Tuesday, 22 September 2015

Terperangkap Di Dalam Lif....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda terperangkap di dalam lif.....? Jika ya...Apakah perasaan anda ketika lif mula-mula terhentak sebelum berhenti...? 

Saya dah tentu berdebar dan rasa takut.....Takut-takut kabel terputus ke? Macam-macam lagilah dalam fikiran. Peristiwa itu berlaku dah lama ketika menghantar adik lapor diri ke KSKB. Kami keluar semula kerana hendak membeli keperluan adik saya. Singgahlah di sebuah pasaraya berdekatan. Kejadian ini berlaku ketika kami hendak turun ke tempat letak kereta. 

Pada mulanya, pergerakan lif ok sahaja. Selepas lif tu menurunkan/mengeluarkan pengguna lif yang hendak turun di tingkat 3, lif itu bergerak ke bawah pula. Ketika itulah lif tersebut yang masih bergerak mula terhenti tiba-tiba menyebabkan berlaku hentakan/terhentak kuat dan kami rasa lif itu tergantung-gantung sahaja. Pada masa itu, sempat terfikir kalau-kalau kabel putus dan terus jatuh ke bawah. Nauuzubillahhiminzalik

Takut memang takut...macam-macam dalam fikiran. Syukur alhamdulillah sebab ada telefon bimbit dan ada kredit. Boleh juga digunakan untuk telefon penyelenggara lif. Bukan apa, loceng kecemasan tak berfungsi pula.... Bayangkan jika tiada loceng, tiada telefon bimbit, tiada kredit telefon dan tiada lampu dalam lif. Agak-agaknya siapa la yang nak dengar jeritan kita. Nombor telefon penyelenggara lif memang ada terpampang pada bahagian dalam lif. Saya agaklah, selalu kot lif tu rosak, sebab itulah ada nombor penyelenggara tersebut.

Agak lama juga la penyelenggara lif tu nak sampai, adalah dalam setengah jam. Kami siap telefon tiga kali. Apabila pintu dibuka, lantai hypermarket tu berada betul-betul di tengah-tengah pintu lif. Penyelenggara lif terpaksa tarik naik sikit lif supaya kami dapat panjat keluar. Teringat pula cerita tv berkaitan dengan orang yang jatuh lif. Ingin saya berpesan di sini, jika hendak melangkah keluar dari lif, tengok-tengoklah lantai di luar samada ada atau tiada.

Sempat lagi bergambar tetapi sebenarnya nak tutup/cover rasa takut...di samping kenangan sebenarnya....tak panas sangat tapi badan mula berkuap/melekit. Ini kerana hanya angin sahaja yang masuk ke dalam lif.

Masa terperangkap tu kami satu keluarga sahaja yang terlibat....ada 5-6 orang...Syukur alhamdulillah selamat....Mak saya nampak sahaja senyum, tetapi dialah yang paling takut.

Lama jugalah kami tunggu....sebelum penyelenggara lif sampai....Penat berdiri. Setengah jam tu....syukur alhamdulillah tak panas sangat.....

Ini suami saya...syukur alhamdulillah ada bersama. Jika tiada panik juga rasanya. Dalam situasi begini, kita kena sabar dan kawal kemarahan. 

18 comments:

  1. hissh terperangkap dlm lif pula fida...risau juga kan hadapi situasi gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betula puan...masa lif tu nak mula turun dari tingkat 3...hentakan tu yang bat kita takut....mak bapa saya dah mengucap dah...tambah2 mak saya memang penakut....

      Delete
  2. Salam AidilAdha.

    Maaf Zahir Batin.
    Lift dekat Sungai Buloh mall/The store ke ni?
    Memang selalu bermasalah lift tu.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah kena.
    Cuma pintunya tak sabar-sabar nak tutup kekadang baru buka separuh nak tutup balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu pintu ok...tetapi saya kalau masuk lif atau keluar lif mesti pegang tepi pintu nak elak tutup cepat....husband pula tekan punat buka sehinggalah semua dah keluar....

      Delete
  4. kalau la saya..mau pucat lesi dek kerana takut sesangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah akak....memang pucat...gambar yang dah senyum tu sebab penyelenggaran dah tahu tentang masalah kami tu...

      Delete
  5. alhamdulillah ,selamat . Nasib baik berteman . Krg sikitlah paniknya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....jika tak berteman....tak ada kredit pula...jenuh juga...

      Delete
  6. Satu pengalaman yang rare dan tak mau dirasai oleh semua orang!
    Syukur Alhamdulillah...segalanya selamat. Mesti ada rasa fobia sikit nak naik lift kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia memang ada kalau jumpa lif yg lama....tapi kalau naik lif sorang-sorang pun saya sekarang dah beringat dah...

      Delete
  7. Nasib baik ramai ....kalu sorang 2 tak tau la ....

    ReplyDelete
  8. Nasib baik ramai ....kalu sorang 2 tak tau la ....

    ReplyDelete
  9. Nasib baik ramai ....kalu sorang 2 tak tau la ....

    ReplyDelete
  10. penat mencangkung tu..
    duduk je lah..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...dah lama berdiri tu...dah veteren dah

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...