Tuesday 23 January 2018

Hidroponik Gantung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ni nak kongsi tentang Hidroponik Gantung. Biasanya ramai di antara kita yang menggantung bunga-bunga hiasan dengan tanaman yang ditanam menggunakan medium penanaman tanah atau kompos. Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda satu teknik yang mudah dan telah terkenal setelah sekian lama. Jom tengok gambar-gambar di bawah.

Haji Zainol...pesara Jabatan Pertanian Negeri Kedah

 Gambar di atas adalah gambar Tn Haji Zainol. Beliau seorang yang minat sangat dengan tanaman dan seorang pengamal teknologi dalam pertanian. Suka mengkaji walaupun dah pencen.

Pokok pudina
 Pokok pudina adalah salah satu pokok yang mudah ditanam di dalam pelabagi jenis media tanaman. Janji cukup airnya dan tanah peroi. Kalau tanah tu keras, saya dapati pokok pudina memang tak memberansangkan pertumbuhannya. Namun, kali ini pokok pudina yang ditanam oleh Tn Haji zainol adalah menggunakan air yang dicampur baja dan ditanam secara hidroponik. Selalunya, tanaman yang ditanam secara hidroponik akan diletakkan di bawah (lantai) atau di rak bertingkat. Namun Tn Haji Zainol telah menggantungkannya. Menarikkan...

Akar yang putih sebagai indikator pokok yang sihat dan cukup oksigen dalam air.

Penutup lubang.

Gabus yang dibentuk bulat dijadikan sebagai penutup permukaan air. Tujuannya adalah untuk mengelakkan nyamuk bertelur. Selain itu, gabus tersebut akan menjadi sokongan kepada keratan pudina untuk tumbuh.  Di samping itu penutup gabus juga dapat melambatkan air baja melimpah akibat hujan. 

Oh ya...Macam mana nak tanam pokok pudina di atas.....
Buat liang kecil menggunakan lidi di mana-mana bahagian gabus yang anda suka sebelum keratan pudina dimasukkan. Pastikan keratan pudina tu kena air (sentuh air baja).

Oh ya...gabus tadi dibuat lubang untuk menyalurkan air baja atau menambah air. Jadi tak perlulah kita mengangkat keseluruhan gabus.

Hidroponik Gantung

Jom Cuba

Lets Go Green

Semoga Tn Haji Zainol diberi kesihatan agar terus dapat berkongsi ilmu pertanian dengan kita semua...

Sekian

10 comments:

  1. teknik yg menarik...bg rumah yg tak bertanah, mmg efektif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...dullu masa menyewa rumah...beli pasu kecil2 sahaja untuk tanam pokok...nak jimat ruang

      Delete
  2. IDEA MENARIK UTK DICUBA...CANTIK SAYURAN TERGANTUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom pakat-pakat buat Kak Paridah...dah senang dah sebab dah ada contoh...kita cuma buat saja...rasa nak ubahsuai pun boleh...

      Delete
  3. hehhe..ayah saya dkt rumah buat juga nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi la gambarnya...mesti cantik2 pokok2 nya..

      Delete
  4. Tangan orang Otai banyak kemahiran dan ilmu.

    Subur semuanya.

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...