Thursday, 22 January 2015

Pasar Pagi Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesempatan berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu peluang dan rezeki dari Allah kerana dengan izinnya saya dapat berkunjung ke Pasar Pagi Labuan atau mungkin juga dikenali dengan Pasar Tani Labuan. Ini kerana kebanyakan peniaga di pasar ini menggunakan khemah pasar tani.

Setelah berjalan dari satu gerai ke satu gerai, akhirnya saya tiba di gerai yang menjual keladi hiasan. Wow, gembiranya saya. Duit terbang pun tak apa, janji dapat beli keladi. Harganya pun berpatutan. Jika anda salah seorang penggemar keladi hiasan, bolehlah berkunjung ke gerai Kak Ros di Pasar Pagi Labuan.                 

Salah satu gerai di Pasar Pagi Labuan
Pelbagai jenis tanaman hiasan

Salah satu gerai yang menjual keladi hiasan iaitu gerai Kak Ros

Pelbagai jenis keladi hiasan


Setelah saya bersembang dengan Kak Ros tentang minat dan hobi saya, akhirnya Kak Ros bersetuju menerima kedatangan saya ke rumah beliau. Saya ingin melihat koleksi Kak Ros yang lain dan seterusnya membeli keladi-keladi hiasan yang masih belum ada dalam senarai koleksi. Majoriti koleksi keladi Kak Ros saya telah ada, namun ada beberapa koleksi yang saya masih belum ada. Jadi saya beli juga seperti keladi di bawah.




2 comments:

  1. PPEMINAT KELADI YA..CANTIK KELADI HIASAN NI BNYK JENISNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...puan...minat sangat sebagai hobi sahaja...jualan bukan keutamaan....

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...