Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Sekali tengok, nak tanam tebu ni nampak macam senang tetapi nak tunggu hasilnya sahaja yang lama. Kalau tidak diserang anai-anai, ulat pengorek batang dan lain-lain perosak serta penyakit, Insya Allah hasilnya pun akan tinggi samada dari segi duit mahupun air tebu.
Setelah sumber bagi mendapatkan bekalan tebu diperolehi. Lagi mudah kalau kita boleh dapatkan tebu yang telah dikerat-kerat. Jimat lah masa kita sebab dah tak payah cari masa untuk kerat batang-batang tebu yang panjang-panjang di samping dapat menjimatkan tenaga.
Tetapi kalau anda tidak dapat memperolehi tebu yang telah dikerat. Jangan risau, apa yang kita kena buat ialah sediakan kelengkapan seperti parang, alas bagi tujuan mengerat seperti kayu. Apa yang penting mesti ada batang tebu dulu. Kemudian cari tempat duduk yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja mengerat batang tebu.
Mula-mula sekali kena kerat batang-batang tebu yang ada matatunas. Sekurang-kurangnya 3 matatunas. Lihat gambar di atas. Ketika kerja-kerja mengerat dilaksanakan, pastikan matatunas tidak cedera. Sekiranya cedera Insya Allah keratan tadi tidak akan bertukar matanya menjadi anak pokok tebu.
Keratan-keratan tadi dikumpulkan. Setelah siap semua keratan tadi bolehlah ditanam ke dalam lubang penanaman. Jika anda nak tanam serong pun boleh....nak tanam baring pun boleh.... nak tanam tegak pun boleh. Tetapi teknik penanaman baring adalah yang terbaik setelah dilakukan pemerhatian kecil.
Sekian.