Saturday 21 November 2015

Cerita Tentang Pokok Di Rumah - Siri 1

Assalamualaikum dan sejahtera...

Hujung-hujung minggu ni nak buat apa ya.... Bagi saya jika tidak ada aktiviti luar yang jauh dari rumah, aktiviti yang selalu saya lakukan adalah "Kelebek Bunga". Selain itu, gembur tanah, cabut rumput juga menjadi rutin dalam aktiviti berkebun ini.

Justeru, artikel kali ini hanya tentang pokok di sekitar rumah. Pokok yang ada taklah cantik sangat hehehe. Bunga yang menjadi pilihan hati saya untuk hari ini ada dua. Keladi hiasan dan galdiolus.

Kelebek Bunga : Keladi Hiasan (Tanaman Umbi/Ubi)



Di rumah, inilah pokok bunga yang sangat saya suka iaitu keladi hiasan. Warnanya yang pelbagai, corak pelbagai dan bentuk pun pelbagai. Jika dilihat dalam gambar, daun-daunnya baru nak merimbun semula sebab sebelum ni saya letak tengah panas. Bila ada masa baru ubah sikit-sikit ke kaki lima yang tak berapa terdedah kepada cahaya matahari.


Kelebek Bunga : Gladiolus (Tanaman Bebawang)


Seronoknya dah berbunga, merah pula tu warnanya. Baru satu pokok berbunga. Pokok lain belum lagi berbunga. Saya belum sempat letak sokongan untuk pokok bagi mengelak daunnya tumbang. Tengok tu banyak pokok dah tumbang akibat angin dan juga daunnya yang dah berat. Merupakan tanaman jenis bebawang. Benihnya saya beli atas talian melalui satu blog.


Sepalnya bertindih sedikit. Ada dua lapis. Lapisan bawahnya besar berbanding lapisan atas. Kelopaknya lembut bila disentuh macam kain nak buat baju.

20 comments:

  1. Canteknyaaa bunga merah tu...belum pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru satu Puan Saniah...yang lain belum keluar bunga lagi....nanti dah keluar saya kongsi lagi ceritanya...

      Delete
  2. Replies
    1. Sikit2 tu adalah....tapi tak tebal macam baldu

      Delete
  3. Cantiknyeeee merah membara...yg lain2 tu kaler ape agaknye bunga dia...kite pulak jadi tak sabo...kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum keluar lagi bunga pokok yang lain....kuning confirm ada....tapi bila la nak keluar...

      Delete
  4. Saya kagum dengan orang yang rajin cucuk tanam.
    Teringin juga nak buat, Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi ini terturun dari bapa saya....hehehe... Pn Yati boleh mula tanam dengan pokok yang kita guna hari2...

      Delete
  5. ehehe boleh geng dengan Mak CT ni ehe.. keje beli bunga kat nursery lepas tu letak depan rumah..
    kalo xdan siram memang kitalah jadi mangsa haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciannya Siti....tak apa untuk mu mak......mangsa saya pula ialah ci abang nyer...

      Delete
  6. banyaknya jenis keladi hiasan tu.. saya pun minat.. tapi kenapa ye yang saya tanam.. daunnya selalu lecur.. sudahnya,saya buang... hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena panas matahari yang lama kot....terutama panas matahari bermula tengahari hingga ke petang... Atau letak atas simen dan guna pasu plastik...ditambah lagi dengan panas matahari

      Delete
    2. owhh.. tu la.. saya letak kat tempat yang selalu kena panas matahari kot.. nampaknya yang ada ni nak kena pindah ke tempat redup sikit la.. terima kasih Fida..

      Delete
    3. Pindah tempat redup sikit...jangan jauh sangat dari cahaya matahari yer....

      Delete
  7. Merahnya bunga tu Fiza, cantik.
    Berbaloi tau ada hobi suka kelebek bunga hihi....
    Tengok hasilnya, boleh tenang jiwa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang Kak Hainom....tak sabar nak tunggu warna yang lain.....

      Delete
  8. cantik..pertama kali tgk bunga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli benih dalam talian...cantik bunganya...senang hidup....dok tunggu warna bunga yang lain lagi ni....rasanya macam tunggu pisang nak masak....lambat...

      Delete
  9. Wow...pertama kali lihat terus terpikat dengan keledek bunga tu! Warna merahnya sangat menyerlah...
    Cantik sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah memang cantik kan...menjadi tumpuan mata....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...