Tuesday 27 December 2016

Jom Kita "Shellout"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adik perempuan saya baru jer balik bercuti dari KSKB. Balik kampung pula tu bukan saja balik kosong...tapi balik dengan idea supaya kami cuba makan kat restoran yang ada Shellout.
Apa ke benda la Shellout ni...? 
Maklum ajalah, saya ni orang yang jarang ke tempat yang makanannya pelik-pelik. Setakat makan ikan siakap tiga rasa tu selalulah...

Jadi, saya dan suami cuba  mencari-cari dalam internet dengan bantuan Mr Google... Cari Shellout yang ada di Alor Setar. Akhirnya jumpalah restoran yang ada Shellout kat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Kalau orang Kedah tu, mesti tau kan jalan JPJ lama kat Alor Setar.

Pandangan Dari Luar Cermin

Kami sampai dalam jam 9.00 malam kat kedai ni. Kami tempah siap-siap sebab takut tempat penuh. Shellout ni rupanya kalau nak order rupanya dalam bentuk pax. Kami order dalam 4 pax. Setiap pax boleh 2-3 orang makan. Satu pax dalam RM 40.

Masa sampai tu, teruja juga tengok lukisan kat dinding tu..lukisan tok aji tu...yang pakai kain pelekat kotak hitam putih tu.
Basikal Tu tergantung La Mak Long...Kata Anak Buah Saya...
 Masuk saja kat dalam tu ternampak basikal dok tergantung. Bagus juga idea pemilik restoran ni...sambil dok tunggu makanan, boleh lah pelanggan melayan perasaan tengok dekorasi selain dok layan handphone tu...
Lukisan Pada Dinding...Awat Yang Kuyu Ja Mata Ketam Tu...Hehehehe
 Lukisan Mr Crab pun ada kat dinding...cantik..kreatif...

Inilah Keluarga Saya...Kat Hujung Tu Mak Saya..
 Oh ya...sementara menunggu makanan sampai, kami pun dok sembang-sembang, dok layan handphone, ambil gambar dan lain-lain...Yang dok selfie tu adalah adik bongsu saya... Selain kami adik beradik belanja mak bapa makan, kira belanja dia juga...buat kenduri adik-beradik dulu sebab alhamdulillah dia baru dapat jadi Cikgu...

Shellout Kuah Masam Manis Pedas
 Kat kedai ni ada dua perisa Shellout...maksudnya ada dua kuah...satu kuah tu masam manis dan pedas sikit-sikit dan satu lagi tu kuah rendang. 
Shellout Kuah Rendang

Pasangannya Adalah Nasi
 Komen saya yang baru pertama kali makan Shellout (khas buat kedai ini) :

1. Dua-dua Kuah Shellout sedap dan saya boleh makan sebab saya ni jenis tak tahan pedas. Maknanya tak la pedas sangat.

2. Order Shellout sampai tak lambat pun, cuma kalau boleh nak sampai serentak.

3. Kepah banyak, ketam pun banyak, udang pun lebih dari 3 ekor...cuma sotong saja seekor dalam setiap pax...Next time boleh lebihkan sikit kot...hehehehe

5. Layanan mesra.

6. Senang angkat telefon dan whstup.

P/S..Shellout sedap dimakan masa panas-panas...

Keseluruhannya...boleh diangkat sebagai salah satu destinasi pilihan makanan anda

Tengok Ja Ka..

Ayaq Semak....Green Tea RM 7.50
 Kreatif juga pemilik restoran ni untuk menghasilkan kelainan dalam pilihan minuman yang ada...

Inilah Restoran Tu... Haura Kitchen
Jumpa Lagi..

Sekian..

24 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...segar2..masih rasa manis lagi isi kepah dan ketamnya..

      Delete
  2. Sana-sini dah trend shellout - senang tak payah cuci pinggan.
    Tuang semua atas meja makan ramai-ramai hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Kak...tak payah dah cuci pinggan...jimat air restoran ni...macam makan dalam talam ja..

      Delete
  3. Kira makan berjemaah ni Fida..
    Senang tapi kalau ada yg alergik seefood ni yg sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tak ada yang alllergik...
      Kena makan ubat la jika ada juga yang nak makan tapi ada allergik..

      Delete
  4. Akak pun suka shell out...cub la seafood slerak..pun sedap..tp hanya ada di Bara Bara Seafood...kat blog akak ada up entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seafood selerak...istilah baru ni...nanti saya terjah blog ya..

      Delete
  5. Tak percah cuba lagi. Tapi dah byk dengar ceritanya. Nampak pun dah sedap, apalagi kalo dpt makan, ermmmm..dap tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom Kak...akak kena cuba..rasa sekali pun jadila...

      Delete
  6. waalaikumussalam

    lagi sedap shellout bila bulih angkut satu family kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat...ada yang 'perak'...ada yang laju ja makan...ada yang terkial2 nak buka kulit kepah tu... makan dengan family memang seronok...

      Delete
  7. Saya tak pernah lagi makan shellout kat kedai Fiza. Hari tu ada jugak bershellout masak sendiri kat rumah. Bolehlah hihi.....

    Sotong dah habis bekalan tu kotnya Fiza tu yg sekor jer dia letak tu hihi...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la Pn Hainom... Buat kat rumah lagi sedap kot...boleh makan panas2..

      Delete
  8. Seronok makan di luar bersama keluarga sekali kala kan.
    Tak penat nak mengemas meja dan dapur hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala..kekadang tu sebulan sekali pun susah...
      Malam tu memang kami tak masak..jadi berjumpa di Alor Setar dengan adik kedua tu...

      Delete
  9. sedapnya shellout. klo kena tempat yg best memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sampai tambah lagi nasi la..

      Delete
  10. nmpk sedap shellout kat sini..
    pernah mkn di shah alam..terkena yg tak sedap..rasa pelik pulak.terus tak selera nak mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki la tu...kita cuba tempat lain pula Kak Yon... mungkin tukang masak baru kot..

      Delete
  11. Saya tak pernah lagi cuba makan shellout. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba..sedap kalau dapat rezeki yang masak sedap...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...