Keladi ini varieti jenis lama... Saya yakin ramai yang dah ada dalam koleksi jenis ni... Cuma jangan terkeliru....ada lagi satu jenis keladi yang seakan-akan sama...
Sejenis tanaman bebawang. Daunnya digunakan dalam masakan terutama dalam cucur tepung goreng. Ianya mudah ditanam. Hanya dengan menggunakan bebawang, ia akan bercambah menjadi anak-anak bebawang yang kecil. Cara menanamnya cukup mudah. Korek bebawang kucai. Kemudian kerat daunnya pada paras lebih kurang 5-8 cm daripada bahagian pangkal. Insya Allah, hari ini tanam hari esok daun yang telah dikerat semalam akan bertambah dari segi ketinggiannya. Cepat benar proses pembahagian sel pada daun kucai.
Keladi ni senang didapati di mana-mana nurseri... Apa yang menarik tentang keladi ini ialah... Bahagian atas daun macam ada lapisan lilin/wax... manakala bahagian bawah daun hitam kehijauan sikit...
Mudah membiak dan tahan lasak... Ubinya agak besar sehingga boleh mencapai ukur lilit 10 cm berbanding ubi keladi hiasan yang lain...
Keladi ni dijual pada harga RM 10.00... Mudah hidup sekaligus bermakna mudah dibiakkan.... Hijau kehitaman adalah warna utama keladi ini... Perlukan kawasan yang teduh dan media yang banyak organik...