Tuesday 15 December 2015

HPPNK 2015 Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015...Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan di Kota Samarahan, Sarawak dari 27 Nov sehingga 03 Dis 2015 yang lalu.

Bagi artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang replika-replika yang saya jumpa sepanjang lawatan ke HPPNK 2015 tersebut.

Replika Bunga Dari Bawang Merah dan Bawang Putih

Replika bunga dari bawang merah adalah replika yang pertama sekali menerjah bebola mata saya. Sangat menarik ditambah lagi dengan cahaya lampu yang menerangi bahagian dalam bunga. Macam bentuk bunga rafflesia pun ada bentuknya kan...?

Replika Ikan Dari Bawang dan Buah Salak
 Replika ikan yang dibentuk menggunakan buah salak dan bawang merah. Dawai yang dibentuk membentuk ikan digunakan sebagai acuan bagi memudahkan proses melekatkan bawang dan buah salak.
Replika Ikan
 Replika ikan di atas juga dibentuk menggunakan bahan yang sama seperti replika ikan di atas. Bawang merah dan buah salak sekali lagi menjadi pilihan. Matanya saja guna buah limau.

Pelbagai Jenis Kekacang
 Pelbagai jenis kekacang dari biji benih kacang hijau, kacang merah dan lain-lain dijadikan hiasan dan membentuk jalur-jalur pelbagai warna.
Replika Cendawan Dari Bawang Putih dan Kacang Tanah
 Cantiknya cendawan-cendawan di atas.  Seolah-olah di celah-celah dedaun sawi saja tumbuhnya. Jika di alam realiti, tak pernah lagi la saya jumpa cendawan yang lebih besar dari pokok sawi.


Bentuk replika cendawan ini rupanya dibuat menggunakan bawang putih. Batang cendawan pula menggunakan kacang tanah. Berapa lamalah agaknya masa yang diperlukan bagi menghias dan menghasilkan bentuk cendawan ini. Rangka dari dawai yang dibentuk diperlukan bagi menghasilkan replika ini. 

Agak-agak andalah....jarum peniti digunakan ke tak dalam membentuk cendawan di atas....?
Replika Laluan Dari Buluh
 Gambar di atas pula adalah hiasan laluan dari batang buluh. Kiri dan kanan dihiasi dengan buah-buahan dan tanaman ladang seperti nanas, labu dan jagung serta limau (limau apa...? tak pasti pula)

Itik...Labu
 Gambar di atas pula seolah-olah menggambarkan itik yang sedang bersantai. Ye ke...Tembikai dan buah-buahan lain macam bantal atau mainan itik tu sahaja. Tangkai labu tu pula memang seakan-akan muncung itik. Sekali tengok terus ingat itik.

Ikan
 Ini pula replika ikan. Memang menggunakan kabus kot. Sebab tak nampak pun bahan-bahan lain digunakan bagi membentuk ikan. Tak pasti jenis ikan tersebut ikan apa.



Sekian

34 comments:

  1. Bawang pon mampu jadi hiasan... Unik! He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la SS...saya yang dah lama kerja dalam bidang pertanian belum pernah lagi jumpa replika guna bawang yang banyak....sikit2 sebagai perhiasan adalah...

      Delete
    2. Saya pun berkenan betul tengok replika daripada bawang-bawang tu :)

      Delete
    3. Aapa lagi jom buat Puan Farrah...saya nak buat guna kucai...tapi bawahnya nak isi tanah sikit....

      Delete
  2. Wah kreatif sungguh...mesti terpegun melihat hasil seni mereka ni kan.cantek betul,bagai yg sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan...agaknya orang Sarawak ni semua kreatif...buktinya kek lapis sarawak yang cantik2...seni seni...

      Delete
  3. Saya suka replika ikan tu... cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...cantikkan Farah... replika yang di Semenanjung ni selalunya masa mengundi baru jumpa...

      Delete
  4. bila sel-sel otak bersambung... macam-macam boleh buat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pokcik...gabungan otak kiri dan kanan memang terbaiklah...akal yang Allah bagi memang sangat berguna...

      Delete
  5. menarik tuh mak fida warna warni gubahan .,

    ps. hadiah wak dh hntr ke blom, penat wak tungu mailbox ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum...tak hantar lagi...ingatkan Wak tak tunggu...hehehe..cadangnya nak tunggu semua bagi detail tapi ada sorang 2 lagi belum bagi..

      Insya Allah hari jumaat saya pos dulu kepada semua yang dah bagi alamat...

      Delete
    2. ofcozla wak tunggu hadiah misteri tuuuh., ;0

      Delete
    3. Misteri tapi biasa-biasa saja tau....hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Kan Yana...pandai orangnya..yang memberi idea dan merekanya...

      Delete
  7. cantik semua replikanya kreatif mrk tapi setelah dibuka replikanya tentu digunakan semula sbg bhn mkanan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kak...lepas habis dah tentu diambil oleh semua orang...biasanya pameran seperti ini untuk gerai Jabatan dan agensi...akan bagi kepada orang ramai...kecualilah yang menjadi aset...

      Delete
  8. Salam kenal Fida :)

    Kreatif sungguh mereka ini..
    Dah tu tentu punya kesabaran yg tinggi utk membina replika ini..
    Kalau akak pun memang teruja menengoknya.. boleh bergambar bersama replika ni..

    Akak follow fida #58, jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab follow saya..Insya Allah akan terjah juga...

      Tabik spring kat orang2 yang sabar ni...

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Wah kreatif sungguh! Tahniah kepada mereka yang rajin dan sabar menghasilkan replika ini. Bukan senang nak menggubahnya. Tengok pun dah tahu akan kesukarannya. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....harapannya agar orang yang mereka replika ini membaca blog ini...tahniah jiga dari saya sekali lagi....

      Itulah kan...Sabar juga yang penting...Allah bersama orang yang sabar...mesti ada hikmahnya...dalam kes ini...apa yang terhasil sangat mengagumkan...

      Delete
  10. Kreatifnya ...tak sangka bawang pun boleh dapat hasilkan replika yang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Kak Yan...saya pun tak sangka...setakat buat halwa...gubah biasa-biasa saja....ini dah gubah tahap XXXXXL dah saiznya...

      Delete
  11. Replies
    1. Kan Puan...menarik juga pada saya....memang pameran ini dirancang dengan sangat baik oleh mereka yang terlibat

      Delete
  12. Cantik2 semuanye...walau hanya dari bawang dan buah2...

    ReplyDelete
  13. Tinggi daya kreativiti mereka hasilkan replika2 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yakin Pn Farrah pun lagi kreatif....kalau ada pertandingan boleh masuk...

      Delete
  14. Wow marvellous nya replika tersebut.
    Kak Fida, Kota Samarahan sekitar ada kebun bawang merah dan bawang putih ke?
    Sebab biasanya kalau pameran tempatan, gunakan hasil tempatan kan?
    Bawang putih nampak quality bagus dari biasa yang dapat murah dari Cina.

    Kiriman dah pos awal pagi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Sabah pernah juga tanam bawang bombay....Di Kota Samarahan ndak pasti la pula...sebab teda orang yang boleh tanya masa tu....Salak tu ya buah tempatan...bawang tu ndak kali....

      Terima kasih atas pengeposan Pn Diana...

      Delete
  15. Ganas rupa cendawan tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendawan buatan dik...memang kena ganas...hehehe

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...