Tuesday, 12 January 2016

Resepi - Pizza Sayur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengah buat apa tu...? Dah tengahari ni..? Dah masak ka...? Jom saya kongsikan satu resepi yang saya dah buat dan rasa sendiri... 

Pizza Sayur... 

Jika ada persamaan dengan resepi di luar sana...maafkan yer...ditakdirkan sama la tu...sebabnya resepi ini dihasilkan berdasarkan bahan yang ada di rumah ketika itu... 
Masa tu pula masa bulan puasa tahun 2015.



Jom kita tengok bahan-bahannya....

1. Sayur-sayuran seperti kobis 
(hijau atau ungu atau kedua-duanya - dihiris halus)

2. Kentang 
(direbus dan dipotong memanjang atau guna kentang goreng)

3. Keju (saya guna keju cheese dale)

4. Tomato 
(dipotong dadu)

5. Telur 
(4-5 biji bergantung kepada kuantiti bahan dan saiz bekas - dipukul rata dan dicampur dengan sedikit garam)

6. Sosej
(dipotong nipis)

7. Keju Cheese Dale
(Diletakkan di bahagian atas bahan yang telah digaul rata)

Kobis ungu dihiris halus.
Kobis dihiris halus.
Tomato dipotong dadu.
Kentang rebus dihiris memanjang.

Cara buatnya :

  1. Ke semua bahan yang telah dipotong digaul rata.
  2. Masukkan ke dalam pemanggang.
  3. Tuangkan telur yang telah dipukul rata bersama garam ke dalam pemanggang dan gaul rata  dengan ke semua bahan.
  4. Akhir sekali letak kepingan keju cheese dale di permukaan atas.
  5. Paling akhir sekali, panggang dengan api perlahan dan ubah-ubahkan kedudukan bawah pemanggang agar tidak hangus.
Tips
  1. Telur perlu banyak jika bahan-bahan yang digunakan adalah banyak. Ketinggian campuran telur seeloknya separuh dari ketinggian bahan-bahan di dalam pemanggang.
  2. Elakkan menggunakan sayur yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti bayam. (Pizza sayur lambat kering dan berair).
  3. Bahan-bahan seperti kobis perlu ditoskan airnya.
  4. Saya suka pizza sayur yang nipis sahaja bahan-bahannya. Tak tebal sebab rasa lagi sedap.
  5. Lagi bagus jika menggunakan oven.


Zoom sikit.


23 comments:

  1. Assalam. Tgh duduk lunch hour masuk blog u jumpa pizza sayur. 1st time tengok pizza sayur ni. Menarik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.... boleh cuba buat...sedap juga...semoga perkongsian ilmu ini akan sentiasa berpanjangan dan diamalkan....saya ada juga bawa ke pejabat lama...habis licin juga...kena pandai2 ubahsuai yer nanti...sebab kadarnya saya main campak saja...hehehe

      Delete
  2. Idea yang menarik utk dicuba ni...kira makanan sehat lah ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Puan Saniah...boleh cuba...kalau nak ubahsuai puan lagi bagus...ikut bahan yang ada di rumah...lobak merah pun boleh tambah....

      Salah satu makanan sihat juga....janji berhenti sebelum kenyang yer...hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Insya Allah...cuma jangan selalu makan sangat...kena selang dengan makanan lain juga...maklum ajalah...kobis kan angin bagi orang yang banyak angin atau sakit urat...

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe....sedapt...mesti cuba tau Kira Sakura

      Delete
  5. Vegetarian mesti gembira tengok pizza sayo2 camni...saya yg tak berapa nak vege pon tetelan ailio...kikiki...kreatif ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sedap sebab ada keju tu...dan telur...kalau tak ada dua bahan tu dan sosej sikit....tak berapa nak sedap juga kot....

      Delete
  6. Cara masak sayur dengan telur dan cheese dipanggang bersama ini ada namanya dalam bahasa Peranchis ke Sepanyol tak ingat pula masa duduk Australia dulu.
    Sekali kala tak pakai gandum pun best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada namanya...bolehlah Diana kongsikan nanti....saya ni main tibai sahaja buat Pizza Sayur ni...hehehhe

      Delete
  7. Lain dari yang lain ni. Pizza sayur. Tapi mungkin anak-anak tak berapa suka. Bukan macam kita ni, semua boleh je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la...sayur mesti budak2 tak berapa gemar...cuma boleh suruh rasa dulu...

      Delete
  8. Owh guna pemanggang ajaib yer...mesti cantik dan sama rata masaknyer kan..bunda takder lagi pemanggang ajaib ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama rata juga...kena alih-alihkan bahagian bawah dari api (tak boleh setempat) ...bahagian dalam ya...sama rata masaknya...

      Delete
  9. Mak ingat pizza sayur ni mcm pizza yg biasa makan tu, ada doh tepung ruoabya pakai telur jer.....Ok jugak ni bolehah cuba, asyik makan telur dadar je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai telur sahaja ...sebab itu apinya kena perlahan...jangan kuat...nanti hangus...hehehe

      Delete
  10. Mak ingat pizza sayur ni mcm pizza yg biasa makan tu, ada doh tepung ruoabya pakai telur jer.....Ok jugak ni bolehah cuba, asyik makan telur dadar je kan

    ReplyDelete
  11. Bagus ni...1st time tengok, nanti bole cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..cuba tau aryan azra...dah rasa baru tau...hehehe

      Delete
  12. blh cuba nanti . piza sayur ni bagus utk galakkan budak mkn sayur . kobis ungu tu my anak buah suka buat salad ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...cuba tau Qaseh...kobis ungu tu saya pun baru nak mula suka....dulu tak berapa sebab rasa macam tak rangup sangat (suka kobis yang rangup)

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...