Wednesday, 5 October 2011

Ros Jepun


 Ros Jepun 1
RM 5.00/Pasu

  Ros Jepun 2
RM 5.00/Pasu
Ros Jepun 3
RM 5.00/Pasu

Keladi Ni Besarnya....

 Assalamulaikum & salam sejahtera

Harapan saya agar anda semua sihat. Kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tentang keladi di belakang saya. Besarkan ?

Apa tidaknya tumbuh pula dekat sungai kecil. Air yang banyak dan sejuk serta mengandungi banyak mineral yang membekalkan banyak unsur surih menjadikan pokok keladi ini subur. 




Gambar ini diambil ketika lawatan bersama keluarga saya ke Zoo Sabah yang terletak di Kinarut, Sabah. Sesiapa yang belum pernah pergi ke Zoo ni bolehlah memasukkan Zoo Sabah sebagai salah satu tempat yang harus dilawati. 









Artikel Lain...

Friday, 30 September 2011

Keladi 1

Keladi 1

Keladi ini hanya RM 6.00 sahaja...
Ia merupakan salah satu varieti keladi yang paling lama berada dalam pasaran...ini kerana sekitar tahun 1990-an keladi ini sudah ada dalam koleksi isteri saya yang ketika itu masih bersekolah menengah.... Warnanya hijau dan mempunyai bintik-bintik merah serta urat-urat daun yang berwarna merah sama seperti warna bintik-bintik merah pada daun....

Berdasarkan pengalaman isteri saya, keladi ini mudah dibiak dan tahan lasak. Cuma kalau diletak di tengah panas yang terik, pokoknya tidak akan tumbuh tinggi dan rimbun serta tidak berdaun lebar tetapi warna merahnya akan lebih terang dan jelas.

Monday, 26 September 2011

Keladi 2

Keladi 2

Keladi jenis ni MK Collection jual pada harga RM 10.00.... Keladi ni terus terang saya katakan yang nama saintifiknya saya tak tahu...Tapi kalau ada dalam mana-mana buku rujukan saya akan kemaskini nanti nama gelaran keladi ini...
Apa yang menarik tentang keladi ni ialah coraknya....Di mana sebahagian besar daunnya mempunyai corak yang berwarna hijau berbintik-bintik putih kecil...manakala sebahagian kecilnya mempunyai corak yang berwarna merah berbintik-bintik putih juga...tetapi ia seolah-olah warna merah tu menutupi warna hijau daun dan bintik-bintik putih....
Hebatnya Allah S.W.T...

Monday, 8 August 2011

Keladi Komando

Keladi 4 (Keladi Komando) 

Keladi jenis ni MK Collection jual RM 12.00 sahaja.... Keladi ni saya panggil keladi komando...
Ini kerana daunnya yang hijau tua mempunyai bintik-bintik hijau muda...
Apabila dilihat dari jauh atau dekat daunnya kelihatan seakan-akan baju tentera komando...
Keladi ni wife saya beli di Tamu Gaya Street, Sabah dari seorang makcik tua yang berbangsa dusun... Makcik itulah yang cakap nama keladi ini keladi komando...
Keladi komando ni boleh besar daunnya dan cepat membiak kalau cukup baja dan airnya...
Cuma jangan letak di bawah cahaya matahari yang terik sebabnya daunnya akan cepat melecur... dan pokoknya akan menjadi kecil...

Keladi Askar

Keladi 3 (Keladi Askar)

Keladi ni saya namakan keladi askar... Ini kerana warna daunnya seakan-akan baju tentera darat...  Kalau diperhatikan bintik-bintik hijau pada daunnya yang juga hijau sebenarnya lebih hijau muda berbanding daunnya... Kalau keladi ni banyak daunnya samada ditanam dalam pasu atau di tanah lagi nampak cantik... Sebenarnya wife saya gelar keladi ni dengan keladi askar kerana time dia beli kat Tamu Gaya Street, Sabah... orang yang menjual tu cakap keladi ni keladi askar....

Friday, 5 August 2011

Gubahan Kain Pelikat

Kali ini MK Collection nak share beberapa gubahan dari kain pelikat yang pernah kami gubah....
Berminat boleh contact kami di 0195727231

KP1
Gubahan Kain Pelikat Berbentuk Bunga
RM 20.00 : Upah Termasuk Perhiasan Sahaja 
RM 35.00 : Upah Termasuk Kain Pelikat & Perhiasan Sahaja

Monday, 25 July 2011

Puding - Pengenalan

Pokok puding unik kerana mempunyai pelbagai warna dalam satu daunnya. Ia cantik ditanam dalam pasu besar sebagai pokok spesimen. Juga sesuai ditanam di atas tanah dan dibentuk menjadi rumpun yang padat dan rimbun bagi tujuan hiasan. Sangat sesuai dijadikan pokok pagaran.

Puding dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut bentuk daunnya... 

~ Krispum ~
Mempunyai daun yang kerinting atau berpintal-pintal dan tepi daunnya beralun-alun. 

~ Platifilum
Mempunyai daun yang lebar, bertepi licin dan mempunyai hujung yang lebih lebar berbanding pangkalnya.

~ Lobatum
mempunyai daun bercuping tiga dan lebar di tengahnya. 

~ Kornutum
Mempunyai daun yang kecil dengan urat utamanya menonjol keluar membentuk tonjolan. 

~ Apendikulatum
Mempunyai daun berbentuk linear iaitu panjang dan kecil.


~Sumber Rujukan : Variasi Tanaman Hiasan; Abu Bakar Mat Daud; Alaf 21 Sdn Bhd; 2006~