Sunday 24 April 2016

Mee Hailam D' Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini adalah artikel berkaitan Jalan-jalan Cari Makan.
Nak dijadikan cerita, saya berkesempatan balik ke kampung suami di Layang Kiri, Parit, Perak. Cuma tak berkesempatan mandi di Sungai Perak dan tidur di rumah mak mertua. Ini kerana kami kena balik semula ke rumah di Batu Gajah sebab esoknya nak ke Kuala Kangsar pula. Ada jemputan kenduri kahwin dari kawan lama mak dan bapa saya.

Semasa dalam perjalanan pulang tu, suami saya tiba-tiba tanya...nak makan mee hailam tak..? Saya pun terfikir, bagus juga kalau dapat bungkus bawa balik. Tak payah masak dah kat rumah. Jadi kami pun singgah kat kedai Mee Hailam D' Perak. 

Moto Kedai Makan - So Sedap !  So Sentap !


Kedai Mee Hailam D' Perak
Inilah suasana di dalam kedai. Masa tu dah dekat nak Maghrib. Jadi kami bungkus sahaja. Bungkus 4 sahaja. I bungkus tu mee hailam biasa. Tiga bungkus lagi mee hailam special. Harga boleh tengok kat bawah yer. Bagi mee hailam biasa tu, daging dan sayur ada tapi tak banyak. Jadi, bagi yang tak suka makan sayur serta daging, bolehlah pilih mee hailam biasa sebab kalau nak buang sayur dan daging letak tepi pinggan cepat sikit habisnya. Bukannya apa. Bapa saya tak suka makan daging, jadi saya pun pesan mee hailam kosong. Namun, adik yang jaga kaunter tu kata "Kalau mee hailam kosong, lambat banyak juga nak siapnya, sebab kena masak kuah lain yang tak ada daging'.

Alhamdulillah, bapa kata kalau ada daging sikit-sikit pun tak apa. Kalau tak, nak maghrib kat rumah mesti tak sempat. Penyudahnya, saya order sahaja yang macam saya dah cerita sebelum ni. Dalam masa 5 minit sahaja dah siap. Wow cepatnya.

Oh ya. Kedai makan ini terletak di sebelah kiri jika kita dari arah Pekan Parit. Ia terletak sebelum Pondok Seleboh. Bawa kereta kena perlahan sahaja tau. Kalau tak boleh terlepas. Sebab kedai ni guna kain penghadang cahaya matahari. Bangunan kedainya selapis sahaja. Ada lagi 3 kedai berselahan di kiri dan kanan kedai tu.

Sempat juga tanya adik yang jaga kaunter tu. Begini soalannya.. 

Saya : Adik, mee ni buat sediri ka...?
Adik Kaunter : Ya. Buat sendiri...Mee yang digunakan tauke buat sendiri...

Alhamdulillah...bertambah lagi makanan yang halal.

Senarai Harga...Mee Hailam Basah dan Mee Hailam Kering pun ada.
Tuhau sebagai salah satu bahan sampingan. Cili jeruk dan cili potong pun ada juga.
 Kali pertama saya rasa tuhau (yang putih dalam bekas jernih) di atas, adalah ketika melawat sebuah kilang perusahaan tuhai di Ranau. Pokoknya lebih kurang macam pokok bunga kantan. Tapi rasanya saya tak boleh tahan, lain sikit, jadinya taklah saya makan sangat tuhau ni.

Mee Hailam D' Perak
Mee Hailam Basah
Nampak menyelerakan kan..? Ditambah lagi dengan kuah yang banyak. dan pekat. Apa yang saya perasan, banyak juga bawang putih yang telah didadukan digunakan dalam masakan kuahnya. Namun, tidaklah sehingga ia menggagu rasa kuah mee hailam ini.

Sekian.

24 comments:

  1. BEGITU RUPA MEE HAILAM YA..NAMPAK SEDAP SGT.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap puan...mee dia lembut...pastu..halal yang pentingnya...

    ReplyDelete
  3. Lamanya tk makan mee2 camni sbb suami tu perut dia tk tahan, kalu dpt yg kurang kapur mcm ni mesti dia makan, kang kita buat dia tk makan tk best plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor kena bawa suami akak mai sini...rasa kapur saya x rasa pula...maknanya boleh makan la tu...

      Delete
  4. Lamanya tk makan mee2 camni sbb suami tu perut dia tk tahan, kalu dpt yg kurang kapur mcm ni mesti dia makan, kang kita buat dia tk makan tk best plak.

    ReplyDelete
  5. Macam kue teow lah bentuk mee tu memang nipis ke fida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nipis sangat Kak Noor...
      Tebal sikit dari koeteow....warna pun kuning sikit...

      Delete
  6. Mee buatan sendiri, patut tengok ianya berlainan. Nampak sedap tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah kena rasa ni...jalan-jalan ke Perak boleh singgah...sedap...

      Delete
  7. Gemuk nya mee dia.. Hahahaha.. Kenapa so sentap.. Sentap tu bukan macam touching gitu ka? Adeh hancus vocab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu pun betul juga Mr Doctor...cuma kalau ksy Parit ni husband saya kata sentap ni macam terkejut pun ya juga....

      Delete
  8. Kena google ni kakak pun tak tahu apa itu tuhau.
    Kakak ingatkan salah eja nak eja tauhu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kena google...tuhau ada byk di Sabah...kat semenanjung ni pakar herbs shj kot yg tau...

      Delete
  9. Baru 1st time juga dengar pasal tuhau ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru kali kedua jumpa...nanti says kongdikan gambar tuhau kalau ada

      Delete
  10. Tebalnya FZ, sedap nampak. So sentap lagi motonya :)

    ReplyDelete
  11. Papa tukang kebun yang suka makan mee hailam.
    Tuhau dalam bahasa jerangau merah? Lupa pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak dapat lagi nama lain tuhau...tanya geng2 di Sabah...itu juga nama yang digelar...

      Delete
  12. saya mmg tak kenal tuhau tu ... nampak menyelerakan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyelerakan....hitam2 kuahnya tapi sedap...tuhau tu sambalnya...

      Delete
  13. Ohhh dia guna mee besar ye Fiza.....jarang jumpa ni.....
    Sesekali makan mee hailam sedap jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...besar mee nya...tapi lembut...Pn Hainom tu dah dekat...boleh sangat pi sini

      Delete
  14. memang faveret kedai ni,,,tp kena col awal laa..

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...