Wednesday, 22 June 2016

Jom Noreh Getah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini nak bercerita berkaitan tentang pokok getah.
Rumah mak bapa saya di kampung di kelilingi dengan pokok getah. Tapi saya ni tak pernah menoreh sebatang pokok getah pun lagi walaupun pokok getah ada di belakang rumah saja. Kata orang Kalau Nak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih

Pokok Getah Di Kampung Beng, Lenggong
Sebenarnya, mak bapa saya pajakkan kepada jiran yang sememangnya pakar dalam bab menoreh getah ni. Lagipun mak dan bapa dah tak larat sangat nak mengangkat getah sekerap.

Apabila saya tengok orang menoreh, rasa bersyukur sangat sebab saya tak perlu menoreh untuk mendapatkan rezeki. Mereka perlu bangun awal pagi, dengan ubat nyamuk digantung pada badan. Ubat nyamuk tu pun bukannya boleh menghalau semua nyamuk yang ada. Mesti gatal badan tu kena gigit nyamuk. Kita ni, baru seekor nyamuk gigit badan, dah garu macam 10 ekor yang gigit. Ditambah lagi dengan lampu suluh kat kepala.

Kreatifnya...Kole Minum Air Pun Boleh

Getah Sekerap
Tambahan pula, musim sekarang musim hujan, lagilah banyak nyamuknya. Lagi sedih, apabila hujan di waktu pagi, maka tidaklah mereka menoreh. Bila difikirkan, raya dah nak dekat. Kalau dapat duit hasil jualan puan, nak kena bahagi dua. Tak banyak pun mereka dapat sebab harga getah murah dah sekarang.

Bersyukurlah kita. Alhamdulillah.

22 comments:

  1. Teringat arwah tokki pun penoreh getah, penah ikut tokki tengok dia toreh getah, teringat busuk sungguh bau getah sekerap tu.
    Walau susah, hidup mesti diteruskan, hidup di kampung sara hidup tak tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...penat lelah mereka kita mesti hargai....tanpa mereka siapalah kita yang sekarang....

      Delete
  2. Teringat arwah tokki pun penoreh getah, penah ikut tokki tengok dia toreh getah, teringat busuk sungguh bau getah sekerap tu.
    Walau susah, hidup mesti diteruskan, hidup di kampung sara hidup tak tinggi.

    ReplyDelete
  3. dah lama pokcik tak menoreh... waktu harga getah mahal dulu, menoreh getah ni pokcik jaikan kerja part time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh panggil pokcik kayo ni...masa harga getah tinggi masa tu lah mewah sikit....alhamdulillah...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan beribadah di Ramadhan ini.
    Saya pun anak 'getahwan' juga. (mak dan ayah toreh getah) Biasa sangat dengan pokok getah, bau busuk sekerap, berperang dengan nyamuk dan sesekali dengan pacat. Hmm, nostalgia sangat. Sekarang ni tak tinggal banyak mana dah pokok getah di kampung saya. Banyak yang ditebang dan dinaikkan perumahan...Rasa nak balik semula zaman tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika boleh patah balik...saya pun nak cuba tolong tok dan tok wan menoreh....dulu kecik2 pandai main biji getah jer...

      Delete
  5. Dulu masa kakak kecik-kecik ada ikut bapak kakak ke kebun getah tapi sekarang pun dah pajakkan pada org lain. Sekerap kalau keluarga kakak tu yg dekat tempat torehan yg kering sebelum ditoreh baru itu dipanggil sekerap. Tapi yg lebihan susu kering di dalam cawan kami panggil ojol. Fida pernah dengar tak ojol? sounds lucu kan. Tapi itulah dia hihi... semua tinggal kenangan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tanya dgn bapa saya....dia pun x pernah dengar ojol...pertama kali ni saya dengar Kak Zakie

      Delete
  6. Sekarang penorh getah buat ojol aje.
    kalau zaman dulu buat getah keping, lagi banyak kerja.http://warisanpetani.blogspot.com/2015/11/tanaman-getah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengangkut getah cair yang tak larat tu....

      Delete
  7. MASING2 KITA ADA PENGALAMAN DGN POKOK GETAH NI N JERIH PERIH USAHAKANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puan...banyak sudut pengalaman setiap orang...ada merasa ada melihat...

      Delete
  8. Salam Bahagia Kak Fida.
    Mak ada buka kebun getah dah matang pun pokoknya.
    Tapi tak pernah ditoreh.
    Nak pergi toreh pun jauh benor dari Kota Kinabalu.

    P.S: Tak jumpalah no. Kak Fida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pajakkan sahaja kat orang....tapi sebelah Tamparuli memang banyak pokok getah lagi...

      Delete
  9. Tidak pernah menoreh getah tapi ada pengalaman dengan kawan2 dan saudara mara yang menoreh. Bau dia tu cukup nostalgia..teringat kat mesin getah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la...mesin getah...ada dekat2 macam mesin pecahkan ais batu bagi halus

      Delete
  10. saya membesar dengan kopi . arwah sepupu saya masa hayatnya juga ambil upah potong getah sebelah pagi . sebelah petang pula dia jadi tailor ... lumayan juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg bekerja keras memang akan dpt bahagian mereka...janji kita rajin....

      Delete
  11. tak pernah jugak cuba menoreh tapi kat Putrajaya tu boleh kan kalo nak cuba.. ada center yang kasi pengalaman menoreh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kat Putrajaya nemang ada...kat Taman Warisan Pertanian...jauh juga nak menapak...hihihi

      Delete
    2. haaa tula Taman Warisan hehe.. penah singgah kt bawah tu je beli buah. lepas tu skali lagi masuk bawak anak2 buah berlari2.. tapi x try pun menoreh.

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...