Saturday, 14 November 2015

Jom Bertani - Konsep & Idea Bertani

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Artikel kali ini berkisar tentang idea bertani terutama dari segi bahan dan peralatan untuk tanaman hidup berpaut...membesar...menghijau dan sempamanya.....

 Gambar-gambar di dalam artikel adalah hak milik sendiri. Konsep dan idea bertani diperolehi dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian, Johor.

Tanaman Labu & Petola Sebagai Pelengkap Pintu Gerbang

Pintu gerbang akan lebih cantik dan rasa penuh dengan kehadiran tanaman yang boleh melilit/menjalar. Struktur untuk pokok melilit hendaklah disediakan lebih awal. Bagi mengelakkan rumput tumbuh di sekitar pasu atau apa-apa bekas tanaman yang digunakan, weed control mate bolehlah digunakan. Agak mahal sikit tapi tahan lama. Boleh ke kedai pertanian untuk membeli weed control mate tersebut.

Struktur besi di atas pun boleh ditempah di kedai besi/bengkel besi. Cuma lagi mudah kalau terus jumpa kedai yang boleh jual besi ini.

 
Daun Sup, Kailan, Salad dan Sawi Juga Boleh Ditanam Di Bawah Struktur Ini
Di atas adalah teknik penanaman yang menggunakan teknik Nutrient Film Technique (NFT) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai Teknik Aliran Nipis Nutrien. Ini kerana air baja akan mengalir dari hujung ke hujung satu lagi dan kecondongan bagi aliran air baja adalah 1:40.

Kombinasi Tanaman Terung, Cili dan Petola Menggunakan Takung Hujan
Gambar di atas ini pula menggunakan teknik yang sama juga dengan NFT, cuma menggunakan takung air hujan dan sedikit ubahsuai pada sistem pengairan. Maaf ya saya tak sempat nak tengok lebih lanjut sistem pengaliran keluar air baja. Tetapi sedikit idea saya boleh kongsikan.

Idea 1

1. Pam digunakan untuk pam air baja dari dalam tangki air baja masuk ke dalam takung hujan.
2. Hujung takung hujan boleh dilubangkan pada dasar takung untuk air baja keluar dan kembali semula ke takung tangki air baja.
3. Kesannya, tiada air baja yang akan tertinggal di takung hujan.
4. Penggunaan pam samada berterusan atau mengikut masa. Jika berterusan, air akan sentiasa mengalir dan bil elektrik pun akan tinggi.

Idea 2

1. Pam digunakan untuk pam air baja dari dalam tangki air baja masuk ke dalam takung hujan.
2. Hujung takung hujan boleh dilubangkan pada aras yang lebih tinggi dari aras dasar takung untuk air baja keluar dan kembali semula ke takung tangki air baja.
3. Kesannya, tiada air baja akan tertinggal di takung hujan mengikut aras ketinggian yang dilubangkan.
4. Air baja akan berkurang sedikit demi sedikit bergantung kepada jumlah penyerapan air baja oleh pokok dan juga proses penyejatan/pemeruapan.

Tanaman Terung Dalam Pasu Dalam Takung Hujan
 Pasu diletakkan ke dalam takung hujan. Teknik ini memaksimumkan penggunaan ruang. Jangan membazir. Sayang.... Kalau anda tak ada tanah pun, masih boleh bertani...
Inilah yang dimaksudkan dengan konsep Pertanian Menegak (Vertical Farming).
Macam dalam artikel sebelum ini Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda 

Agihan Pembajaan Menggunakan Microtube
Ini merupakan satu lagi teknik pemberian air baja. Jika dalam penerangan di atas, air baja dipam ke dalam takung kan.... Teknik ini pula, juga memerlukan air baja dipam, tetapi air baja ini akan dialirkan terus ke dalam pasumenggunakan microtube.

Jom Tengok Gambar Di Bawah....

Semoga memberi anda inspirasi untuk bertani...

Daun Sup...Permintaan Yang Tinggi...

Labu Air

Petola...Banyaknya Akar Udara

Ini Bunga Petola...Tapi bunga apa ya jenisnya...?

Ini Bunga Petola Juga...Tapi bunga apa ya jenisnya...?
Sekian

26 comments:

  1. alhamdulillah, info ygbaik berbudi pd bumi mesti ada habuannya ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Wak....Pepatah Arab ada juga tentang berbudi ni....Man Zara A' Hasoda...

      Delete
  2. kampung kat kluang,johor..dekat sangat dengan institut pertanian ayer hitam(IPAH) ni.. tapi sekali pun tak pernah masuk... kah3... seronoknya tengok tanaman segar2 macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk sahaja...jumpa dengan kakitangan yang selia projek ni......Tujuan pokok2 tu untuk Hari Terbuka masa bulan 9 dulu....gambar2 tu sebelum Hari Terbuka IPAH...

      Delete
  3. Saya tak suka menanam tapi suka memetik je...hehehe...dasar sangat perangai saya kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua minat menanam...hari2 kerja menanam saja....nanti kerja lain tak terbuat pula...hehehe

      Delete
  4. Bila la SS boleh ada peluang berkebun camni... Best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan SS tak payah berkebun....nanti payah pula nak travel...karang tak ada tips terbaru nak keluar negara....

      Cukuplah kalau dapat tolong snap sikit2 gambar kebun/pokok/bunga di luar negara....

      Delete
  5. senang petik belakang rumah kalau nak masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....dah habis...tak payah ke pasar...petik jer...kalau malas nak ke belakang, minta tolong orang lain ke belakang tolong petik yer...

      Delete
  6. banyaknye pokok..minat bertani ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang minat...bertani sangat tu tidaklah....bertanam bunga adalah banyaknya...

      Delete
  7. Oh banyak tu sulur udaranya.
    Masa musim hujan ni lagi subur kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Diana panggil sulur udara ya....yang putih ker yang hijau.... Kalau yang putih tu kami panggil akar udara.... bagi pokok yang menjalar jika air di kawasan pengakaran banyak air (oksigen/udara kurang), pokok akan memberi tindakbalas dengan mengeluarkan akar udara

      Delete
  8. Bila lihat...geramnya! Teringin jer nak buat tapi malangnya tinggal di tempat xcukup tanah dan ruang... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu Encik tak ada tanah boleh juga gantung kat dinding...(Tinggal kat bangunan yang tinggi bertingkat2 ker..?)

      Delete
  9. sukanya datang sini... hijau... menarik idea pintu gerbang tu..
    salam perkenalan ya..follow sni #36 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas persinggahan...semoga idea bertani memberi manfaat...dah buat nanti kongsikan juga yer...

      Delete
  10. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. mmg suka bab2 tanaman2 hijau macam ni best sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt...hijau memang tenang jer...mata pun dapat rehat bila pandang jauh dan nampak hijau jer...terima kasih singgah....

      Delete
  11. Saya mmg kurang minat bertani Fida. Ai takut cacing hokay hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hainom....saya pun takut cacing juga....geli.....huhuhu

      Delete
  12. kalau x de daun sup semasa masak sup, sup akan merajuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup tak sedap lah nampaknya......bukan sup saja yang merajuk...orang pun boleh merajuk tak nak makan...

      Delete
  13. Panjangnya petola tu..cantik pulak akar tu bergantungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru pertama kali tengok akar udara yang begitu banyak.....

      Delete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...