Sunday, 10 April 2016

Landskap - Kitar Semula Tayar & Kereta Sorong (2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak sambung la perkembangan mini landskap yang lalu..... jawapannya belum siap..... sebabnya dah hampir nak siapkan tetapi mai-mai pejabat esok paginya tu...habis ditraktor oleh mesin... bukannya mesin betul yang guna minyak diesel tu tapi oleh 'kerbau pendek' (istilah yang selalu digunakan oleh kami di bidang pertanian)

Kita patah balik status sebelum serangan kerbau pendek. Jadinya pada pagi 5/4/2016...saya pun sambung semula buat mini landskap sebelum ini Klik Sini  Saya tanam anak pokok terung. Adalah dalam 5 pokok sahaja. Disebabkan ini adalah mini ladskap, tak adalah saya nak tanam di batas. Hanya korek tanah, tanam anak pokok dan gembur kat sekeliling pangkal anak pokok seperti gambar di bawah. 

Barisan anak pokok terung tu pun saja buat tak lurus. Saya buat bengkang-bengkok sikit. 
Nak bagi nampak selari dengan tema aliran sungai (longgokan tanah kat tepi pokok-pokok terung tu seolah-olah macam aliran sungai)

Anak pokok terung yang baru ditanam.


Pandangan jarak dekat.
 Namun, umur anak pokok terung ni tak panjang. Mai-mai pejabat pada pagi 7/4/2016.....Haah....Kenapa ni...? Apa dah jadi.....? Serangan Kerbau Pendek rupanya.....

Habis dimusnahkan anak pokok terung dan longgokan tanah oleh kerbau pendek. Agaknya tanah tu lembab dan disangkanya ada cacing kot. Tanah-tanah yang saya longgok kat tayar pun habis ditraktornya. Syukur Alhamdulillah tak jatuh pula tayar-tayar tu. Hmmmm....nampaknya tak sesuai lah nak tanam sayur kat tanah sebab nanti sendiri tak lalu nak makan. Dalam kereta sorong saja sesuai tanam sayur kalau nak tanam sayur juga.

Habis tanah di pangkal tayar disondol oleh khinzir.

Anak pokok terung yang dah diserang kerbau pendek.

Sedihnya rasa hati....huhuhu....penat woo menanamnya...peluh habis basah baju...tup-tup ini hasilnya.... 

Tapi tak apa...saya akan buat semula landskap ni...kita tanam bunga jer la yer...hehehe


9 comments:

  1. hmm ada kerbau pendek yg rajin traktor tanah di situ ya...masalah juga kalau nk tanam pokok2 sayur tu...tanam bunga pun digembur juga dik kerbau pendek fida...elakkannya dgn tabur rambut kwsn tu kata org dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...ada masa nanti says cuba tanya kedai gunting rambut kat kampung...kalau tak dapat..kena buat umpan la jawabnya....

      Delete
  2. Huh kerbau pendek tu, kalo dpt tembak je kan,geram juga nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor...pernah juga panggil orang tembak....tapi banyak lagi yang dok dalam semak di hutan kampung belakang

      Delete
  3. Huh kerbau pendek tu, kalo dpt tembak je kan,geram juga nih

    ReplyDelete
  4. geramnya..penat lelah kita berkebun ..habis dikerjakan si Bab*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...musim kemarau sama...dia pun cari tempat yang lembap2...pasni nak tabur kulit teloq kat tanah tu

      Delete
  5. Sedih tengok hasil yang diusahakan dimusnahkan dengan sekelip mata.. ish.. nakal betul si kerbau pendek tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Aiza...kami akan cuba buat lagi....hujan pun dah turun...dah sertu dah tempat kerbau pendek dok sondol tu...

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...