Tuesday 6 October 2015

Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini artikel berkaitan tentang Kitar Semula jugalah....Tapi sikit-sikitlah....Sama juga macam dua artikel sebelum ini... Kasut dan Vacuum Cleaner... Apa yang berbeza kali ini ialahartikel pada malam ini berkaitan tentang cara nak mencantikkan dinding anda yang kosong. Ala-ala Jom Buat Sendiri..... Saya kategorikan sama seperti Vertical Farming...Konsep sama walaupun kaedah dan bahan berbeza.

Kalau hanya warna cat sahaja yang ada, bila lalu tepi dinding pasti rasa kosong saja. Sekurang-kurangnya, ada jugalah pemandangan bagi pemandu yang sedang meletak kenderaan di tepi dinding tu. Tak adalah bosan sangat.


 Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja menyusun bekas tanaman yang diperbuat menggunakan baki jaring kalis serangga. Kitar semula lah katakan. Jahit jelujur bahagian tepi menggunakan tali dan jarum kepala besar. Lebih baik guna tali tangsi. Kalau guna tali biasa, nanti cepat reput pula. 

Dah lama tak tunjuk kemahiran menjahit. Tak jahit baju pun tak apalah...janji masih pandai menjahit...hehehe....

Saya dibantu oleh pelajar praktikal dari UPM. Rajin budaknya. Tak tahulah sekarang dia dah kerja atau belum. Semoga dah dapat kerja lah harapnya...

 Nampak tak pokok yang layu di dalam gambar di atas. Gara-gara lambat pasang sistem pengairan. Jadi kalau anda semua dah tanam pokok dalam bekas tanaman, jangan ditangguh-tangguh kerja memasang sistem pengairan.

Tetapi jaring di atas tak kekal lama. Tahu tak kenapa....? Ini kerana, lumut hijau pula muncul di permukaan jaring. Nampak tak cantiklah pula. Jadi, saya pun pergilah ke kedai dua ringgit. Belilah pasu plastik. Maklum-maklum sahajalah, duit bukan banyak.


Nampak cantik juga... Puashati... 

Perasan tak, kalau sebelum ini dinding pejabat berwarna krim, sekarang dah hijau muda. Gambar di atas setelah menggunakan pasu plastik. Nampak kemas sikit dan ruang pun nampak penuh.

Di bawahnya pula, saya letakkan takung hujan berisi tanah. Kucai dan ros jepun ditanam bersama. Bagi anda semua yang nak tanam kombinasi dua tanaman ini, bolehlah kerat kucai tu nanti untuk dibuat cucur di samping mendapat halwa mata percuma....iaitu bunga ros jepun yang cantik berkembang.

Gambar di atas pula, setelah semua pasu diganti dengan tanaman ros jepun pelbagai warna. Cantik sangat bila dah rimbun. Tapi saya tak jumpa pula gambarnya. Kalau saya jumpa nanti,saya akan muat  naik.

Selamat mencuba

15 comments:

  1. memang cantiklah fida ... pokok ros jepun saya dah mati semuanya ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul juga tu...ros jepun memang cepat mati...saya selalu kerat shj batang yang dah habis berbunga...

      Delete
  2. Idea hebat ni, sis! Cantik sangat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam farrah mesti rajin...mesti lagi kreatif...nanti kongsi juga kalau dah buat

      Delete
  3. mmg cntik hasilnya kak.. untung ad yg rjin tlg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...jom buat juga...bagi banyak oksigen... ringan sikit ada orang tolong

      Delete
  4. Kreatif sungguh ....cantek apatah lagi bila pokok dah berbunga.
    Teringin nk buat juga tapi macam tak larat nk buat srndiri.

    ReplyDelete
  5. Kreatif sungguh ....cantek apatah lagi bila pokok dah berbunga.
    Teringin nk buat juga tapi macam tak larat nk buat srndiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok bunga yang dah kembang bunganya memanc cantik.....saya pun bukan larat buat semua tu...kena guna tenaga lelaki juga nak tebuk dinding...

      Delete
  6. Kurang stress di tempat kerja bila ada hijau warna warni semulajadi menghiasi.
    Boleh rehat sekejap sambil hilangkan stress belek-belek tumbuhan.
    Pasti rasa ceria di tempat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...kekadang kita kena buat apa yang kita suka selagi ianya ok...baik...

      Delete
  7. kreatifnya Fida..dah jadi vertical garden..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kosong sangat dinding tu dulu...kena buat dulu....tapi sekarang saya dah tak uruskan...ada orang lain yang ambil alih dah

      Delete
  8. Wahh....bercucuk tanam bukan saja diatas tanah yer zaman ni, kat dinding pun boleh .....tak rugi ruangkan Fida....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna semaksimum mungkin akak...tanah di Malaysia memang banyak lagi....tapi kena sayang/simpan....jangan tebang pokok di hutan...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...