Tuesday 22 March 2016

Idea Ringkas Berjimat - Pelamin & Bilik Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti sekolah hanya 2 bulan sahaja lagi. Saya dah dapat kad jemputan kahwin untuk cuti sekolah bulan Mei depan... Bagaimana pula dengan anda...?

Biasalah kan, kenduri kahwin ni sinonim dengan cuti sekolah...

Namun dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pelamin dan hiasan bilik pengantin yang ringkas sahaja... kos pun rendah...jimat... buat sendiri.... rekabentuk ikut dan sahaja...ikut apa yang ada... Baca artikel sebelum ini Klik Sini

Digabungkan pula dengan idea spontan adik ipar, adik sendiri dan adik sepupu yang kreatif-kreatif semuanya....Jom kita mulakan...

Oh ya...majlis ni telah berlangsung pada penghujung bulan Februari lalu (awal Mac)...

Pelamin

Pelamin yang ringkas sahaja.
Di bawah adalah kami yang merealisasikan pelamin ini. Kalau nak diikutkan semuanya guna semula apa yang mak mertua saya ada kecualilah pentas tu, kerusi dan kain latar belakang putih tu. Yang kena beli hanya tanglung, pasu-pasu dan sebahagian bunga

Terus terang cakap...pengantin yang minta tolong...ditambah dengan ada masa dan dapat kebenaran cuti dari bos, bolehlah kata Ya kat beliau (adik ipar lelaki). Lagipun pelamin ni akan membantu satu acara yang selalunya ada di Perak saja kot.... ya ka...betul ka...?


Saya, adik ipar dan adik kandung.

Latar belakang yang telah siap.
Pelamin yang bertemakan warna merah.
Pengantin Lelaki dan Wanita...Merah sangat la Mak Ngah...

Kiranya kos pelamin di atas sekitar RM 80 sahaja. 

Dah tamat bab pelamin.


Acara Cempak

Tahukah anda di Perak ni ada acara cempak yang hanya melibatkan adik-beradik sebelah mak dan bapa pengantin termasuklah anak-anak mereka...? Tujuannya untuk memperkenalkan orang-orang lama dalam keluarga dan yang baru-baru... Di samping itu diselitkan juga acara mengenakan pihak pengantin...Nasiblah kan...ada yang disuruh makan sambil tangan bersilang....ada yang disuruh berlakon dan lain-lain lagi... Pastu ahli keluarga yang telah diperkenalkan akan hulur sumbangan seikhlas hati semampu yang mampu kepada pengantin. Oh ya....sumbangan ini tak sama dengan hadiah yer...sebab hadiah memang dah bagi asing...

Gambar semasa acara cempak.
 Ketika Acara Cempak dijalankan, kalau nak bagi lagi meriah...eloklah ada seorang pengacara majlis. Beliaulah yang akan menggamatkan lagi suasana.... Dah tentulah orang yang pandai dan banyak cakap... Sebab itulah dalam gambar di atas ada nampak seorang lelaki pegang mikrofon...dialah Abang Sham... suaranya sedap kalau nyanyi lagu hindustan....

Salah satu contoh gelagat dalam acara cempak.

 Bilik Pengantin

Bilik pengantin di bawah...macam mana..? Anda boleh buat tak...? Dah tentu boleh... 

"Sanang Bah Itu"

Kali ini saya tukar sikit latar belakang bilik pengantin. Tak mau simetri macam pelamin di atas. Kalau simetri, kena banyak fikir sebab kanan nak kena sama dengan kiri...Kalau gaya bebas... ikut suka hati dan taklah terikat sangat.....

Disebabkan dinding kayu...ada pendapat suruh tutup dengan tirai... Namun petang tu saya pi Billion di Seri Iskandar, Perak. Ditakdirkan jumpa dengan gambar-gambar yang boleh dilekat-lekat. Harga pun murah RM 10.00 sahaja dah dapat semua gambar tu... terus datang idea untuk tampal sahaja di dinding kayu. Jika beli kain, dah tentu berpuluh-puluh ringgit yang keluar. Dah membazir....


Kiranya untuk bilik pengantin di atas kosnya lebih kurang RM 50 sahaja tidak termasuk cadar pengantin dan tirai merah dan putih di belakang dan sebahagian bunga hiasan.


Dah habis...penatnya wei...

14 comments:

  1. Wahhhh...tang bilik pengantin tu kiranya mcm hipster stylelah ni ye Fiza....gantung gambo gambo gitu. Mmg kreatif.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi hadiah honeymoon tak terbagi...kita bagi gambar je la...InsyaAllah..

      Delete
  2. yang gantung2 gambar tu cantik. zaman ekonomi tak menentu ni kenala berjimat ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berjimat...kalau tak habis budget ke situ jer Kak Yon

      Delete
  3. kreatifnya menghias pelamin cantik sgt walau kosnya rendah saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main buat saja Pn Paridah...adik2 tolong...
      P/S terima kasih...

      Delete
  4. Cantik dan kreatif tu, hati pun puas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas...ya..sebab alhamdulillah dapat tunaikan permintaan pengantin

      Delete
  5. Puas hati bila buat sendiri. Kenangan pun banyak dapat dikumpulkan bersama-sama.
    Bukan kerap dapat kumpul ramai bergotong-royongkan.
    Memperatkan lagi hubungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...yang penting kenangan...tak boleh nak ulang dah...macam2 gaya...macam2 ragam...

      Delete
  6. kakak saya dok perak juga tapi semua anaknya kahwin x de adat cempak . mungkin sbb mrk ni org jawa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kot....kalau nak diikutkan...Bapa mertua saya ni Mandailing...

      Delete
  7. nice.
    yg penting, jimat.
    puas hati.

    ReplyDelete
  8. Ya...jimat....yang penting duit tu boleh kita beli pizza..hihihi

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...