Thursday, 10 December 2015

Moh Ke Ladang Kome...!!! Artikel Cerita Pada Pagi Tadi 10/12/15

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seawal jam 8.00 pagi...... (Rasa penat sangat malam ni, cadang nak kemaskini artikel tapi rasa mengantuk pun dah menjengah mata....Insya Allah esok saya sambung kemaskini artikel ini ya....)




Ok...saya sambung semula artikel kali ini....
12/11/2015 (12.18 tengahari-waktu rehat)

Banner di atas...adalah design saya yang terakhir bagi tempat kerja sekarang yang akan saya tinggalkan. Gambar di dalamnya tu rakan-rakan sekerja yang sediakan. Jadi kedai printing hanya print sahaja.....

Program ini telah heboh sehingga keluar negeri Perak. Al maklumlah...zaman media sosial. WhatsApp saja sudah cukup untuk menyebarkan aktiviti ini. Asalnya bannar di atas dari
satu sumber sahaja iaitu yang dimuatnaik dalam laman facebook  Jabatan Pertanian, Bahagian Hortikultur Negeri Perak.

Boleh lihat gambar di bawah. Seawal jam 8.00 pagi telah ada pengunjung yang sampai di ladang. 

Jam 9.00 pagi.


Pelbagai jualan diadakan. Antaranya jualan cili RM 5/kg. Jualan jagung RM 0.80/tongkol. Jualan anak pokok dan biji benih. Semuanya habis. Bagi jualan jagung oleh pengusaha Taman Kekal Pengeluran Makanan pun sama sampaikan tak cukup. Longgok sahaja dah habis. Begitu juga jualan kacang bendi. Pun habis. Jualan madu kelulut oleh pengusaha  juga habis. Sunggu di luar jangkaan sebenarnya bilangan pengunjung kali ini.
Air yang disediakan adalah air yang ditapis.
Berlatarbelakangkan orang ramai yang berehat menunggu untuk menimbang dan bayar.
Air jualan untuk pengunjung pun laku sehingga kehabisan stok.
Sebahagian pengunjung.

Jatuh sahaja dahan yang dikerat, terus ramai yang menyerbu dan  mengutip rambutan.
Jam 2.30 petang. Keadaan mulai lengang.
Hadiah buat pengunjung bertuah. Pengunjung yang terakhir sekali membayar hasil kutipan rambutan di ladang rambutan.
Terima kasih. Pengunjung terakhir sekali yang sanggup naik ke pejabat setelah tamat program bagi menimbang hasil rambutan.
Keadaan di ladang setelah ladang mulai lengang dengan pengunjung. Macam diserang ribut gayanya.....
Salah seorang kakitangan di celah-celah dahan rambutan.
Nantikan berita wilayah di TV RTM jam 5.30 - 6.00 petang pada 12/11/2015.
Jam 10.00 pagi.
Terima kasih kawalan keselamatan/lalulintas.
Jam 10.15 pagi.
Air buat petugas.
Kasihan melihat pengunjung...penat mengait rambutan. Akhirnya air diberi percuma kepada pengunjung.
Kegembiraan terpancar di wajah mereka.
Rasa gembira...kanak-kanak dapat minum air.
Pada mulanya, air yang kami sediakan hanyalah untuk petugas/kakitangan. Ini kerana ada gerai jualan air oleh pihak luar yang telah disediakan. Setelah 4 kali bancuh air pun oleh pihak luar, air masih tak cukup juga.

Justeru, setelah melihat ramai kanak-kanak dan juga wanita serta lelaki yang membantu pengunjung lain mengutip buah rambutan. Akhirnya kami putuskan air adalah untuk semua. Semoga dapat menghilangkan dahaga mereka semua.

Seronok tengok senyuman di wajah beliau.
Ini antara gambar yang saya sempat candid...siap senyum lagi. Kreatif untuk mengandor bakul plastik rambutan. Datang bersama anak dan isteri. Saya harap beliau berpuashati. Beliau sebenarnya tengah menunggu air nak minum sebenarnya. Harapnya air sarsi sejuk dapat menghilangkan sebentar penat lelah beliau.

Mohon maaf di atas kekurangan buat pengunjung semua.

Terima kasih buat semua pengunjung yang datang ke Program Moh Ke Ladang Kome...!!!

27 comments:

  1. Assalamualaikum,
    wah, teruja tengok. seronoknya dapat masuk ladang, lebih-lebih lagi kalau dapat panjat dan makan buahnya di atas sambil membaling kulit buah kat orang di bawah..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...Ya..betul tu...bukan selalu kami buka untuk pengunjung masuk ke ladang kami. Setahun sekali pun tidak. memang betu tu...kulit rambutan saja di tanah.

      Delete
  2. assalam seronoknya berkelah di ladang sambil membawa pulang hasilnya yg banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok puan...tapi pengunjung memang kena jalan jauh....parking dalam dah penuh....boleh anak-anak merasa rambutan di ladang dan terisi juga program mereka masa cuti sekolah.

      Delete
  3. wahh sonoknyerr masuk sendiri buah dlm ladang., hehe2 mak dah retis masuk tv tuuhh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya la Wak...bos saya....
      Pernah juga masuk TV dulu...muka jer la Wak...hehehe

      Delete
  4. hai kak Fida. wahhh syoknyer masuk & petik sendiri buah-buahan dalam ladang! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengunjung nampaknya seronok....kami petugas yang tak dapat merasa keseronokan sebab ken jaga kaunter...huhuhu

      Delete
  5. Replies
    1. hehehe....seronok tengok gelagat orang ramai...macam2 gaya dan suara...

      Delete
  6. Wah meriahnya.....keriangan terpancar ke semua pelawat.
    Best !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa taknya....bukan senang nak jumpa pokok rambutan dalam kawasan yang besar...rasa macam 1 pokok tu mereka yang punya saja...

      Delete
  7. seronoklah kan ada aktiviti mcm tu . mengeratkan lagi hubungan dgn penduduk setempat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Qaseh...bukan senang nak buat anjur program serupa ini....risau juga keselamatan pengunjung...

      Delete
  8. ahh..terlepas dah program tv tu..
    seronok jika program di rancang menjadi..merapatkan silaturohom sesama penduduk di samping menjana pendapatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa seronok memang seronok....baru semalam post mortem dibuat bagi menambahbaik program ni di masa depan....

      Delete
  9. kalau ada aktiviti macam ni kat tempat ros. mesti ros dah pergi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga orang yang duduk KL datang datang....agaknya kampung di Perak...cuti sekolah pula tu...

      Delete
  10. Kalau saya duk dekat kompom saya pon join sekaki ni...cam best je kutip rambutan reramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe...memang best Pn Malinda....sempena cuti sekolah juga....

      Delete
  11. Hehehe....memang ramai sangat pengunjung haritu....ramai juga pengunjung lelaki yang menolong kaum wanita mengait rambutan...

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Memang meriah Yana....larat tak larat saja....yang datang dengan kerusi roda pun ada...

      Delete
  13. Ramai jugak yg datang ye Fiza....peminat buah mereka ni...
    Kalau pak Jilap sure kurang suka sebab kena mengait sendiri hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah rambuatan jaula murah ajer Kak Hainom RM 1.50/kg....kalau di luar masa mula-mula musim RM 5/kg pun ada....

      Delete
  14. Wah, seronok saya tengok aktiviti begini! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serok memang seronok...macam2 gelagat....kasihan masa pengunjung nak menapak dan mengait serta mengutip rambutan....ramai sangat....

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...