Wednesday, 23 March 2016

Bunga Longan - Minggu Demi Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Longan... Mesti anda pernah makan kan? Ala..yang orang selalu dok panggil mata kucing tu...

Saya nak kongsikan dengan anda semua peringkat berbunga sehingga berputik bagi tanaman longan ni. Nak buat sampai peringkat berbuah takut tak sempat pula...sebab banyak bunga yang gugur. 
Al maklumlah cuaca di Kedah ni panas buat masa la...air pun kurang...daya lekatan bunga pun kurang...

Saya tak akan kemaskini hari tentang perkembangan bunga longan ni. Namun saya akan kemaskini di artikel yang sama. Boleh tak macam tu....? Boleh kan....

Kita mulakan dengan tarikh di bawah

Tarikh : 22/03/2016 (Selasa)

Keadaan Bunga : Majoriti masih belum kembang.
Warna Kudup Bunga : Krim Keputihan.


Tarikh : 23/03/2016 (Rabu)

Keadaan Bunga : Majoriti masih belum kembang.
Warna Kudup Bunga : Krim Keputihan.

Tarikh : 24/03/2016 (Khamis)

 Keadaan Bunga : Majoriti masih belum kembang...namun dah ada yang kembang.
Warna Kudup Bunga : Krim Keputihan.

Bunga longan yang belum kembang.

Bunga longan yang sedang kembang.

Tarikh : 26/03/2016 (Sabtu)


Keadaan Bunga : Banyak yang gugur.

Tarikh : 27/03/2016



Keadaan Bunga : Banyak yang telah kembang. Namun banyak juga yang gugur.

26 comments:

  1. MATA KUCING FIDA SUDAH BERBUNGA YA ELOKLAH TU XLAMA LAGI TENTU BERPUTIK PULA TAPI KALAU CUACA BERTERUSAN PANAS MUNGKIN XBERAPA MENJADI KOT..MOGA CUACA PANAS KINI SEGERA BERTUKAR INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Paridah...bukan pokok saya pun...pokok di tempat kerja...risau juga jika pasans berlarutan...bunga pun banyak dah gugur...

      Delete
  2. Alhamdulillah ada pokok sendiri, boleh share perkembangan di sini. Kalau hujan kuat boleh jatuh bunganya? Tak pasti pulak saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan yang kuat...boleh menyebabkan bunga gugur juga...namun bunga tu gugur sebab tak cukup unsur Kalium sebenarnya...kalau kuat bunga tu tak akan gugur...janji cukup air dan baja...

      Delete
  3. sedapnya makan logan, nak pulak yg boleh petik pokok sendiri.
    org kata buah ni paling banyak kena bubuh baja ? betul ke Fida?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok longan dalam gambar ni varieti belian...tak payah buat aruhan dan cukup sekadar bagi baja foliar yang tinggi K....kalau varieti edaw barulah kena tambah kalium klorat (siram di bawah kanopi)

      Delete
  4. semoga akan terus mekar dan berbuah hingga masak ranum Fida, amiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...semoga makbul kata-kata Puan Ana

      Delete
  5. Rumah kakak ada yg dah berputik ada yg masih bunga walaupun di pokok yg sama
    Tak serentak keluarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...kalau serentak semuanya jenuh makan juga sekali harung....kalau nak jual memang sesuai berbunga serentak...

      Delete
  6. Salam dik.. dah terbayang buah-buah longan yang berjuntaian... tapi kalau dekat rumah ada monyet, siaplah... dia yang berpesta dulu hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak...kami ni jenuh nak elak kelawar...

      Delete
  7. Kat rumah akak ada juga tanam tapi tak berapa subor ,mungkin tak berbaja agaknya.
    Akak tak pandai makan buah longan ni sejak dari budak2 tapi yang kering okje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya...klu lmbt sgt berbuah mungkin asal tanam tu guna biji kot....

      Ada ka longan kering kak...

      Delete
  8. Dulu2 pernah tanam longan dgn biji benih. memang senang tumbuh dan subur merimbun pokoknya. Sampai kesudah tak berbuah. Akhirnya tebang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn Normala...agaknya jenis edaw kot...kena buat aruhan baru berbuah...

      Delete
  9. rasanya buah longan dan buah mata kucing tak sama kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Qaseh...longan dan mata kucing tak sama...buah sahaja hampir sama...pokok pun berbeza juga... cuma ramai antara kita tak tau bezanya bila nak beli buah longan

      Delete
  10. senang ke nak hidup pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni senang hidup...tapi kalau buah terlalu lebat ditambah musim hujan...akan buat pokok berat dan mudah sekah....

      Delete
  11. Ambik masa jugak rupanya mereka nak jadi buah ni ye Fida...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...Pn Hainom....nak tau berapa lama pula...pasni rasa confident bila sembang dgn orang ramai masa pameran dsbnya....hihihi...

      Delete
  12. aida pernah tgk pokong buah mata kucing.
    umah member.
    memang best makan bwh pokok...
    pokok longan x pernah jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...mesti seronok..ada gambar tak...

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...