Monday, 8 January 2018

Tip Of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Trip To Sabah 25/04/2013

Destinasi seterusnya ialah Tip of Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau. Di mana bah itu tempat...? Macam tau tapi ndak tau...?

Jika anda ke Sabah, lokasi ini mesti dilawati...dan tidak boleh tidak pergi ke sini... sebabnya ia merupakan satu lokasi yang unik dan antara yang tercantik terutama bagi peminat pemandangan yang cantik.

Nampak tak hujung batu tu....kat situ la hujung Tip of Borneo...


Apa yang menjadikan ia unik ialah, Tip of Borneo merupakan lokasi yang paling utara di kepulauan Borneo. Laut yang berada di hadapan adalah pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Orang Sabah terutama orang Kudat mesti sangat bangga dengan Tanjung Simpang Mengayau ni kan...?

Mencabar juga jalan menuju ke Kudat...
Kami bertolak seawal pagi yang boleh kerana perjalanan agak jauh ke utara Sabah. Kira-kira dalam 2 jam setengah perjalanan dari Kota Kinabalu. Perjalanan akan melalui pekan-pekan seperti Inamam - Menggatal - Telipok - Tuaran - Kota Belud - Kota Marudu - Menggaris - Matunggong - Tanjung Simpang Mengayau. Setiap pekan yg kami lalui ada keistimewaannya yang tersendiri. Dalam perjalanan menuju ke Tip of Borneo ni, kami singgah juga di beberapa tempat. Antaranya....Bavanggazo Long House...

Jalan Crusherun..belum ditar lagi... Ndak apa la bah...janji ada pemandangan pokok kelapa...
Ok...selepas Pekan Matunggong, kita kena beringat sebab dah dekat dengan simpang nak ke Tip of Borneo dah. Kalau kita terlepas simpang ni, makanya kita kena ikut simpang satu lagi yang ada jauh di depan. Saya syorkan, kita masuk ikut simpang yang selepas Pekan Matunggong ni dan keluar ikut simpang yang satu lagi kalau kita nak terus ke Pekan Kudat dari Tip of Borneo.

Tapi, kena banyak bersabarlah ya...jalannya belum ditar lagi masa kami lalu tahun 2013. Harapnya sekarang sudah bertarlah ya.. Tapi di sepanjang jalan tu banyak sangat pokok-pokok kelapa. Cantik tengok...
Pemandangan dari tempat letak kereta...
Sabar punya sabar, sampai juga kami di Tanjung Simpang Mengayau. Tiada kata yang lahir dari hati keluar ikut mulut selain Subhanallah... cantiknya...

Jom tengok gambar-gambar di bawah...

Cantiknya...

Cantiknya...

Jernihnya air laut...

Wah...saujana mata memandang...langit membiru, begitu juga lautan...

Pokok ru menghiasi gambar pemandangan laut...

Hitam putih batu... Tanjung Simpang Mengayau

Cantikkan batu hitam putih tadi...

Lagi satu ciptaan Allah swt yang indah...batu-batu berlekuk...
Kalau anda nak turun ke bawah ke batu yang hitam putih dalam gambar di atas, boleh turun ikut batu-batu yang berlekuk akibat hakisan oleh ombak laut ini. Cuma kena berhati-hatilah ya... Kalau ombak laut tinggi dan ketika air pasang, jangan anda turun.... keselamatan diri mesti dijaga....
Lagi jelas lekukan batu...

Antara ikan yang dipancing oleh salah seorang penduduk tempatan...

Gambar kenangan ramai-ramai di Landmark of  Tanjung Simpang Mengayau
Batu tanda di atas dirasmikan oleh YAB Datuk Musa Haji Aman pada 10 Julai 2004.
Cantiknya ombaknya..berkilat-kilat bak mutiara...
Pantai di atas adalah pantai sebelum jumpa Tip of Borneo.
Bersama adik ipar dan adik...
Sekian saja... Trip To Borneo kali ini...

12 comments:

  1. lama dah teringin bawa family ke sabah. insyaAllah tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..bawalah family ke sana...pasti indah2 tempatnya...

      Delete
  2. WAH CANTIK SUNGGUH SUASANANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak...cuma tak pandai lagi ambil gambar gambar yang menarik sudutnya...

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, foto-foto yang amat mengujakan. Sabah memang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik terutama pulau-pulau disekitarnya. Insya-Allah jika dipermudahkan urusan, ingin juga menjejakkan kaki ke Tip of Borneo tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tempat cantik ustaz...cuma cara penterjemahan yang sesuatu pengurusan di daerah buat sahaja yang membezakannya...

      InsyaAllah...jika ada niat nak ke sana...dan usaha...insyaAllah boleh sampai ke sana...

      Delete
  4. Subhanallah cantik betul tempat ni mmg wajib pergi la..kalau 2 jam perjalanan then lalu semu pekan pekan tu x la rasa bosan leh singgah beli jajan..nk wat short trip ke sabah plak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya JM kena pi sini...banyak lahi tempat menarik di Sabah yang saya sendiri belum sampai....

      Delete
  5. Cantiknya.... pantai kat Sabah mmg cantik cantikkan. Pernah ke KK tp tak tak pernahlah sampai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK pun menarik juga...Tamu Jalan Gaya mesti dah sampai kan...

      Delete
  6. serius cantik gila
    sabah dengan sarawak jer belum sampai lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah berkunjung... sesekali makan angin relaks kan minda...

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...