Friday 13 November 2015

Jambatan Gantung Siri 1- Saya Dah Naik... Anda Bagaimana...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Trip To Sabah

Artikel kali ini adalah semata-mata tentang Jambatan Gantung... 

Pernah naik tak jambatan gantung..? Kalau belum pernah, eloklah cuba ya... Kalau gayat, ajaklah Cik Abang ke...Cik Adik ke...naik sekali....buat teman...ada juga tempat berpaut apabila jambatan ni goyang.... hehehe....


"Jom Naik Jambatan Gantung"

Jambatan Gantung Tuaran

Ini boleh dikira sebagai kesinambungan kepada artikel sebelum ini....

Pintu Gerbang Jambatan Gantung Tuaran.....cantikkan pintu gerbangnya..


Tentang Tuaran sedikit. Tuaran merupakan sebuah Daerah. Besar juga daerahnya. Ia terletak lebih kurang  30-35 kam dari Bandar Kota Kinabalu. Ini kerana banyak jalan yang boleh digunakan untuk sampai ke Tuaran. Ada jalan jauh dan ada juga jalan dekat.

Ada maklumat menyatakan bahawa nama Tuaran berasal dari perkataan "Tawaran"... Ini kerana setiap hari Ahad diadakan Tamu Tuaran atau Pasar Pagi. Di pasar inilah hasil jualan penduduk tempatan dijual. Jadi aktiviti tawar-menawar pun akan berlangsung...

Tapi sayangnya, masa kami jalan tu bukan hari Ahad yer...Jadi tiadalah gambar pasal Tamu Tuaran yang sebenar-benarnya...

Permulaan Jambatan Gantung Tuaran
Mereka berdua saja yang berani naik samapi ke tengah...
Beraninya kaka sepupu dan adik saya...

Laluan/Jambatan Gantung Kanopi Poring (Poring Canopi Walkway)

Jika anda seorang yang gayat atau fobia pada ketinggian, saya nasihatkan tak perlu cuba kerana Laluan Poring Kanopi ini memang tinggi. Laluan kanopi pokok ini adalah sepanjang atau melebihi 175 meter dan ketinggiannya sekitar 43 meter. (anggaran ketinggian 8 tingkat). Ia dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.

Duduk dulu sebelum naik...
Oh ya...lupa nak bagitahu. Laluan Kanopi Poring ini terletak di dalam Daerah Ranau, Sabah. Kalau nak naik Laluan Kanopi Poring ini, anda mesti guna tiket yang boleh dibeli di pintu masuk. Harganya RM 3.00 sahaja (pada tahun 2013). Sekarang tak pasti samada sudah naik atau masih kekal. 

Selepas melalui pintu masuk, kita kena berjalan kaki memanjat bukit untuk sampai ke tempat permulaan laluan. Sebab itulah kami semua duduk rehat dulu...penat...penat... Tengoklah makcik saya tu, siap pegang kayu (macam batang ubi kayu..tapi bukan ya...) sebagai sokongan.

Gambar diambil dari laluan bertentangan...
Kalau nak bawa kamera pun kena bayar. Kalau tak nak bayar, tak boleh ambil gambar. Jadi pada masa itu, adik saya saja bayar untuk bawa kamera. Nanti rugi pula sebab atak ada gambar kenangan. Oh ya...telefon bimbit yang ada kamera pun kena bayar kalau mahu ambil gambar di sepanjang laluan tersebut.

Jangan risau, ada tempat-tempat berhenti di sepanjang laluan. Keselamatan juga dijaga oleh para penyelia/pekerja. Bilangan orang yang boleh melalui setiap laluan pun dihadkan. Jadi jangan risau ya...


Dah selamat sampai satu perhentian...
Mak dan mak saudara saya yang berani...(Gambar Kanan)
Macam mana....ada berani...saya yakin anda berani...

Sekian...

34 comments:

  1. salam jumaat..panjang juga jambatan gantung tuaran ya...tapi ada lompang2nya kalau xhati2 mahu terjatuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak...panjang juga...masa tu 2013...saya harap nanti Puan Diana
      http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ akan dapat bagitahu status kalau beliau jadi balik kampung....

      Delete
  2. jambatan gantung tuaran wak penah smpi, amek gmbr kat mula2 jer.,

    jambatan gantung FRIM mak penah naik ke? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi FRIm udah wak...siap jalan kaki dari jalan utama sampai ke dalam....
      Jambatannya aja belum lagi Wak...

      Delete
  3. Jambatan Gantung Siri 1... SS salah baca tajuk... Jadi Gantung Diri... Adusss... Ha Ha Ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...boleh jadi panasn tajuk ni....Gantung Diri tu....Lawak laa SS kali ni...hehehe

      Delete
    2. Tajuk kontroversi... Keh keh keh...

      Delete
    3. Gara-gara jenis tulisan macam2 bentuk...S boleh jadi D...hehehe

      Delete
  4. Menarik jugak Jambatan gantung ni... Boleh naik reramai... Kuat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh... siap goyang-goyang bagi takut orang lain....jahat kan....

      Delete
    2. Haip haippp... Babab kang! Ha ha ha...

      Delete
    3. Haip haipp...saya faham.... (Sori la...lambat faham sikit...babab tu apa yer...?

      Delete
  5. Yalah nmpak panjang jambatan gantungnya....
    Kalau kakak memang tak mampu ,sebab.gayat sangat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puan SI...memang panjang
      Bukan setakat gayat...kalau ada darah tinggi pun tak boleh naik juga....

      Delete
  6. Panjang jugak jambatan gantung tu.
    Saya yang pernah naik, yang kat Bukit Cerakah dulu, atau taman pertanian bukit cahaya seri alam. Itu pun, masa zaman budak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tu...Pn Yati kena naik lagi ni...apa kata naik kat FRIM pula....Wak kata ada jambatannya....saya belum berkesempatan lagi ke sana

      Delete
  7. tak pernah naik lagi jambatan gantung kak.. Tapi teringin nak naik nak2 yg jambtan gantung kaca china tu..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan kaca kat China tu ... Jauh... Terigin juga.....Insya Allah akan sampai juga... Saya doakan En Ikhwan akan dapat ke sana...

      Delete
  8. Asalam kenalkan keg=hadiran Etuza ya..ini pula laman sosialnya ..sangat bagus..inshaAllaj akan datang lagi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt....Pertama kali datng yer...tertunggu juga...sebab mesti salah blog...(blog satu lagi tu dalam proses nak gilap semula...)

      Delete
  9. Kalau dah sampai sini, berani ke tak berani mmg kena cuba Fida. Kalau tak rugi hihi....
    Tp entah bilalah nak sampai sini agaknya huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mesti boleh....yang penting kita simpan niat dulu.... Manatau masa anak-anak akak dah berkerjaya...
      Tapi pastikan akak pegang tangan seseorang....pesan kat orang lain yang naik....jalan elok2 jangan goyang2 dan jangan berlari......Nanti bergoyang2 pula jambatan tu...

      Delete
  10. Allahuakbar... Tengok jambatan gantung tu macam tak cukup lantai jer. Ngerinye... Kat bawah tu menghijau jer tapi kalau jatuh mesti hilang terus...huhu. Ada buaya tak?
    Tapi kalau jambatan kanopi tu Ok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual pokok bunga ye... Tertarik dgn pokok keladi hiasan tu. Saya ada post entri berkenaan pokok keladi hiasan yg tumbuh meliar dikampung kat entri ini : http://www.dammahumnib.com/2015/09/pokok-keladi-hiasan-halaman-taman.html
      Tak sangka pula ada harga dan boleh tahan nilainye...

      Delete
    2. Saya dah baca entri keladi yang Encik tulis...
      Ramai juga peminat keladi...banyak dari Sabah....
      Harga tu bergantung kepada kedapatan varieri tersebut di luar...(payah nak jumpa dan mahal harganya....) Juga bergantung samada ia lambat membiak....

      Delete
    3. Jambatan Tuaran tu...masih kuat...cuma perlu tikar kayu/lantai saja...bab buaya tu di Tuaran memang ada tempat ternak buaya...dalam sungai tu tak ada kot...belum pernah dengar lagi la kes ada buaya.....Tapi kalau Encik pi Sungai sebelah Tawau/Lahad Datu...mesti ada....

      Delete
  11. Assalamualaikum Fida,, maaf sangat baru berkesempatan ke sini, dan follow Fida #33, Alhamdulillah dan terima kasih kerana sering ke anajingga.com... ermmm jambatan gantung ni pernah naik dua kali kecut perut gak lah sebab bila duk tengah-tengah depa-depa ni pasti akan goyang bagi gayat..hihi :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan...nakal benar siapa yang buat goyang tu...kalau tempat pegang tu tinggi tak apalah...kalau rendah lagilah gayat...takut jatuh....

      Delete
  12. Kalau saya tak berani la nak lalu atas jambatan gantung tuaran tu...jarang2 pulak kayu nye takut terjerobos kaki...hehehe...masa ke KK tahun lepas poring conopi tu langsung takde dalam jadual...maklum la masa tu izara baru 2 tahun jadi tak sesuai bawak ke situ...lagi pon saya gayat T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Puan malinda...nanti anak dah besar boleh cuba jambatan gantung yang pendek...rasanya ada di Muzium Sabah....

      Delete
  13. Kanopi di Poring tak pernah pergi sebab asyik sibuk nak berendam malas berjalan hehehe...
    Yang Kanopi FRIM dah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik kalau ke Poring....boleh naik atas...ada air terjun....kat situ ada ikan kecil-kecil yang boleh gigit/makan sel2 mati kat kulit kaki....geli juga...

      Delete
  14. pernah naik jambatan gantung but bukan di Tuaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji JM pernah naik....berani la ni orangnya yer...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...