Wednesday 30 March 2016

Landskap - Kitar Semula Tayar & Kereta Sorong (1)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Dua hari lalu, saya dan rakan-rakan dah cat tayar lama...ada la dalam 3 biji tayar yang kami dah cat. Guna cat sembur saja...cepat pula habis catnya...dan warna pun tak sekata sangat....Bayangkan 1 tin cat sembur untuk 1 tayar...Rugi wooo...

 Pasni kena guna cat sapu pula...jimat sikit...cat pun sekata saja warnanya kalau guna cat sapu... 

Lepas tu kami cat kereta sorong pula...yang dah rosak dan terbiar saja...tak dibuang pula....disebabkan ada di sekitar kawasan pejabat dalam 3 biji...2 dah cat...1 lagi belum cat sebab cat dah habis...huhuhu

Tujuan cat tayar dan kereta sorong rosak tu sebab nak buat mini landskap...cadangnya nak tanam bunga dan sayur sikit... nak juga bagi ceria sikit kawasan pejabat...asyik tengok ladang buah-buahan saja...rasa boring pula...

Datang kerja pagi tadi...rasa sihat pula dan badan kuat sikit (4-5 hari lalu saya demam)...Lepas siram pokok-pokok bunga dalam pasu depan pejabat. Saya terus pasang sistem pengairan dan letak tanah dalam tayar. Pastu longgok tanah buat seolah-olah tanah dituang dari kereta sorong....Ishk...tak tau nak terang pula....

Jom kita tengok gambar kat bawah...tapi tak siap lagi yer mini landskapnya...sebab baru jam 10.00 pagi pun dah rasa panas terbakor kat kulit muka ni....sebab tu saya berhenti awal....nak sambung esok pagi pula...Insya Allah

Belum siap lagi mini landskap ni...

Monday 28 March 2016

Segmen Rumah Kedai Ber 'Pokok'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Tarikh Tutup Penyertaan : 10 April 2016


Nak tengok siapa yang boleh teka di manakah gambar ini diambil. Nyatakan jawapan dalam ruangan komen di entri ini berserta url entri anda. Selain itu, semua blog blogger yang menyertai segmen ini akan tersenarai dalam bloglist khas bagi segmen ini bermula 15 April 2016 sehingga 15 Mei 2016.

Sunday 27 March 2016

Ciku Mega CM 19 - Minggu Demi Minggu

Assalamualaikum dan salam Sejahtera....

Artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua gambar-gambar yang saya telah dan akan ambil minggu demi minggu bermula pokok ciku masih lagi berpucuk sehinggalah keluar bunga dan sehinggalah ia berbuah dan seterusnya buah boleh dikutip...

Saja saya ja nak buat begini...kalau tak mula...tak ada rekod bergambar pula nanti...sedangkan pokok ada depan mata saja...Lagipun zaman dah canggih...jangan disia-siakan....hehehe...Klik Sini Juga

Tarikh : 24/03/2016

Pandangan Atas

Wednesday 23 March 2016

Bunga Longan - Minggu Demi Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Longan... Mesti anda pernah makan kan? Ala..yang orang selalu dok panggil mata kucing tu...

Saya nak kongsikan dengan anda semua peringkat berbunga sehingga berputik bagi tanaman longan ni. Nak buat sampai peringkat berbuah takut tak sempat pula...sebab banyak bunga yang gugur. 
Al maklumlah cuaca di Kedah ni panas buat masa la...air pun kurang...daya lekatan bunga pun kurang...

Saya tak akan kemaskini hari tentang perkembangan bunga longan ni. Namun saya akan kemaskini di artikel yang sama. Boleh tak macam tu....? Boleh kan....

Kita mulakan dengan tarikh di bawah

Tarikh : 22/03/2016 (Selasa)

Keadaan Bunga : Majoriti masih belum kembang.
Warna Kudup Bunga : Krim Keputihan.

Tuesday 22 March 2016

Idea Ringkas Berjimat - Pelamin & Bilik Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti sekolah hanya 2 bulan sahaja lagi. Saya dah dapat kad jemputan kahwin untuk cuti sekolah bulan Mei depan... Bagaimana pula dengan anda...?

Biasalah kan, kenduri kahwin ni sinonim dengan cuti sekolah...

Namun dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pelamin dan hiasan bilik pengantin yang ringkas sahaja... kos pun rendah...jimat... buat sendiri.... rekabentuk ikut dan sahaja...ikut apa yang ada... Baca artikel sebelum ini Klik Sini

Digabungkan pula dengan idea spontan adik ipar, adik sendiri dan adik sepupu yang kreatif-kreatif semuanya....Jom kita mulakan...

Oh ya...majlis ni telah berlangsung pada penghujung bulan Februari lalu (awal Mac)...

Pelamin

Pelamin yang ringkas sahaja.