Thursday, 21 April 2016

Hujan...Penyejuk Bumi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di sana sini kita ramai yang bercerita tentang El Nino...tapi saya bukan nak bercerita tentang El Nino... Saya cuma nak berkongsi kegembiraan saya yang tinggal di kawasan Pokok Sena, Kedah.

Dekat 3 bulan juga lah hujan tak turun...kesannya debu tanah di tepi jalan besar pasti akan berterbangan setiap kali kenderaan besar terutamanya lori-lori yang lalu. Bukan apa, kasihan kat budak-budak sekolah yang jalan kaki dan naik motor, sebab kena tutup hidung dan mata untuk elak habuk dan debu masuk mata dan hidung. Suhu yang tinggi pula menjadikan bahang panas jalan raya lagi terasa. Terasa kulit muka macam kena layur dengan lilin sahaja.

Ahamdulillah, bila dah hujan ni yang bermula 19/04/16 hingga 21/04/16 (setiap malam). Makanya, pagi-pagi tak ada lagi habuk dan debu yang perlu ditempuhi oleh budak-budak sekolah. Saya pula, bila pi kerja tak buka aircond kereta dah. Saya buka tingkap sahaja. Boleh hirup udara segar. Hujan ni penyejuk bumi. Ditambah lagi dengan angin yang bertiup. Lagi terasa sejuk tu....kan...

Nak kongsi juga gambar hujan waktu petang pada 04/04/16 yang lalu.

Sebelum hujan semasa guruh berbunyi.

Sebelum hujan semasa keadaan yang cerah mula bertukar gelap sedikit.

Hujan dah turun.

Selepas hujan.
Tengok tu...bapa saya berjalan-jalan selepas hujan. tengok pokok buluh madu depan rumah. Alhamdulillah, petang tu kami tak payah siram pokok-pokok bunga di halaman rumah.

27 comments:

  1. Alhamdulillah hujan juga setelah sekian lama kemarau.Tumbuh2an juga turut rasa nikmat nya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tu la puan...pokok2 pun segar daunnya...kalau tak...layu jer ke bawah..

      Delete
  2. Memang begitu seronok perasan bila dah begitu lama hujan tak turun.
    Tiba-tiba dah turun dengan lebatnya membasahi bumi.
    Rasa nak menari-nari hindustan dalam hujan hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...menari2 hindustan gitu...tambah pula dengan lagu Dilwale sekarang ya....tapi jangan lupa...baju pun kena banyak...nak tukar2...

      Delete
  3. Alhamdulillah..hujan turun mmbasah bumi..bestnya rumah ada verandah mcm ni, boleh lepak2, minum petang kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..ada beranda memang seronok...minum2 petang boleh dok kot luar saja...tambah pula ada pisang goreng panas2...

      Delete
  4. SYUKUR ALHAMDULILLAH HUJAN TURUN MENYEGAR ALAM YG LESU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Puan...sejuk la juga malam-malam bila tidur...kalau tak..mesti berkuap bilik...

      Delete
  5. Alor setar pun dua malam hujan. Tapi tak berturut. Alhamdulilah merasa jugak la bau hujan tu blik. Dengar hujan tu turun nikmatnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kira...akak bila dengar jer hujan turun kat atap....siap cakap...lebat la lagi...

      Delete
  6. Hari ni kt area srmenyih ni mcm nk hujan, tapi tk taulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor...hujan tak Semenyih semalam....

      Delete
  7. Hari ni kt area srmenyih ni mcm nk hujan, tapi tk taulah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah hujan turun, mudah-mudahan ia menjadi hujan rahmat yang menyejukkan bumi yang ketandusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt....alhamdulillah...rasa sejuk dah menyapa ke kulit...terima kasih doakan agar akak sentiasa sihat...Aamiin

      Delete
  9. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, sabar jelah musim2 panas skang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt....akak pun dgn line kejap ok kejap x ok...cuba juga terjah entri rakan2...semoga KA berkesemlatan habiskan terjahan tau....

      Delete
  10. Alhamdulillah... dah hujan...

    Betul lah kak... panas2 ni umah berhabuk...

    Tapi bila dok tengok panas2 ni takut sebenar nya ...

    "Masa untuk pulang"dah makin dekat kan kak...
    Harap2 kita semua terpelihara dari kepanasan api neraka... ya Allah... takutnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...baru panas sikit dah tak tahan dah...malam2 memang berbahang....peluh yang keluar pun peluh berminyak sikit...

      Delete
  11. Akak... sorry ... haritu akk ada komen kt blog saya ... tapi jari saya gemuk pagi tadi ... instead of tekan publish... saya TER kena delete... so semua msg pagi tu dah kena delete ...
    Lebih pandai lagi saya tak letak back up kat emel...

    Maafkan saya ye kak... maafkan jari gemok saya ni juga... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala nhhas...tak apa...tambahan pula kalau guna hp...lagi susah nak menekannya...akak pun selalu kena betulkan huruf yang salah taip...

      Delete
  12. Alhamdullilah, di tempat siqah pun hujan kak. Syukur sangat, sejuk bumi 😊

    ReplyDelete
  13. Betul Siqah..sejuk sikit tido malam...

    ReplyDelete
  14. Alhamdhulillah..hujan dah mula turun di bumi malaysia. semuga cepat berakhir kemarau yag panjang..
    dengarnya di Kedah dilanda musim bunga pula ye Fida.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Yon...kat Kedah ni bunga saja2...bunga sakura malaysia pun dah siap luruh dah...

      Delete
  15. Luasnya laman Fida....Nak buat kerja kawen senang ni muat 10 khemah hihi....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cik ash datang blogwalking sini... cantik permandangannya

    ReplyDelete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...