Sunday 27 December 2015

HPPNK 2015 Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015 Siri 2...apa pula yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ini...? Jika dalam HPPNK Siri 1 saya kongsikan dengan anda semua tentang replika-replika dari hasil pertanian....tidak kurang hebat juga dengan artikel kali ini. Tetapi gambar yang saya kongsi tak banyak tau...tak dapat muatnaik banyak sebab line internet sangatlah lambat.

Artikel kali ini tentang Terrarium....bukan akuarium yang ada ikan yer...akuarium ini ada pokok. Pokok hiasan...batu hiasan...media penanaman...

Tahniah SMK Wira Penrissen dari saya peminat tegar keladi hiasan.

Jom saya bawa anda menelusuri jalan-jalan menuju terrarium ini.... Nampak tak lukisan daun berwarna merah di atas... Ya...itulah lukisan daun keladi. Keladi adalah tanaman kegemaran saya. Betapa seronoknya dapat jumpa keladi hiasan dalam terrarium. Bukan senang nak jumpa tau. Kalau ada pun keladi mini (kecil-kecil daunnya tetapi berumpun dan tiada umbi...kebiasaannya dari jenis Syngonium....)
Pandangan hadapan
 Jika dilihat gambar di atas...Selain dari tanaman keladi hiasan, Rhoeo discolor juga digunakan dalam membentuk landskap terrarium ini. Sanseivera sp juga digunakan bagi menyeimbangkan warna merah keladi hiasan. Sanseivera sp itu adalah pokok yang hijau menegak tu. Leper-leper. Digelar juga lidah jin atau lidah mak mertua.

Batu-batu hiasan kecil pelbagai warna turut digunakan.....membangkitkan lagi keindahan landskap terrarium ini. Kreativiti juga dapat dilihat dengan kehadiran tunggul kayu.

Pandangan sisi
 Jom kita tengok terrarium yang mendapat

Tempat Ketiga


Ala-ala Taman Jepun pun ada kan....!!! Maaf ya...saya tak ambil gambar nama sekolah yang mendapat tempat ketiga... Nak jimat bateri kamera masa tu....

Tempat Kedua


Yang ini pula ala-ala lereng bukit tepi sungai... Ala-ala sahaja yer...Atau ada ala-ala yang lain....

Tempat Pertama 



Yang ini pula macam ala-ala taman paku pakis dan kaktus.


Boleh dibandingkan lapisan media penanaman antara ketiga-tiga pemenang. Pada sayalah....lapisan tempat ketiga sangat kreatif namun warnanya tak berapa menonjol kerana warna lapisan yang digunakan hampir sama. Namun kreativiti membuat lekukan sungai tu yang menarik hati saya.

Semoga dapat memberi ilham kepada peminat tanaman hiasan. Selain ditanam di dalam pasu, boleh juga ditanam di dalam bekas akuarium ini.

Oh ya....label pemenang disediakan oleh Jabatan Pertanian.


Tidak kiralah dari negeri Sarawak atau sebaliknya...bangga kamik sama Jabatan Pertanian

Sekian. Terima kasih...

30 comments:

  1. Kawan kak ada buat terrarium dari balang yang kecil2. Sangat kreatif dan cantik susun atur replika dan tumbuhan didalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Normala...nanti kongsi la juga...boleh dapat idea-idea baru...

      Delete
  2. Cantik, kreatif dan memberi ilham juga kepada yang berminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bunda...ini juga salah satu cara sebar ilu dalam bentuk gambar....Insya Allah...semua dapat pahala jika baik niatnya...

      Delete
  3. Bunda nak tanya, macam biasa dengar jer Penrissen tu, macam nama tempat, camp tentera kat Kuching Sarawak jer... Penrisen Komleks ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti juga Bunda...saya ke Sarawak atas tiket bekerja...Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan ini diadakan di Kota Samarahan....

      Delete
  4. Cantek dan kreatif sungguh.Sebelum ni tak terfikir pulak nak buat camni bila akuarium retak buang gitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun pernah guna semula akuarium ikan...pejabat punya...bertahan lama juga tanaman dalam akuarium tu.....cari tanaman yang lambat bercambah...

      Delete
  5. CANTIK N KREATIF..BOLEH DIJADIKAN HIASAN DLM N LUAR RUMAH NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pn Paridah...sudut yang kosong pasti cantik...

      Delete
  6. cantik... dan sangat kreatif..

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. Tangan kene berseni kalau nak buat taman2 comel.camni...saya tertarik dgn pemenang tempat ke2...comel sgt susunan tanaman dlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...ala-ala lereng bukit...tak padat sangat kan...tapi cantik...

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Cantik. Kalau tak ada bakat seni, susah juga nak membuatnya..yelah memerlukan kreativiti yang tersendiri. rasa nak mencuba juga, sementelah lagi akuarium lama masih ada di belakang rumah, insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt...

      Bagus tu...nanti dah buat kongsi yer...dan maklumkan juga kat saya...sebab kekadang agak sibuk dengan kerja harian...

      Yang penting tak membazir....Kitar Semula...

      Delete
  10. tahniah utk pemenang semua tuu., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ucapan taniah sampai kepada semua pemenang....Aamiin

      Delete
  11. Sangat kreatiflah pada pandangan kakak.
    Office kakak ni ada akuarium kosong sebab bela ikan asyik mati aje.
    Kalau buat macam ini pun menarik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan akak...air siraman pokok untuk terrarium juga tak perlu banyak....cuma akak pilih lah nanti tanaman yang lambat pertumbuhannya....kalau yang cepat...kena selalu tukar pula...

      Delete
  12. Dah lama nak buat tak terbuat-buat.
    Akuarium kosong pun masih berlambak lagi tak dimanfaatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....tugas2 seharian dan tanggungjawab lain banyak dan perlu didahulukan...Nanti dah dapat masa bolehlah cuba....

      Delete
  13. Sis.... so kiranya terarium ni kiranya akuarium utk pokok lh kn?
    X de air dn ikan kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada air yang banyak....tapi kena siram juga...ikan memang tak ada....tapi kalau adik kreatif...boleh buat kolam mini dalam terrarium....

      Delete
  14. Thanks for sharing this, Sis Fida. Suka tengok terrarium2 tuh! Bestnya kalau mampu buat sebijik dua kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...saya kat rumah pun tak ada....dok nak buat....tapi tak buat2....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...