Monday, 22 June 2015

Lapar...? Jom Makan Di Nasi Bamboo Sungai Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita kali ini berkaitan dengan makanan. Cuma bezanya annda semua kena tunggu lepas raya puasa untuk pergi ke restoran ini.

Restoran ini sememangnya terkenal di Negeri Perak. Apa tidaknya...Ia pernah masuk dalam rancangan televisyen. Saya pun datang ke restoran ini disebabkan rancangan tersebut.

Bagi anda yang ingin ke restoran ini, petuanya amat mudah. Jika anda dari arah utara mahupun selatan bagi yang menggunakan lebuhraya utara-selatan, anda hanya perlu keluar Tol Sungkai dan menghala arah kiri. Nanti anda akan dapat melihat tanda arah ke kiri ke Felda Hot Spring Sungai Klah. Teruskan perjalanan anda mengikut arah kiri tersebut. Restoran tersebut hanya beberapa meter dari simpang jalan besar dan betul-betul berada selepas selekoh.

Jika anda pernah bercuti ke Felda Hot Spring, Sungkai, Perak...Pasti dan sudah tentu anda melalui restoran ini.

Thursday, 18 June 2015

Pasar Karat/ Pasar Pagi Lokken, Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Artikel kali ini saya tulis pada 1 Ramadhan 1436H tahun Masihi 2015...

Namun, gambar-gambar ini telah lama diambil. Cuma sekarang baru berkesempatan berkongsi dengan anda semua.

Macam mana boleh tergerak hati untuk ke Pasar Pagi Lokken...?

Sebenarnya, suami saya orang Perak dan membesar juga di Perak. Jadi, selalulah saya bertanya kepada suami saya. Begini soalannya : Di Perak ada tak tempat yang menarik lagi untuk dilawati, sekitar Ipoh pun jadilah. Jawapan yang selalu saya terima dari suami saya sebelum-sebelum ini ialah : Tak tahulah, Ipoh ni tak banyak tempat menarik.

Sebenarnya saya tak kisah tempat itu menarik atau tidak, yang penting dapat jalan-jalan makan angin. Asyik duduk di rumah sahaja hujung minggu. Bosan pun ada. Apa taknya, 5 hari dah kerja, mau juga rehatkan minda dan relakskan minda.

Tetapi pada pagi 18/01/2015, dengan tiba-tiba sahaja suami saya mengajak saya pergi ke Pasar Pagi Lokken atau lebih dikenali dengan panggilan Pasar Karat. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja cerita tentang pasar ini dari rakan-rakan. 

Pasar ini beroperasi pada hari Ahad dan ia berlangsung setengah hari sahaja. Maknanya sampai tengahari sahaja. Ia terletakdi dalam pusat bandar Ipoh berhampiran dengan pasaraya The Store.  Jika anda semua ingin ke pasar ini, adalah lebih baik anda bergerak seawal pagi yang boleh. Ini kerana agak sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan. 

Berbalik kepada cerita saya, kami sampai sekitar jam 8.30 pagi. Memang agak lambat kerana sudah ramai pengunjung yang tiba di pasar terdiri dari pelbagai bangsa. Pengunjung luar negara pun ada. Banyak barangan antik dan lama boleh dilihat dan diperolehi di pasar ini.

Jom kita tengok gambar yang sempat saya ambil.

Termos lama terutama yang bercorak kotak-kotak.
 Masih teringat di minda saya, termos lama bercorak kotak digunakan oleh emak saya untuk menyimpan Aiskrim Malaysia sebelum dijual kepada budak-budak sekolah agama. Apa tak ingatnya, yang kena tolong buat aiskrim tu dan ikat plastik aiskrim tu sayalah juga. Mak oo mak...

Kipas lama pun ada.

Friday, 8 May 2015

Durian : Cantuman Baji (Siri 1)

Pengalaman Penulis Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini penulis ingin berkongsi tentang cara hendak melakukan cantuman baji pada anak pokok penanti durian. Agak lama juga penulis tidak melakukan aktiviti cantum mencantum pada tanaman ini. Kali terakhir semasa di Gajah Mati. Itu pun cantuman pada anak pokok penanti mangga.

Terus terang penulis mengaku, cantuman baji pada tanaman mangga yang dibuat oleh penulis ketika itu tak berjaya. Tetapi pada tanaman durian keputusannya adalah berjaya. 6/10 pokok yang dicantum berjaya.




Wednesday, 15 April 2015

Tips Kawalan Perosak & Penyakit




Larutan Enzim Sisa Dapur 1 (LESD1)

Artikel kali ini berkaitan dengan pengurusan sisa dapur. Teknologi ini juga merupakan salah satu teknologi organik. Teknik ini masih belum berkembang luas di Malaysia kerna ia menggunakan IMO3 sebagai pemangkin dalam proses pereputan sisa dapur. Teknik ini menghasilkan dua jenis bahan. Satu dalam bentuk larutan dan satu lagi dalam bentuk pepejal. Larutan yang terhasil dari teknologi ini dikenali juga sebagai Larutan Enzim Sisa Dapur 1. 

Poster ini saya sediakan bagi pihak Jabatan Pertanian khususnya bagi bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian (Negeri Perak) sebagai rujukan dalam menguruskan sisa dapur. Gambar-gambar yang digunakan adalah hakmilik sendiri.

Larutan Enzim Sisa Dapur 2 (LESD 2)

Artikel kali ini berkaitan dengan pengurusan sisa dapur. Teknologi ini juga merupakan salah satu teknologi organik. Ianya telah berkembang luas di Malaysia. 

Larutan yang terhasil dari teknologi ini dikenali juga sebagai Larutan Enzim Sisa Dapur 2. Poster ini saya sediakan bagi pihak Jabatan Pertanian khususnya bagi bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian (Negeri Perak) sebagai rujukan dalam menguruskan sisa dapur. Gambar-gambar yang digunakan di dalam poster ini adalah hakmilik sendiri.



Friday, 10 April 2015

Ulat Makan Daun Keladi Hiasan....Sebelum Jadi Rama-rama

Assalamualaikum...

Hari ini saya berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang ulat yang memakan daun pokok keladi hiasan saya dengan lahapnya.

Daripada ada empat helai daun sehingga kepada tiada daun. Hanya pucuk sahaja yang tidak dimakannya.

Tapi tak apa, itu rezeki ulat tersebut. Apa yang penting saya masih ada umbi keladi tersebut. Nanti ia boleh berpucuk semula.




Wednesday, 18 February 2015

Inovasi Jabatan Pertanian - DOA Plant Booster

Artikel kali ini berkaitan teknologi organik yang telah dicipta oleh salah seorang kakitangan Jabatan Pertanian. Saya hanyalah sebagai pengamal dan juga penyebar ilmu atau teknologi ini. Mudah disediakan dan senang untuk diaplikasikan kepada tanaman.