Monday, 26 January 2015

Berdoalah

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء


“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik”

Sayang Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Jom Kita Dengar Lagu Ini

video

*Sumber : Youtube

Tak tahulah kenapa selepas salah seorang senior hendak bersara, suka pula dengar lagu Sayang Kinabalu. Agaknya sebab kami pernah ke Sabah bersama-sama sebelum ini. Tambahan pula koleksi keladi hiasan saya majoritinya berasal dari Sabah.

Thursday, 22 January 2015

Pasar Pagi Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesempatan berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu peluang dan rezeki dari Allah kerana dengan izinnya saya dapat berkunjung ke Pasar Pagi Labuan atau mungkin juga dikenali dengan Pasar Tani Labuan. Ini kerana kebanyakan peniaga di pasar ini menggunakan khemah pasar tani.

Setelah berjalan dari satu gerai ke satu gerai, akhirnya saya tiba di gerai yang menjual keladi hiasan. Wow, gembiranya saya. Duit terbang pun tak apa, janji dapat beli keladi. Harganya pun berpatutan. Jika anda salah seorang penggemar keladi hiasan, bolehlah berkunjung ke gerai Kak Ros di Pasar Pagi Labuan.                 

Salah satu gerai di Pasar Pagi Labuan