Monday 1 January 2018

Jom Tambah Oksigen... Cara Mudah... Insya Allah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua

Agaknya dah setahun blog saya ni dah bersawang. Cuma yang pasti saya tak perlu bersihkan sawang macam sawang di rumah. Ada ka lagi peminat yang rindu...kalau ada tinggallah anda jejak ya... Insya Allah saya akan cuba terjah blog anda juga...

Bagi tahun 2018 ini...saya telah diberikan Allah swt keinginan untuk mengemaskini blog ini. Makanya... saya mulakan dengan gambar di bawah. Sesuai dengan tajuk blog ini (sebenaqnya dah lama tak menulis...ayat pun tak teratoq lagi...hihihi)

Anak Benih Padi Wangi MRQ 74


Tahun 2018 ini, saya nak tolong tambahkan oksigen dalam udara (dengan izin Allah)...
Nak bagi sejuk sikit udara sekitar dengan pertambahan wap air ke dalam udara... 
Secara tak langsung, kita telah cuba "Heal The World..." dengan cara kita sendiri...

Caranya mudah saja...jom kita tanam pokok... tak kiralah ianya pokok bunga atau pokok buah-buahan atau pokok kelapa atau sayur-sayuran sekalipun... Janji tumbuh-tumbuhan...

Kalau ada yang malas nak jaga pokok-pokok tersebut, cukuplah sekadar taburkan biji benih bunga seperti marigold, ulam raja atau keembong... Insya Allah, pokok-pokok yang ada biji benih senang nak hidup di atas kaki mereka sendiri...

Jom  Jom Semua... Hijaukan Bumi Kita

Jumpa Lagi

15 comments:

  1. Tahniah.
    Teruskan usaha mengoksigenkan persekitaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...jangan putus asa...kita usahakan sahaja...selebihnya Allah Maha Besar..

      Delete
  2. HIJAUKN BUMI OKSIGEN MELEGAKN NAFAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Puan Paridah... sejuk sikit udara nanti...walaupun kecil usaha ini...kalau satu dunia buat...mesti besar perubahan itu..

      Delete
  3. Ya...semoga tahun ini ada perbezaan yang lebih baik

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikankesihatan yang baik
    Selamat kembali ngeblog! Selamat menghijaukan bumi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kembali dengan penuh semangat ni..harapnya semangat makin menebal

      Delete
  5. Seronok gak pindahkan anak-anak padi sawah ni kan Kak.

    Dekat kampung mak sekarang dah tak lama lagi tunggu musim mengetam padi ni.

    Tengah tunggu padinya masak penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...semenjak kerja di Daerah ni...tentang padi saya kena ambil tahu juga...tak banyak pun sikit kena tau juga...

      Delete
  6. Salam perkenalan sis, teruskan blogging. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...salam perkenalan juga...InsyaAllah akan cuba untuk terus berblogging

      Delete
  7. happy new Year Fida. lama tak dengar cerita..

    ReplyDelete
  8. Patutlaaa dh lama x dgr khabar..welcomd back..itew pun tanam pokok kat umah..pokok kari..best tu nk wat kari petik jek kat pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...harapannya akan bertahuan sehingga hujung tahun...

      Kari pun jadi la...oksigen dah bertabah tu...karbon dioksida pun kurang...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...