti tiba-tiba menyebabkan berlaku hentakan/terhentak kuat dan kami rasa lif itu tergantung-gantung sahaja. Pada masa itu, sempat terfikir kalau-kalau kabel putus dan terus jatuh ke bawah. Nauuzubillahhiminzalik

Takut memang takut...macam-macam dalam fikiran. Syukur alhamdulillah sebab ada telefon bimbit dan ada kredit. Boleh juga digunakan untuk telefon penyelenggara lif. Bukan apa, loceng kecemasan tak berfungsi pula.... Bayangkan jika tiada loceng, tiada telefon bimbit, tiada kredit telefon dan tiada lampu dalam lif. Agak-agaknya siapa la yang nak dengar jeritan kita. Nombor telefon penyelenggara lif memang ada terpampang pada bahagian dalam lif. Saya agaklah, selalu kot lif tu rosak, sebab itulah ada nombor penyelenggara tersebut.

Agak lama juga la penyelenggara lif tu nak sampai, adalah dalam setengah jam. Kami siap telefon tiga kali. Apabila pintu dibuka, lantai hypermarket tu berada betul-betul di tengah-tengah pintu lif. Penyelenggara lif terpaksa tarik naik sikit lif supaya kami dapat panjat keluar. Teringat pula cerita tv berkaitan dengan orang yang jatuh lif. Ingin saya berpesan di sini, jika hendak melangkah keluar dari lif, tengok-tengoklah lantai di luar samada ada atau tiada.

Wednesday, 9 September 2015

Menara Alor Setar


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Jam menunjukkan jam 3.30 pagi ketika saya memuatnaik gambar untuk artikel blog saya pada kali ini...Selain sudah lama tidak kemaskini, sebab lain saya kemaskini blog ni awal pagi buta sebab tak boleh tidur balik....terjaga dari tidur...artikel kali ini ada kaitan dengan artikel sebelum ini....Telekomuzium

Tetapi, mata telah mulai mengantuk....jadinya...biarlah gambar berbicara dahulu yer...Apabila saya ada kelapangan saya akan kemaskini....boleh pula lagu tu (macam tu)...hehehe

Kata orang... di sebalik gambar tersirat seribu satu cerita...kekadang jalan cerita yang panjang adalah hasil dari sekeping gambar...

Pada 11/09/2015 barulah ada masa saya mengemaskini cerita tentang Menara Alor Setar ini...

Pandangan dari bawah Menara Alor Setar
Jenuh juga la nak mendongak kepala mengambil gambar menara ni...dua tiga kali lah juga...tak cantik jer padam...tak sama kiri kanan jer padam....

Tuesday, 25 August 2015

Tut : Mengubah Keratan Tut Ke Dalam Polibeg

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang cara hendak pindahkan bahan tanaman yang dibiakkan menggunakan kaedah tut. Kali ini tanaman yang telah digunakan ialah tanaman jambu batu.
Bahan Tanaman : Keratan Jambu Batu Yang Telah Ditut.

Wednesday, 19 August 2015

Keledek Kulit Merah Isi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Keledek....keledek....

Jika dibuat karipap atau cucur badak, sudah tentu sedap....makan sambil minum petang pula tu....


Kali ini saya berkongsi tentang tanaman keledek yang ditanam di TKPM Sungkai, Perak. Pengusahanya seorang yang rajin, tengahari rembang pun masih di ladang.


Friday, 14 August 2015

Lokasi Menarik... Telekomuzium

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua...

Lama saya tak kemaskini cerita dalam blog saya ni... Setelah pindah masuk ke rumah sewa yang baru ni...inilah kali pertama saya menulis dari rumah... Bukan apa... suasana dan keadaan yang berselerak menjadikan saya tak sempat nak menulis.....woww...alasan tu...hehehe

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Menara Alor Setar....tetapi bukanlah tentang menara ini...ianya tentang satu muzium yang ada di dalam Menara Alor Setar ni.... Muzium apa...? 

Telekomuzium

Tuesday, 4 August 2015

Idea Kreatif....Guna Kasut Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Banyak hari juga saya menyepi, sebabnya sedang pindah rumah. Rumah masih berselerak dan badan pun letih. Idea pun kurang bernas. Nak mengarang satu ayat pun makan masa berjam-jam. 

Artikel kali ini khas Buat Qaseh Vee ... Pn Paridah ... JR's Blog ... Norazimah ... Teratak Bunda ... Tukang Kebun ... Aniey Yusoff  dan lain-lain pembaca blog ini.

Inilah lagi satu cerita....opss...salah lah pula... Inilah lagi satu idea kreatif yang dibuat sendiri oleh mak saudara sebelah suami saya. Di dalam artikel sebelum ini be;iau menggunakan semula alat pembersih (vacuum cleaner) untuk gubahan bunga beliau...  

Kali ini kasut anak beliau pula yang menjadi bahan idea kreatif. Tanaman hiasan yang digunakan juga dari jenis yang tahan lasak dan tidak mudah mati. Kesian kat pokok tu kan...? Kena cium bau bekas kaki siapa agaknya....

Bagus juga idea ini pada pandangan saya. Bukan apa, sudahlah kita beli mahal-mahal. Jadi apalah susahnya kalau kita gunakan semaksimum mungkin. Barulah nilai wang yang kita keluarkan masa membeli kasut akan berbaloi.

Jom Guna Semula Apa Yang Boleh Digunakan